There was an error in this gadget

Wednesday, August 25, 2010

Hikmah bertudung dan menutup aurat

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, nur annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun, perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.

Moga kisah yang dipaparkan oleh seorang saudara dari

Indonesia

ini, dapat dijadikan iktibar khususnya buat kaum hawa..

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al_Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, "

cuba

mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan ani kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Ibu hanya mampu mengelus mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam. Dalam qiamullailnya. Terdengar lirik doanya " YaAllah, kenalkan annisa dengan hukumMu".

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid.

Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas desus mengenai isteri

Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?"

Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri". Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri.

Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di

Kalimantan

,kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di

sana

, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah

ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya........dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi... Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini..Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu Khoiri..di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu.

Butirannya seperti ini:
Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)

Annisa : aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"

Isteri jiranku : Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati

Annisa : tapi mak cik

kan

dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik

Isteri jiranku : Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa : Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak a da masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat mak cik bagaimana?

Isteri jiranku : annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Annisa : tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..

Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami

Annisa : apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhrim kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia sia ..sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. tulah hakikat tudung

Annisa : mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.

Duhai nisa ..ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan , ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya , anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi , antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di

padang

mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar , Yang Maha Kuat , Yang Maha Agung.. . . . Allah SWT .

Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya.. Subhanallah .Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta , tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya , wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT , wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia"

Tak tahan airmata ini pun jatuh.semoga Allah SWT menerima adikku disisinya..Amin

Subhanallah ..saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua.
Wassalam..

Ghuzwatul Fikr (Serangan Pemikiran)


بسم الله الرحمن الرحيم

Ghuzwatul Fikr atau dikenali sebagai serangan pemikiran.Ia adalah suatu fenomena yang amat lazim dikalangan kita umat Islam tetapi serangan yang maha halus ini amat sedikit peratusan umat Islam yang menyedari kewujudannya.


Apakah tugas Serangan Pemikiran?
Serangan Pemikiran mengubah pemikiran kita atau lebih jelas jika kita definisikan ia sebagai memesongkan pemikiran kita dari pemikiran Islamik atau lebih dahsyat lagi memandang hina pada pemikiran islamik.


Israel, Amerika dan Ghuzwatul Fikr!
Hubungan diantara mereka amat dekat dan saling berkait.Perkataan berangkai Ghuzwatul Fikr ini amat lazim dikaitkan dengan Israel dan Amerika yang mana mengambil tugas dalam menyebarkan pemikiran-pemikiran songsang ini.


Tahukah Anda???
Sebenarnya Penyongsangan Fikiran ini telah wujud sejak dahulu lagi iaitu sebelum manusia dicampak ke dunia lagi.

Firman Allah:

20. kemudian Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada mereka agar menampakkan aurat mereka(yang selama ini) tertutup. Dan Syaitan berkata, " Tuhanmu hanya melarang kamu berdua mendekati pokok ini, agar kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang yang kekal(dalam syurga)".
21. dan dia (syaitan) bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): "Sesungguhnya aku ini benar-benar termasuk para penasihatmu".
(Surah Al-A'raaf 7:20-21)


Daripada ayat ini, jelas menunjukkan bahawa Nabi Adam A.S dan Hawa telah dihasut oleh Syaitan supaya melanggar perintah Allah dengan mengubah pemikiran mereka bahawa Allah sebenarnya tidak mahu mereka berada di syurga itu.Maka Dia melarang Adam dan Hawa dari mendekati pohon itu. Maka serangan pemikiran sebenarnya telah wujud sejak di syurga lagi dan syaitan adalah pengasas utamanya.


Ayuh Berfikir!!


Apabila kita boring, apa yang kita cari?
TV, Radio, YouTube, Majalah Hiburan, Cerita korea, Cerita Hindustan dan semua perkara yang berbentuk hiburan.


Apabila menonton cerita kartun, haiwan apa yang paling setia dan baik?
Anjing.


Apabila belajar sirah nabi dan sejarah?
Boring! Cerita pasal orang mati.


Apabila diajak berusrah?
Ala..masa temuduga nak keje nanti bukannya dia tanya semua benda tu.


Sedar tidak sedar, itulah kita.Yang tidak menyedari bahawa hati kita telah terbahagi kepada dua; dunia dan Islam.Kita mengasingkan dua perkara ini sedangkan Islam adalah cara kehidupan kita.Buta melihat apakah hiburan terbaik, apakah itu haiwan-haiwan syurga, apakah itu pengajaran dan pedoman kisah lepas dan apakah itu temuduga Akhirat?


Selama lebih 113 tahun kita telah terperangkap di dalam jerangkap samar protokol yahudi atau lebih dikenali sebagai "The Protocols of Learned Elders of Zion"Jerangkap yang invisible ini sedikit demi sedikit menjadi sebati dalam darah daging kita tanpa kita sedari.Dari protokol ini, maka terlahirlah budaya 4S&4F iaitu:


4S
Song
Seks
Smoke
Sport


4F
Fun
Female
Fashion
Food


Tanpa lagu, kita keboringan.
(Pilihlah lagu yang dapat menyuburkan pohon rohani kita-yang dapat meningkatkan iman kita)


Seks tu senaman apa!
(erk?senaman?tapi dilakukan tanpa hubungan halal?kalau sampai anak dibuang merata?HIV berleluasa!)


Tak ada rokok, tak terserlahlah macho aku.
(Bukan ke rokok tu bakar duit? Dah la menyumbang kepada saham MATI CEPAT.)


Sport tu best apa!Menyihatkan!
(Sampai solat pon terlepas kerana mengikuti perlawanan WorldCup? Kalau tak pakai ketat-ketat, seluar tak pendek sampai nampak lutut..tu bukan namanya sukan.)



Ironinya, itulah pemikiran kita.Kerana kita lahir dalam suasana yang memang begitu.Kita terpengaruh dengan hedonisme (pendekatan sosial yang menjadikan hiburan sebagai satu cara hidup).Betapa halusnya serangan ini sehingga mata yang celik ini seolah-olah sedang tidur dibuai mimpi, terasa asyiknya hidup hingga terlupa kita mempunyai satu matlamat yang akan dituju dan bersifat kekal.Marilah kita menjadi seorang muslim yang berorientasikan ibadat kepada Allah dan bermatlamat untuk menegakkan Islam di muka bumi ini.Kita boleh mengetahui tentang Protokol Zionis dan Hedonisme ini dengan lebih jelas di sini di artikel yang bertajuk Mahasiswa dan Hedonisme.Semoga bermanfaat!


Ayuh rakan-rakan! Kita pulang kepada Quran dan Sirah-sirah Nabi untuk meloloskan diri dari jerangkap Zionis ini supaya kita dapat melangkah ke arah kehidupan yang hakiki berlandaskan Islam yang syumul.Sama-sama kita bermuhasabah.


"Dan Kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian"
(Surah Al-Isra' 17:82)

Monday, August 16, 2010

Fiqh Ramadhan: Battalkah puasa kita jika...

Ulama terbilang dunia ketika ini, Dr Yusoff Al-Qaradhawi pernah menyebut dan meluah rasa kurang setuju beliau dengan tindakan para ulama yang terlalu meluaskan perbuatan yang membatalkan puasa. Beliau lebih setuju untuk mengecilkan skop dan ruang lingkup pembatalan puasa kepada perbuatan yang benar-benar terdapat dalil tepat dari al-Quran, al-Hadith dan disepakati ulama sahaja.

Beliau berpendapat perbincangan panjang lebar oleh ulama silam, antaranya para ulama dari mazhab Hanafi dan ulama mazhab-mazhab lain menyebut sekitar 57 bentuk perbuatan yang membatalkan puasa adalah adalah tindakan yang kurang sesuai. Malah ia juga amat digemari oleh ulama masa kini sehingga terdapat yang menghabiskan masa begitu lama untuk merangka fatwa, berijtihad dan meletakkan kaedah bagi sesuatu perbuatan. Adakalanya ia adalah isu yang tidak memerlukan perhatian begitu mendalam.

Masalah ini dilihat semakin bertambah, apabila ijtihad dalam bab ini semakin bercambah hingga menyebabkan kesukaran orang kebanyakkan (awam) menjalankan ibadah ini dengan tenang kerana perincian perbuatan yang membatalkan puasa amat cabang (furu’) dan terlampau banyak. Ia menyebabkan orang awam yang terhad kemampuan, masa dan rujukan sering berada dalam kebimbangan dengan isu batal dan tidak batal puasa ini. Lebih dikesali adalah perbincangan tentang ini juga ada meninggalkan perbincangan yang lebih besar berkenaan Ramadhan. (Taysir al-Fiqh – Fiqh As-Siyam, hlm 86-87)

Sebagai contoh, antara isu terbesar yang patut diberikan fokus mendalam di waktu Ramadhan adalah :-

1) Raih Taqwa : Firman Allah yang mengarahkan kita berusaha meraih taqwa di dalam bulan ini. Perbincangan berkenaan kaedah, cara dan cabaran yang boleh menghalang kita mencapai target ini perlu diberikan perhatian lebih.

2) Bulan Ingatan Fungsi Al-Quran : Firman Allah yang menyebut bahawa Al-Quran diturunkan di bulan Ramadhan ini sebagai petunjuk, dan bukti kebenaran petunjuk dan pembeza di antara haq dan yang batil. Justeru perbincangan berkenaan kemestian umat Islam kembali kepada Al-Quran sebagai satu-satunya formula untuk berjaya sebagai golongan bertaqwa dan selamat dunia akhirat perlu diperhebat.

3) Amaran Terhadap Pengikis Pahala Ramadhan Yang ‘Confirmed’ : Sabda-sabda Nabi berkenaan tindakan yang boleh menghapuskan pahala puasa Ramadhan seperti bercakap kotor, nista, carut dan perbuatan jahat dan keji di waktu bulan ini. Ia perlu dipertekankan kerana ia adalah perkara yang disepakati bakal merosakkan pahala puasa seseorang walaupun ia tidak sampai membatalkan zahir puasanya.

4) Kaedah Penambah Pahala & Redha Allah di Bulan Ramadhan Yang ‘Confirmed’: Sabda-sabda Nabi yang mengandungi janji-janji dan tawaran Allah di bulan ini juga perlu diperluas kepada orang ramai agar semakin ramai yang berpotensi ke Syurga Allah sekaligus melemahkan fungsi Syaitan dan nafsu amarah yang sentiasa ingin mengajak kepada kemaksiatan.

Adapun isu perkara yang membatalkan puasa, sewajarnya ditumpukan kepada hukum yang disepakati sahaja. Justeru, larangan yang disepakati tatkala puasa adalah menahan nafsu syahwat, menanggung lapar dan dahaga serta menahan diri dari bersetubuh dengan isteri di siang hari dengan niat ikhlas ibadat kerana Allah. Inilah yang dijelaskan dari al-Quran dan as-sunnah, demikian juga menjauhi kata-kata nista, bohong, mengumpat, cercaan dan lain-lain dosa anggota demi kerana Allah. Ia disebut di dalam ayat al-Baqarah : 187 dan disokong oleh hadith-hadith yang banyak.

Merokok, keluar darah haid atau nifas dan hilang aqal adalah dipersetujui secara sepakat ulama membatalkan puasa.

Adapun yang tidak disepakati, boleh dibincangkan cuma jangan sampai ia mengambil perhatian utama kita apabila berada di dalam Ramdhan. Sebagai panduan, berikut disertakan beberapa hukum secara ringkas berkaitan puasa yang kerap ditanya oleh orang ramai :-

1) Darah keluar dari tubuh ; samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain.

Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar’ dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215). Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah di pinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida’ dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majority mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247)

2) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dan dikeluarkan kembali tanpa sampai ke perut dan yang seumpamanya di bahagian kepala.

Ia seperti memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita atau dubur ketika proses perubatan yang berkaitan, demikian juga memasukkan jari ke dalam hidung, telinga, mulut dan dubur.

Hukumnya : Tidak membatalkan puasa kecuali jika alatan itu dibiar tinggal di dalam kemaluan tadi, kerana illah @ faktor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu berfizikal ke perut. Terkecuali juga, wanita atau lelaki yang memasukkan jarinya ke dubur atau kemaluannya dengan tujuan nafsu, maka ia membatalkan puasa, tetapi jika tujuan istinja’ atau membasuhnya maka hukum yang lebih kuat menurut para ulama adalah tidak batal. (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 211). Ini juga dipersetujui oleh Syeikh Atiyyah Saqar yang mengatakan masuk sesuatu ke telinga dan hidung yang tidak sampai ke perut atau bahagian otak adalah tidak membatalkan puasa. (Min Ahsanil Kalam fil Fatawa). Tidak dinafikan terdapat fatwa yang mengatakan batal, justeru, nasihat saya adalah lebih baik menjauhinya kiranya tiada tujuan yang agak mendesak. Kerana menjauhi yang khilaf (perbezaan pendapat) itu lebih baik.

3) Pil elak haid untuk puasa penuh :

Hukumnya : Harus dengan syarat tidak membawa mudarat kepada pusingan haidnya, dan memerlukan nasihat doktor Islam yang berwibawa. Namun yang terbaik adalah tidak menyekat haid, dan tidak menganggu kitaran fitrah yang telah ditentukan oleh Allah swt. selain itu wanita sedang haid juga masih boleh melaksanakan pelbagai jenis ibadah.

4) Penyembur gas untuk pesakit lelah :

2SL37-inhaler


Hukumnya : Baru-baru ini pada bulan Julai 2007, Persidangan Majlis Fiqh Antarabangsa di Putrajaya ada membincangkan isu ini. Tidak dinafikan ia satu isu yang amat kerap dibincangkan oleh para ulama seantero dunia dan mereka berbeza pandangan apabila sebahagian menyatakannya batal dan sebahagian lain menolak.

Menurut kajian terperinci bantuan para doktor, mendapati gas semburan itu punyai jisim-jisim putih yang jelas kelihatan jika di sembur di atas kertas. Selain itu, hampir 90 % darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di esophagus dan terus ke perut. Ini bermakna ianya jisim-jisim gas itu masuk ke perut setiap kali semburan. Justeru sudah pasti ia membatalkan puasa. Demikian pandangan awal dari Majlis Fiqh Antarabangsa yang bersidang Juali 2007 baru-baru ini, tetapi kemudiannya mereka menarik balik keputusan mereka untuk dibincangkan lebih terperinci dalam persidangan akan datang.

Bagaimanapun para ulama masih perlu bergantung kepada makumat jelas dari para doktor bagi memberikan fatwa tepat kerana Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr Muhd ‘Uqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut. Manakala, ubat lelah jenis hidu melalui hidung adalah membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala. (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 226)

Namun jelas para ulama berhati-hati dalam memberikan keputusan dalam hal ini kerana menyedari walaupun serbuk-serbuk dari inhaler tersebut boleh memasuki ruang perut, namun ia adalah satu keperluan buat pesakit athma dan tidak pula dilaksanakan secara saja-saja, bukan pula kerana nafsu lapar.

5) Suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, kaki selain rongga terbuka yang asal:

Hukumnya : Terdapat dua jenis : samada untuk berubat atau untuk menguatkan. Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, pain killer dan apa jua tujuan asas perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa (Al-Qaradawi, hlm 100 ; ‘Uqlah , hlm 226). Demikian juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan.

Berkenaan suntikan makanan, air seperti glukos dan sepertinya untuk tujuan perubatan; para ulama sekali lagi berbeza pandangan : Pandangan majoriti adalah : Tidak membatalkan puasa kerana ia tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan ia tidak mengenyangkan serta tidak bercangah dengan hikmah puasa. Ia adalah fatwa oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948 (Taysir Al-Fiqh As-Siyam, hlm 100; Fatawa Syar’iyyah, hlm 268 ; Yasalunaka, 5/53 dll ).

Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa terutama jika dilakukan secara sengaja untuk melarikan diri dari ujian keletihan lapar dahaga puasa.

6) Berkumur-kumur dan air masuk ke rongga hidung semasa wudhu.

Hukumnya : Tidak membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama Syafie mengatakannya terbatal. Justeru, jauhilah berlebihan di ketika puasa dalah lebih baik.

Ia berdasarkan hadith : “Sempurnakan wudhu , basuhlah celah-celah jari jemarimu, dan lebih-lebihkan menyedut air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa ( Riwayat Abu Daud , no 142 ; At-Tirmidzi, 788 ; Al-Hakim, Sohih menurut Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban & Al-Hakim dan dipersetujui oleh Az-Zahabi ; albani ; Sohih).

7) Melakukan Maksiat seperti tidak solat :

Hukumnya : Tidak batal puasa menurut majoriti mazhab dan ulama. Akan tetapi dosa maksiat itu akan ditanggung berasingan mengikut jenis maksiat, malah mungkin bertambah besar dosanya kerana mencarik kehormatan Ramdhan. Pahala puasanya pula akan terhapus Selain itu, ia juga mencarikkan keseluruhan tujuan berpuasa iaitu bagi melahirkan insan taqwa dan jauh dari maksiat. (Qaradawi, hlm 104) Nabi bersabda : “Barangsiapa sempat bertemu Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh ia dengan Allah” (Riwayat Ibn Hibban)

8) Mencium lelaki dan wanita semasa berpuasa

Hukumnya : Mencium isteri atau suami tatkala berpuasa, tidak batal menurut majoriti ulama.

Ia berdasarkan beberapa dalil antaranya :-

كان رسول اللَّهِ يُقَبِّلُ وهو صَائِمٌ وَيُبَاشِرُ وهو صَائِمٌ وَلَكِنَّهُ كان أَمْلَكَ لِإِرْبِهِ

Ertinya : “Nabi S.a.w mencium dan bermesra (dengan isterinya) dalam keadaan ia berpuasa, tetapi baginda adalah seorang yang menguasai diri dan nafsunya” (Riwayat Abu Daud, 2/311 ; Syuaib arnaout : Sohih)

Dan satu lagi adalah : -

فجاء شاب فقال أقبل يا رسول الله وأنا صائم قال لا قال فجاء شيخ فقال أقبل وأنا صائم قال نعم قال فنظر بعضنا إلى بعض فقال النبي قد علمت لم نظر بعضكم إلى بعض إن الشيخ يملك نفسه رواه أحمد والطبراني في الكبير وفيه ابن لهيعة وحديثه حسن وفيه كلام

Ertinya : Kami bersama Nabi tiba-tiba didatangi oleh seorang pemuda dan bertanya : Aku berpuasa dan aku mencium isteriku, jawab nabi : Jangan ; tiba-tiba dating seorang tua dan bertanya soalan yang sama : Jawab nabi : Ye ( tiada masalah) ; kami kami saling berpandangan antara satu sama lain, maka nabi berkata :-

“aku tahu apa mengapa kamu saling berpandangan antara satu sama lain, sesungguhnya orang tua mampu mengawal dirinya (nafsu)” (Riwayat Ahmad dan At-Tabrani, sanad terdapat Ibn Lahi’ah yang diperkatakan tentangnya, menyebabkan hadis dianggap dhoif)

Al-Qaradawi pula menambah “berapa ramai orang tua zaman sekarang yang turut tidak mampu mengawal nafsunya ” (Fiqh As-Siyam, hlm 106 )

Kesimpulannya, ia tidak membatalkan puasa dan ciuman sebegini tidak harus jika ia boleh membawa mudarat seperti menaikkan nafsu dan boleh membawa kepada persetubuhan di siang hari ramadhan.

9) Wanita tamat haid

Wanita tamat haid pada waktu malam dan sempat niat pada waktu malamnya sebelum naik fajar subuh. Ia dikira sah walaupun belum mandi hadas. Jika ia tidak sempat berniat sebelum fajar subuh, seperti belum makan dan minum apa-apa pada pagi itu, kemudian pada jam 8 pagi haidnya kering, ia tidak dikira boleh berpuasa pada hari itu kerana tiada niat bagi puasa wajib boleh dibuat selepas terbit fajar.

Demikian juga ditegaskan oleh majoriti ulama (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/201)

Dalilnya adalah :-

من لم يُجْمِعْ الصِّيَامَ قبل الْفَجْرِ فلا صِيَامَ له

Ertinya : “Barangsiapa yang tidak berniat untuk puasa sebelum fajar, tiada puasa (wajib) baginya” ( Riwayat Abu Daud, 3/108 ; Albani : Sohih )

10) Keluar air mazi

Air mazi adalah air yang keluar dari kemaluan lelaki atau perempuan kerana naik syahwat. Banyak persoalan berkenaan keluarnya air mazi semasa berpuasa, samada ia membatalkan puasa atau tidak.?

Zahir dalam mazhab Hanbali menyatakan, ia membatalkan puasa.

Bagaimanapun mazhab Hanafi, Syafie, Awzai’e, Hasan albasri, As-Sya’bi dan Imam Ahmad dalam satu pendapatnya berfatwa keluarnya air mazi tidak membatalkan puasa. Saya lebih cenderung dengan pendapat ini.

11) Keluar air mani tanpa setubuh

Mencium dan menyentuh sehingga keluarnya mani dengan syahwat adalah membatalkan puasa dan wajib qadha, ia adalah disepakati oleh seluruh ulama.

Adapun keluarnya air mani hanya kerana berfikir lucah dan melihat dengan syahwat, ia tidaklah batal menurut sebahagian ulama termasuk mazhab Syafie, Hanafi. (Al-Mughni, 4/159)

Manakala mazhab Hanbali dan Maliki mengatakannya batal.

Walau bagaimanapun, saya lebih cenderung dengan pendapat yang mengatakannya batal kerana ia benar-benar bercanggah dengan tujuan dan maqasid puasa dalam Islam. Selain itu, ia juga adalah sama dengannya keluar mani kerana sentuhan.

Keluar air mani kerana bermimpi di siang hari Ramadhan atau kerana sakit tertentu. Sepakat ulama menyatakan ia tidak membatalkan puasa.

12) Menelan air liur

Hukum : Ia tidak membatalkan puasa disebabkan terlalu sukarnya untukmenjaga hal seperti ini. (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/159)

13 ) Mandi

Tiada masalah untuk orang berpuasa mandi, ia tidak membatalkan puasa. Dalilnya adalah hadis yang menunjukkan Nabi s.a.w mengizinkan orang yang junub mandi selepas waktu subuh. Ibn Abbas juga pernah disebutkan mandi ketika berpuasa. Kecuali seseorang mandi sambil mencuri minum sebagaimana yang mungkin dilakukan oleh para remaja dan lainnya, maka ia batal kerana minum dan bukan mandi itu sendiri.

14) Berniat berbuka atau membatalkan puasa sebelum waktu.

Tindakan sebegini adalah membatalkan puasa menurut mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi. Cuma jika dengan segera seseorang itu kembali berniat dan membetulkan niatnya tadi, puasa tidak terbatal.

Justeru, seluruh individu berpuasa wajib menjaga niatnya agar tidak terpesong untuk membatalkannya. Imam Ibn Quddamah menolak pandagan yang mengatakan tidak batal kerana ibadah itu adalah berdasarkan niat seperti solat juga yang akan terbatal jika berniat membatalkannya. (Al-Mughni, 4/175)


www.zaharuddin.net

Wednesday, August 11, 2010

What do u want me to do for u?-reply

Saya terkenang kenangan kami, on the way balik dari Kuala Penyu ke KK, Sabah. Hidayah, x-wakil dari Sarawak bertanya satu soalan kepada kami.

"Apa yang antunna mahu ana lakukan ketika antunna sedang marah atau sedih?"


Semua yang berada dalam kereta berasa kagum dengan soalan itu. hati terdetik~ soalan yang berbaur taaruf dalaman neyh.

" Belikan saya aiskrim!"

" Saya suka cuci tandas kalau time marah. Sebab bila tandas jadi bersih, hati yang marah tadi pun turut gembira kerana puas."

" Saya akan tidur.. Jadi saya nak awak tolong diam untuk saya, just stay at the corner, and look after me. If you see there is no contorted forehead, then u can get near me, and ask me what happen" ~ini permintaan anak puteri raja..

" I am definitely don't want anyone to get near me at that very moment"

~Okey ini semua jawapan saya sendiri. Because, obviously, I can't remember what everyone was saying that time.. Kena balik sabah dulu baru leh ingat.. haha.. nampak view and then memories will come back I guess.. (alasan!)

Apa yang akan saya buat jika ada sahabat yang sedang dalam bad mood. What do you want me to do?

Apa yang saya ingat saya berkata balik pada ukhti Hidayah tersayang, kalau ana jawab, nti akan buat untuk ana?

" Ana tak leh janji tapi ana kena cuba untuk penuhi, sebab dah jadi hak nti untuk terima." Ujar Hidayah.

Monolog lagi saya selepas itu, bukan hanya sekadar soalan apakah akan saya lakukan, tapi adakah saya akan lakukan, sebab soalan seperti ini bukan hanya satu soalan saja2 tapi ada pengajaran di situ.

Tiba2 rasa takut untuk bertanya soalan seperti ini. Sebab belum tentu saya mampu melakukannya. Jika saya akan bertanya soalan ini, cepat2 lah ambil kesempatan ya ukhti2.. sebab inshaAllah, saya akan cuba tunaikan.

SALAM ALAYK

Jauh mengembara ke blog2...
Baru sekarang dapat menyinggah...
Afwan ketheera

Anti tau sesuatu?
tak sangka anti ingat satu-satu...uhh...

tapi antara pelajaran yang ana dapat dalam jaulah itu adalah..

1) Kuat semangat
Waktu kita kutip tuntul-tuntul di tepi pantai tu,(ana mmg xpna jumpa tuntul sebelum ni) hujan semakin lebat dan ana semakin kesejukan dan bersin2 sudaaa...sangat mengharapkan ada seseorang dari kita yang ramai2 tu akan kata 'dah la tu, ,meh kita balik' tapi ada seseorang kata.. cepat-cepat kita penuhkan lagi satu baldi ni...tuntul ni tengah banyak sekarang.. menguji kesabaran betul...(tapi walaupun hampir demam tersenyum2 bila tuntul2 tu dah jadi masak kicap.hehe)

2)Sabar
Sewaktu kita berdua kutip kat tepi pantai (hujung dunia) - yang anti kata makin jauh makin banyak. Ana termarah anti waktu anti tanya sesuatu yang anti expect ana buat...tapi...ana rasa sehingga harini ana tak minta maaf lagi...maafkan ana sangat2..ana tak bermaksud untuk buat anti pucat lesi dan tercampak tuntul yang ada pada gumpalan hujung baju anti...arghh bersalahnya..tapi anti rileks je pastu kan?

3)Ukhuwwah itu macam rantai
waktu ana sibuk record video dan amik gamba...ade sesuatu menarik perhatian ana...iaitu rantai besi yang mengikat jambatan bergerak tu dengan penghujungnya..ia nampak sangat kukuh dan kuat...walau bergerak.masa ana amik gambar ada seorang sis kata ' rantai ukhuwwah'...macam tu jugak masa kita xde keje menarik boat ramai2...perasaan itu berantai-rantai...hihi (malu kot tarik boat tu)

4)Melihat ujian sebagai tnda Allah sayang
liqo atas jeti depan pulau tiga buat ana rindu pada bintulu...tapi bila teringat kesusahan kak amal ketika itu.. perasaan tu tenang kembali..semacam terbit rasa syukur dikurniakan akhawat yang x jemu2 berada di sisi...bagi support sentiasa dari segala aspek, berkongsi segala rasa especially kakak2 (indirectly mengajar utk share semua benda yg kadang2 susah nak terlontar nih) dan walaupun anti kata ana ni wakil sarawak..seriusly ana sentiasa rasa bukanlah wakil tapi ana rasa SATU...satu rasa...syahdu rasanya

p/s fikiran berjalan2 semula menghayati perasaan ketika itu., banyak lagi rasanya..apapun..jzkk fhana..cynafitra.blogspot.com makin menarik.teruskan langkah...walau dimana berada... (xkisahlah d bumi yang banyak kurma atau tuntul...hehe)
salam perjuangan!



http://www.scribd.com/doc/24877498/The-Lives-of-Hasan-Al-Banna-and-Syed-Qutb

Bukan kita punya

Andai kita tahu semua yang ada di dunia bukan milik kita...

kenapa saya cakap begitu?

Bukan memang kita semua sedia maklum ke?

Soalnya.Memang benar-benar kita tahu?

..........................................................................................................................................

Masa yang kita ada, adakah hak kita sepenuhnya?
Adakah hak-hak yang masih belum tertunai?
Siapa yg bagi MASA pada kita?
Adakah hak si pemberi telah tertunai?
Bagaimana kalau Dia mengenakan cas ke atas setiap masa itu?

.........................................................................................................................................

Harta-harta kita, adakah hak kita sepenuhnya?
Adakah pemilikan kita itu ada hak orang lain di dalamnya?
Siapa sebenarnya yang bagi harta itu?
.....atau kita hanya menghargai asbab pemberi rezeki bukan empunya rezeki?
Adakah lagi hak-hak si empunya rezeki yang tidak tertunai?
Bagaimana kalau dia menarik kembali pemberiannya?

------------------------------------------------------------------------------

Semua orang disekeliling kita- kesayangan kita
Adakah mereka hak kita?
Ibu bapa kita, keluarga kit,sahabat kita - hanyalah pinjaman semata...
Andai mereka masih ada; lunasi tanggungjawab terhadap mereka tanpa menidakkan hak-hak Allah
Andai mereka sudah pulang ke pangkuanNya- tidak ada yang bermakna melainkan sepeninggalan anak-anak yang soleh, sedekah dan amal jariah serta ilmu yang bermanfaat yang mereka tinggalkan semasa di dunia..
Pemergian itu bukan bermaksud mereka meninggalkan kita...tetapi mereka kembali kepada Tuannya

-----------------------------------------------------------------------------

Semua perkara bukan milik kita...
Hatta pen yang kita pegang, yang kita beli sendiri dengan duit sendiri...
pun belum tentu milik kita..tanpa kita sedar ada hak orang lain di dalamnya...itu perkara yang mudah terlihat...

-----------------------------------------------------------------------------

Diri kita?
adakah milik kita?
adakah kita boleh melakukan sesuka hati terhadap jasad dan rohani kita?
hanya kerana kita rasakan kita mampu mengawalnya?

ada hak ALLAH di disitu...
di akhirat kelak..
Allah akan bertanya untuk apa kita gunakan mata kita, mulut kita, telinga kita, tangan kita...
dan segala pemberiannya...
dan pada hari itu hanya yang anggota yang ditanya akan menjawab pada Tuannya...
bahkan hati kita juga akan menjawab sejujurnya tentang apa yang selalu dirasakannya...
niatnya...

Akalnya pula akan menjawab perkara yang terlintas difikirannya...

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإِنْسَ إِلاَّ لِيَعْبُدُوْنِ. (سورة الذرايات أية 56)

tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku.

MOGA HIDUP KITA IBADAH

kerana hidup kita bukan kita yang punya tapi Allah yang punya

Ramadhan Kareem. Taqabbalallahu minna wa minkum!




------------------------------------------------------------------------------

Ini sejarah kita

Sunday, August 8, 2010

Perasaan itu tidak salah tapi yang salah adalah caranya...


Semalam seorang akhawat menghubungiku,

Hidayah, if someone minta kita carikan jodoh untuk dia, what should i do?

Mesej itu terbiar sehingga saya dapat menghubunginya
...........................................................................................................................................

Selepas itu, barulah ana tau bahawa ukhti tersebut telah dihubungi oleh seorang aktivis dakwah juga...

dan diakhir perbualan akhi tersebut berkata dengan suara yang agak lembut dan aneh (lain dari yg sebelumnya)

'kalau tak dapat carikan aku sesiapa, ko pon bolehlah...'

ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM
..................................................................................................................................

Assalamualaikum

Perasaan suka dengan lawan jenis merupakan fitrah. Kerana kita manusia, bukan malaikat yang tidak dikurniai nafsu. Tetapi perasaan itu haruslah disalurkan dengan cara-cara yang diredhai Allah S.W.T. Sekali lagi saya ingin tekankan, kerana kita manusia, bukan binatang yang kalau suka main redah je (maaf kalau kasar bahasanya) Dalam Islam, memang tidak ada istilah bercinta sebelum berkahwin, yang ada hanyalah melamar kerana sudah terbukti di depan mata yang bercinta yang seperti ini hanya membawa lebih banyak mudarat semata-mata.

17:32 Wala taqraboo alzzina innahu kana fahishatan wasaa sabeelan

Dalam surah Al-Isra' ayat 32 Allah S.W.T telah menyatakan, Jauhi Zina...bukannya jangan berzina...! kenapa Allah kata Jauhi bukannya jangan?
Merujuk perbualan di atas, secara tidak langsungnya akhi telah menyatakan kesukaannya kepada ukhti tanpa mengambil kira perasaan dan apakah ia bakal menggugat iman si ukhti ataupun tidak? Dengan kata lain TIDAK HORMAT.

Dan semasa menyatakannya, adakah akhi tadi sudah bersedia untuk menikah dalam waktu yang singkat atau masih lama? Sekiranya ya, perkara yang perlu dilakukan adalah melamar bukan sekadar menyaktakan kesukaan. Sekiranya belum, maka sedaya upayalah melupakan si ukhti demi mengelakkan zina hati.

Sedaya upaya

Saya faham ia tidak mudah. kerana itu saya highlight sedaya upaya.

1) Sibukkan diri dengan aktiviti yang menggunakan sepenuhnya fikiran dan waktu. Kalau waktu terluang kita banyak, fikiran kita akan mudah mengembara. Ingatan terhadap si dia adalah faktor terbesar kenapa kita masih tidak boleh melupakannya.

2) Buang perkara-perkara yang boleh mengingatkannya.Semua.Atau mungkin jauhi interaksi dengannya.(andai berdekatan)

3) Terhutang budi antara faktor kenapa kita menyukai seseorang. Maka kita akan teringat semua kebaikan-kebaikannya. Ah! Imbanginya dengan ingatan terhadap keburukan-keburukannya yang kita ketahui. Mana ada manusia yang sempurna kan?

4) Saingi rasa cinta Anda kepadanya dengan meningkatkan rasa cinta Anda kepada Allah SWT. Jika Anda mencintai Allah, niscaya rasa cinta (yang berlebihan) kepada orang lain akan hilang. Cinta kita kepada orang lain lebih bersifat universal dan rasional karena di hati kita hanya ada cinta sejati kepada Allah SWT.

5) Minta kepada sang pemilik hati. Serahkan semua pada dia. Minta sungguh-sungguh dan ikhlas. Bukan minta dijadikan sang ukhti sebagai jodoh tapi beristikharah dengan penuh tawakal. Minta Allah kurniakan nikmat sabar andai bukan dia jodoh kita.

6) Luaskan pergaulan (Opss, sesama jenis sahaja ya!). Bukan dia seorang wanita terbaik di dunia. Dengan ruang lingkup pergaulan yang luas itu diharapkan kita dihadirkan cinta yang lebih universal.Ini salah satu istisyarahnya.

Wallahua'lam
There was an error in this gadget

Followers

About Me

My photo
Saya seorang guru yang sangat meminati bidang perikanan dan sukakan laut.