There was an error in this gadget

Sunday, December 27, 2009

Kisah cinta ana

Masih ingatkah enti dengan mimpi jaulah itu?
bahawa kita berdua berjaulah di satu tempat,
-Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar,
Allah menyampaikan rindu ana rupanya...!

Masih ingatkah enti dengan kata-kata ini?
Ukhti Hidayah,
Bicara kita adalah bicara sufi...
Tanpa suara dan kata-kata...
Kerana penghubung kita adalah suara hati...
Bertemu... Berpisah...
Kerana ALLAH

Masih ingatkah enti dengan kesedihan ini?
"Akak, saya rasa cam dah kena fitnahlah"
dan sepotong ayat dihantar sebagai peringatan,
"Wa mayya'mal minassolihati fa hua mu'min wala yukhofu dzulman wala hadma
-maka barangsiapa yang beriman dan beramal soleh tidak akan ada ketakutan baginya akan penggugatan hak dan kezaliman.Allahu musta'an" (refer matsurat kubra)


Masih ingatkah enti dengan pujian ini?
"Akak ni baik sangat2...lah...."dan pelbagai lagi pujian diajukan bertalu2,
Lalu pujian itu dijawab,
"Andai didapati kebaikan dari seseorang janganlah dipuji selagi ia belum mati kerana kita tidak tahu bagaimana pengakhirannya, gantikanlah ia dengan doa berpanjangan agar akhirnya sampai ke syurga- qudama' ''

Asif jiddan...maafkan andai tersalah pertanyaan,
Sama tapi tak serupa; hanya keliru dengan pernyataan,
Moga segala yang dilalui, adalah tarbiyyah dari Allah!,
Dan 'sentuhanmu' adalah satu memori sangat bererti dalam lipatan hidup ini,

Ukhuwwah fillah abadan abada,
Tidaklah ana kira kisah ini ibarat Tsauban dan Rasulullah,
Penuh harapan agar menjadi seperti Rasulullah dan Abu Bakar,
Dan kerana itu tangisan ini bukanlah bererti mati tapi satu motivasi!

Andai terlupa mendoakan,
Moga kaktus2 itu terus berbunga-bunga, berzikir, berdoa untuk tuannya,
Dari lubuk hati yang paling dalam,
Uhibbukifillah.
..

Untuk beliau yang membacanya
Jazakillah hu khairan katheera atas segalanya

Thursday, December 17, 2009

Friday, December 11, 2009

Universiti kebanggaanku!


Assalamualaikum...

Kadang-kadang pernah juga dengar;

Erm dia tu dah berubah lah..dah tak macam dulu lagi...

Oh ye? berubah macammane...

Lain sangat...

Erm..dia belajar kat mana ek

Tahla, balik2 cuti dah jadi macam tu

Lain macammane

Jadi lebih baik..alhamdulillah


Universiti of Tarbiyah

Universiti itu...
Buat dia sangat lain...
Penuh dengan pensyarah-pensyarah yang best
Yang mengajar erti siapa diri ini

Universiti itu..
Bukan untuk orang pilihan tertentu
Tapi untuk semua orang

Pendaftaran percuma
Tiada syarat kemasukan
Ada di mana-mana cawangan universiti yang ada (insyaAllah)

Keterangan lanjut: hubungi pemilik blog di;

universityoftarbiyyah@yahoo.com

Berilah peringatan

There was an error in this gadget

Followers

About Me

My photo
Saya seorang guru yang sangat meminati bidang perikanan dan sukakan laut.