There was an error in this gadget

Saturday, March 21, 2009

Mampukah kita mencintai sepertinya?

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam",kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka dan bertanya ada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?", tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan."Engkau tidak senang mendengar khabar ini?", tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku : "Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pegantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.

"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umaku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikim bis shalati, wa maa malakat aimanuku" peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.Fatimah menutupkan tangan diwajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummati,ummati,ummatiii?" - 'Umatku,umatku,umatku'
Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma solli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita

Wednesday, March 18, 2009

Saudaraku saudara kita...


"Ya Allah, kami letakkan Kamu dibatang leher musuh kami, dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan mereka, Ya Allah leburkan kumpulan mereka, kacau bilaukan persatuan mereka, cerai-beraikan pakatan mereka, goncangkan pendirian mereka, hantarkan anjing-anjing kami ke atas mereka, wahai Tuhan Yang Bersifat Murka, Tuhan Yang Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Menurunkan Al-Quran, Wahai Tuhan Yang Menewaskan Bala Tentera Ahzab, kalahkan mereka, menangkanlah kami ke atas mereka....Amin...."

PROJEK BANTUAN KANAK-KANAK GAZA:

Sumbangan boleh dilakukan melalui akaun bank AMAN PALESTIN:

1) Bank Islam Malaysia Berhad : 12029010047880
2) Maybank Malaysia Berhad : 562263010787

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, hubungi:

AMAN PALESTIN (719871-K)
1, Jalan 3/3B, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor

Tel: 03-89267019/Faks: 03-89259963

E-mel :alaqsa3@streamyx.com
alquds3@streamyx.com
www.amanpalestin.com

Monday, March 16, 2009

Wanita acuan Al-Quran

Wanita Acuan Al-Quran Ialah Seorang wanita Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu

Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang

Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Memelihara Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan membantu suami Mendalami Agama Islam
Yang auratnya dikhaskan buat suami tercinta
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat

Wanita Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran
Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW serta wanita sufi yg digariskan dalam kalamullah
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya

Wanita Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa
Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan

Wanita Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga
Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian bersama lelaki

Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita Yang Tidak Mudah Terpesona
Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya Bersama lelaki Acuan Al
-Quran ganjaran ALLAH SWT
.....

Friday, March 13, 2009

Adakah ana begitu?

Menunggu waktu ke kelas yang akan bermula pada pukul 3 petang; ana duduk bersendirian di Pusat Islam sambil memikirkan perkara yang telah ana lakukan pada hari ini. Tidak lama kemudian, masuk seorang perempuan dalam lingkungan separuh abad, lalu menyapa ana dan seterusnya kami berbual seketika:

Assalamualaikum

Waalaikumussalam

(Kami saling membalas senyuman)

Eh, adik ada jual ayam lagi ke?

Maafla kak, kumpulan kami jual puyuh itu pun dah habis kami harvest. Kalau ayam saya kene tanya kumpulan lain.Setahu saya, semua ayam dah kene harvest, tak tahulah kalau ada kumpulan yang tak habis lagi.

Oo..tadi akak ada tanya kat situ, tapi dia jual ayam hidup.Akak tak nak ayam hidup, nak ayam proses, sebab takde sape nak sembelih kat rumah.Akak ingat nak ayam sebelum pukul 5 hari ini, boleh ke?

Macam ni kak, sebenarnya hari ini kami ada kelas dari pukul 3 sampai pukul 5 jadi rasanya macam tak sempat untuk diorang harvest petang ni. Em akak ni, akak _____ kan?

Aah...

Kalau macam tu, akak bagi saya no akak.nanti saya tanya coursemate saya kalau-kalau ada lagi kumpulan yang masih ada ayam lagi atau yang frozenkan ayam ke..

Hmm macam kumpulan yang lepas diorang ada frozenkan ayam

Ooo..nanti saya cuba tanyakanlah ye

Setelah mendapatkan nombor telefon, saya bertanya:

Akak cleaner kat sini ye?

Aah...

Ni dik, pintu ni selalu tak bertutup, banyak kucing kat sini dik. Kadang-kadang dia berak, kencing. Dekat belakang almari tu dia selalu menyorok, susah nak keluarkan. kena minta tolong orang.Ada 5 ekor hari tu.Ingat nanti nak tampal pesan suruh tutup pintu.

Iyalah..nanti minta AJK buatkan notis, pastu tampal

Ari tu dia berak kat sini dan kat depan tu. kalau najis nampak tidak mengapalah juga tapi air kencing dia susah jugak nak bersihkan sebab tak nampak.Orang sembahyang berdosa kalau kotor.

Tidak sempat bertanya lanjut..wanita itu berkata dengan wajah sugul

Kalau kucing-kucing tu lama terkurung kat sini sebab dah masuk dulu pastu baru nak tutup pintu, nanti anak-anak dia kat luar tu mati, takde sape nak susukan

Ana tersentak mendengar ayat terakhirnya seraya tertunduk.Hatiku berkata 'Adakah ana begitu?' Mendongak kembali, wanita itu sedang menunaikan solat.Ana keluar dari Pusat Islam dan terus menuju ke Dewan Kuliah Utama...

*Inilah realitinya...Oleh itu set mentaliti kita sebaiknya. Setiap peraturan yang ditetapkan pasti ada kebaikannya sebagai contoh 'TOLONG PASTIKAN PINTU INI SENTIASA TERTUTUP' apatah lagi jika peraturan itu dari Allah S.W.T. melalui kalam-Nya Al-Quranul karim.

*Adakah kita mampu memikirkan kebaikan bagi setiap makhluk yang kita anggap menyusahkan kita?

*Semoga ia mampu menjadi peringatan buat diri ana sendiri mahupun yang lain

Monday, March 9, 2009

Happy birthday ya Rasulullah!

MY BELOVED

There was a time in my youth,
When Islam was only a custom
They said "say La Illaha Illa Allah...
And pray, you'll go to Heaven."

Ah, how simple
No struggle in this,
Just a word, and simple act.
Thereafter I'm absolved in this world,
With my 'assured' place in Paradise intact.

But this was not to be my fate
For ALLAH chose to guide my heart.
I learnt of a man who struggled so hard
When his mission was difficult from the start

The story of someone who had morals
Spoke gently, kindness as he knew
Never fearing to say what is right
His convinction in ISLAM was true

The touch of his hand was as soft as silk
To comfort the crying child. To mend his clothes
or do the chores, Never complaining, he always smiled

A living he made with his bare hands
The same that held his mighty sword
Valur shone from the edge of his blade
Every heart and soul he adored

His smell was always of musk
And cleanliness he kept at his best
Stark contrast with the heroes of today
Who stink of beer and sweat

He held the hands of his companions
Unashamed to play with small children
So modest, so humble, a perfect example
That even a stranger could recognise him

His eyes slept very little
For nights were precious
His prayers he treasured much greater
To wake and pray in the depths of night,
Seeking forgiveness, and being nearness his Creator

He broke his tooth for me at Uhud,
And Bled for me at Ta'if.
He cried for me, tears of concern,
Just so I could have this belief.

His enemies admired his teachings
Uniting every religion, every clan
Till ISLAM came to every corner of the world,
Yet, indeed, he was only a man

To own a house, or build his wealth
Was not his main priority.
To establish ISLAM was more essential
To bring us under a Higher Authority

Don't you want him to plea for your case
When before ALLAH, The Judge, you stand?
Don't you wish to be around his fountain,
A burning desire to drink from his hand?

So love him more than all creation
Our Leader, OUR Humble Prophet.
Muhammad (SAW) was mercy to all mankind,
And to me, he is MY BELOVED!
Salawaat ala Muhammad wa ale Muhammad

-by YUSUF ISLAM
There was an error in this gadget

Followers

About Me

My photo
Saya seorang guru yang sangat meminati bidang perikanan dan sukakan laut.