There was an error in this gadget

Saturday, June 27, 2009

Usrah = sesat?? - ana tak setuju

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam..

Sejak akhir-akhir ini banyak sungguh pendapat-pendapat yang tidak berasas yang mengatakan usrah, liqo' atau halaqah itu adalah ajaran songsang, bid'ah, sesat dan sebagainya dan entri kali ini adalah penjelasan untuk menolak pendapat-pendapat tersebut.

Apa itu usrah, liqo' atau halaqah?

Usrah berasal dari perkataan bahasa Arab yang bermaksud keluarga manakala liqo' ialah perbincangan. Sebenarnya, memang tidak ada dalam Al-Quran yang menyatakan nama 'usrah' itu sendiri kerana nama 'usrah' itu diambil bersempena kebiasaan pada zaman para sahabat ia selalunya dijalankan sesama ahli keluarga.

Namun demikian, melihatkan tidak kesemua keluarga Islam masa kini melaksanakan usrah, maka pihak-pihak tertentu yang prihatin mengambil inisiatif untuk menjalankannya sama ada di sekolah, institusi pengajian tinggi bahkan di tempat-tempat lain juga.

Sejarahnya...

Ingat tak kisah Saidina Umar (sebelem beliau memeluk Islam) menampar adiknya ketika sedang membaca Al-Quran?
Pada ketika itu sebenarnya adiknya itu sedang di dalam usrah bersama-sama keluarganya.

Dalilnya sendiri menunjukkan bagaimana usrah terbentuk, tujuan, perkara yang dibincangkan dan sebagainya:

Mari kita rujuk terjemahan Surah Al-Baqarah ayat 151:

"Sebagaimana Kami telah mengutus kepadamu seorang Rasul (Muhammad) dari (kalangan) kamu yang membacakan ayat-ayat Kami, menyucikan kamu, dan mengajarkan kepadamu Kitab (Al-Quran) dan Hikmah (Sunnah), serta mengajarkan apa yang belum kamu ketahui."

1) 'Sebagaimana Kami telah mengutus kepadamu seorang Rasul (Muhammad) dari (kalangan) kamu'

- menunjukkan bagaimana naqib/naqibah terbentuk di dalam usrah. Naqib bermaksud ketua (orang yang mengetuai usrah bagi lelaki) manakala naqibah (bagi perempuan)

2)'yang membacakan ayat-ayat Kami'

-Di dalam usrah antara perkara yang dilakukan adalah bertilawah Al-Quran

3)'menyucikan kamu'

-Usrah bertujuan untuk penyucian jiwa (tazkiyatun nafs) kerana usrah termasuk dalam majlis-majlis tafakkur

4)'dan mengajarkan kepadamu Kitab (Al-Quran) dan Hikmah (Sunnah)

- Di dalam usrah antara pokok perbincangannya adalah isi-isi Al-Quran dan Al-Sunnah serta mengaitkannya dengan kehidupan seharian kita dengan terjemahan dan tafsir.

5)'serta mengajarkan apa yang belum kamu ketahui'

- Hal-hal semasa dan bersesuaian juga diperbincangkan di dalam usrah

(Sila rujuk mana-mana tafsir yang bersesuaian: Contoh : tafsir Fi Zhilal)

p/s Kepada sesiapa yang masih ingin melabelkan usrah sebagai songsang, sesat mahupun bid'ah kongsikanlah dengan ana bukti-bukti yang kalian ada. Jika setakat mahu mengeksploitasi usaha orang lain membuat kebaikan.Lupakanlah hasrat itu, kerana Allah akan sentiasa bersama-sama membantu mereka yang menolong di atas jalan-Nya dan kepada sesiapa yang merasa sebaliknya, insyaAllah boleh hubungi ana ya!


Wallahu'alam.

Friday, June 26, 2009

Pengatur terbaik

Ku minta pada tuhan setangkai bunga segar...
Dia beri kaktus berduri...
Kuminta kupu-kupu, diberi ulat berbulu...
Ku sedih dan kecewa...
Namun kemudian kaktus itu berbunga, indah sekali...
dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang cantik...
Itulah jalan Tuhan, indah pada masanya...
Tuhan tidak beri apa yang kita harapkan, tapi Dia beri apa yang kita perlukan...
Terkadang kita sedih, kecewa, terluka...
Tapi jauh di atas sana, Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita...

26 Jun 2009
13:39:41

p/s mesej dari seorang ukhti yang amat dirindui, moga rindu ini kerana Allah
Ukhti! Jazakillah ya...menyentuh hati ana la..hehe

Allah maha mendengar bisikan hati

Seorang pemuda telah mengikuti kelas halaqah di masjid selama beberapa bulan. Pada malam itu, sang mua’lim telah memberi pengisian mengenai “Allah Maha Mendengar dan mengikuti petunjuk dari Allah melalui intuisi”. Ketika berlangsung pengajian, hati kecil pemuda itu tertanya-tanya, “Adakah Allah (SWT) masih berbicara kepada manusia melalui intuisi?"



Sesudah usai pengisian, pemuda tadi keluar minum bersama-sama beberapa orang teman di kedai kopi berdekatan. Beberapa orang kawannya telah berkongsi pengalaman peribadi mereka tentang bagaimana Allah (SWT) telah memberi petunjuk dan hidayah kepada mereka dalam pelbagai cara, dan akhirnya mereka sedar bahawa yang telah membantu menunjukkan jalan kepada mereka selama ini ialah Allah (SWT).

Jam menunjukkan pukul 10 malam ketika pemuda tadi memulakan perjalanannya ke rumah. Ketika dia duduk di bangku empuk kereta sedannya, dia mula berdoa kepada Allah, “Oh Allah.. Jika Engkau masih berbicara kepada hati manusia, berbicaralah kepadaku. Aku akan mendengar. Dan aku berusaha sebaik mungkin untuk menuruti perintah-Mu”.

Ketika dia dalam perjalanan ke rumahnya, tiba-tiba hati kecilnya berbisik dengan kuat menyuruh dia berhenti dan membeli seliter susu segar. Dia menggeleng-gelengkan kepadanya dan berkata, “Allah, adakah itu Engkau?” Memandangkan tiada siapa yang menjawab, dia pun meneruskan perjalannya ke rumah.

Namun, tidak lama kemudian, hatinya kembali berbisik menyuruh dia membeli seliter susu.

“Baiklah Allah, jika benar itu pesanan dari-Mu, aku akan beli susu itu.” Nampaknya, ujian ketaatan ini tidaklah sesusah yang disangka. Dan dia juga boleh minum susu itu ketika dia sampai ke rumah nanti. Lalu dia pun memberhentikan keretanya dan membeli susu itu dan kembali meneruskan perjalanannya pulang.

Ketika dia melepasi Jalan 7, tiba-tiba dia mendapat satu perasaan yang kuat, “Turuni jalan itu!”. Ini adalah kerja gila, gumamnya sendirian. Namun, sekali lagi, dia mendapat perasaan yang kuat menyeru agar dia membelok masuk ke Jalan 7. Pada simpang yang seterusnya, dia membelok dan masuk ke jalan itu. Separa bercanda dia berkata, “Baiklah Tuhanku, aku turuti perintahmu.”

Dia memandu melintasi beberapa blok sehinggalah tiba-tiba dia merasakan dia patut berhenti. Dia menekan pedal brek, berhenti dan memerhati keadaan di sekeliling kawasan itu. Di sini ialah kawasan perumahan orang-orang pertengahan. Ini bukanlah kawasan yang paling cantik, namun ia juga bukanlah kawasan orang-orang yang paling miskin. Banyak kedai-kedai telah tutup dan hampir semua rumah telah gelap, menandakan penghuninya sudah masuk ke kamar tidur.

Namun sekali lagi, dia merasakan sesuatu berkata-kata dalam hatinya, “Pergi dan berikan susu itu kepada penghuni rumah di seberang jalan.” Pemuda itu memerhatikan keadaan rumah itu. Suasananya gelap. Mungkin penghuninya sudah tidur atau mungkin mereka tiada di rumah. Dia kembali melangkah menuju ke keretanya dan mula kembali masuk ke tempat duduk kereta..

“Allah.. ini ialah kerja gila. Penghuni rumah itu sudahpun nyenyak tidur, dan jika aku kejutkan mereka, sudah pasti mereka akan marah dan aku akan kelihatan seperti orang bodoh.” Namun, dia masih merasakan dia perlu mengikut kata-kata hatinya.

Akhirya, dia membuka semula pintu kereta, “Baiklah Allah, jika ini ialah Engkau, aku akan pergi ke pintu rumah itu dan berikan mereka susu. Aku rela berkelakuan seperti orang gila ini jika itulah yang Engkau mahukan. Aku mahu menjadi orang yang taat. Aku harap Engkau akan membalasnya kemudian hari, namun jika tiada sesiapa yang menjawab di pintu, aku akan terus beredar dari tempat ini.”

Dia berjalan melintasi lorong kecil itu dan menekan loceng. Dia dapat mendengar sedikit bunyi bising dari dalam rumah. Satu suara garau memecah kesunyian malam itu, “Siapa tu? Apa yang kau mahu?” Dan pintu rumah itu dibuka dengan cepat sebelum pemuda tadi sempat melarikan dirinya ke kereta.
Seorang pemuda dalam usia empat puluhan tercegat berdiri di belakang pintu bersama t-shirt lusuh. Dia kelihatan seperti baru bangkit dari tidur. Dia kelihatan agak keliru dan pelik dengan kehadiran seorang tetamu yang tidak dikenalinya di depan pintu rumah pada waktu-waktu malam begini.

“Ada apa?”

Pemuda tadi menghulurkan susu tadi dan berkata, “Ambillah, aku bawakan ini untuk kau.”

Lelaki tadi terus merentap susu tadi dan bergegas lari masuk ke dalam rumah. Kemudian turun dari dalam rumah, seorang perempuan menyambut susu tadi dan pergi ke dalam dapur. Lelaki tadi mengikut rapat perempuan itu, dan dalam dukungan kemasnya duduk seorang bayi kecil. Dan bayi itu menangis kuat sekali. Kelaparan agaknya. Dan air-air hangat mengalir laju dari mata lelaki separuh umur itu.

Dan dalam esak tangisannya, lelaki itu berkata, “Kami baru sahaja selesai solat. Kami terpaksa membayar banyak hutang bulan ini, dan akhirnya kami kehabisan wang. Kami tidak punya apa-apa untuk si kecil ini. Aku baru sahaja berdoa kepada Allah (SWT) untuk memberikan jalan kepadaku bagaimana untuk mendapatkan susu untuknya”.

Kemudian terdengar suara sang isteri menyambung halus dari belakang suaminya, “Aku meminta daripada Allah (SWT) agar menghantar kami seorang malaikat bersama sebekas susu. Adakah engkau malaikat itu?”

Pemuda tadi lantas menyeluk saku, mengeluarkan dompet dan menarik semua duit yang ada padanya ketika itu dan menyerahkannya kepada tangan lelaki tadi. Dan dia berpusing ke belakang berlari ke arah keretanya dengan pecahan-pecahan manik jernih pada hujung matanya.

Dan kini dia tahu bahawa Allah (SWT) itu masih mendengar doa hamba-hamba Nya...

Monday, June 22, 2009

Buat muslimah, sang dhuat yang masih single

Buat muslimah, sang dhuat yang masih single khususnya,

Sekadar ingin bercerita, buat renungan bersama moga kita dapat pengajaran dari 'perbualan' di bawah dan membuang sisa-sisa karat jahiliyyah yang masih tersisa insyaAllah:

Dikala ukhti A menaip dashboard dan mencari info-info semasa tentang perkembangan dunia islam, perasaan aneh kuat mencengkam dan tiba-tiba hati berdetik....:

Ya Allah,aku teringat padanya
(bayangan wajah seorang lelaki ajnabi menerjah masuk ke dalam mindanya)

Ukhti A resah...dia tahu saat hal ini berlaku, dia sedang diuji oleh-Nya
Lalu akal mula berputar, hati memberi persoalan;

Siapa dia?'orang dulu'kah? 'orang sekarang'kah?

Jawab sang hati

Dia orang yang soleh, baik, berdedikasi,berkepimpinan,aku kenal siapa dirinya, keluarganya .Bukan seperti 'orang dulu' tidak mengamalkan cara hidup islam, walau menepati ciri-ciri pilihan wanita kini. Dia sama sekali tidak sama seperti 'orang dulu' dan aku sangat pasti hidupnya juga untuk memperjuangkan Islam, sama seperti diriku..sangat mengagumkan.

Hati bertanya lagi;

Jadi yang sekarang sangat menepati ciri-ciri zauj pilihanmu?

Hati menjawab lagi;

Mungkin...jika Allah mentakdirkan...bukankah lelaki yang baik untuk perempuan yang baik?

Hati memberi penjelasan;

Jadi apa yang kau lakukan sekarang dilakukan oleh perempuan-perempuan yang baik?

Hati tertanya-tanya seraya mengasak dengan pelbagai persoalan;

Maksud kau?

Hati terus bertanya lagi;

Apakah yang sedang kau lakukan sekarang?
Tidak kira siapa atau apakah sifat mereka, adakah antara mereka suamimu untuk kau ingati? Bukankan Allah sedang melihat-Mu?Tidakkah kau patut malu dengan perbuatan ini?

ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM...

Ukhti A berasa sangat kesal, ingatan itu membuatkan dirinya terlalai seketika...mungkin itu tidaklah menjadi dosa,namun jika ingatan yang berterusan membuatkan ia tidak keruan, tidak dapat menumpukan perhatian dan sebagainya maka mungkin kita patut sedar yang SYAITAN SANGAT BIJAK MEMAINKAN PERANANNYA.

Seorang sahabatnya telah berpesan untuk melarikan diri- dari fikiran-fikiran seperti ini maka kita hendaklah sentiasa menyibukkan diri dengan perkara-perkara yang berfaedah melalui penulisan, penambahan mushakafah dan sebagainya. InsyaAllah tak sempat nak ingat atau nak buat perkara-perkara jahiliyyah seperti di atas atau yang lainnya dan yang paling penting untuk kita sentiasa menjaga hati. Ingat lagu Tombo Ati?.Antara cara untuk menjaga hati adalah...1)Berpuasa 2)Baca Al-Quran dan maknanya 3)Berzikir pada malam hari 4)Qiamullail 5)Berkumpul dengan orang-orang soleh. Wallahualam.
There was an error in this gadget

Followers

About Me

My photo
Saya seorang guru yang sangat meminati bidang perikanan dan sukakan laut.