Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadhan dan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya.
Hukum membayar Fidyah adalah WAJIB. Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu membayar puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib diganti mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. Sekiranya bilangan hari tersebut telah melangkau tahun maka kadar fidyah bagi hari tersebut akan digandakan.
Kadar Fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) sebanyak 675 gram. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah di beri makan kepada fakir dan miskin.
Firman Allah yang bermaksud:
"Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin"

(2:184)
SIAPAKAH GOLONGAN YANG WAJIB MEMBAYAR FIDYAH?
Golongan 1:
-orang yang meninggalkan puasa Ramadhan kerana uzur syar'ie atau sengaja
Fidyahnya ialah:
-wajib qada' : sekiranya hingga datang Ramadhan berikutnya ia tidak mengqada'kan puasa tersebut maka wajib ia qada' puasa dan bayar fidyah
Golongan 2:
-Uzur tiada kemungkinan untuk sembuh atau sakit yang disahkan oleh doktor tidak boleh puasa
Fidyahnya ialah:
-Tidak wajib qada' puasa dan wajib bayar fidyah pada tahun tersebut
Golongan 3:
-Ibu hamil atau yang masih menyusui anaknya tidak berpuasa di bulan Ramadhan dengan alasan:
i) Bimbang akan kesihatan dirinya
atau
ii) Takut akan kesihatan dirinya dan janinnya
Fidyahnya ialah:
-Wajib qada' puasa dan tidak wajib bayar fidyah , sekiranya hingga datang Ramadhan berikutnya ia tidak mengqada'kan puasa tersebut maka wajib ia qada' puasa dan bayar fidyah.
Golongan 4:
Ibu hamil atau yang masih menyusui anaknya tidak berpuasa di bulan Ramadhan dengan alasan
i) Takut akan kesihatan janinnya
Fidyahnya ialah:
-wajib qada' puasa dan wajib bayar fidyah
FORMULA BAYARAN FIDYAH
Pengiraan Fidyah:
Jumlah puasa yang ditinggalkan pada tahun berkenaan x jumlah gandaan tahun semasa x harga zakat fitrah tahun semasa x 1/4
Contohnya:
Si Polan pada 4 tahun yang lalu telah meninggalkan puasa selama 5 hari:
5 (Jumlah puasa yang ditinggalkan)
x10 (Jumlah gandaan pada 4 tahun)
xRM 7.50 (Zakat fitrah tahun semasa)
x 1/4 = RM 93.75
Kadar fidyah:
1 hari dendanya 1 cupak beras
1 cupak = 1 mud
sama dengan nilai zakat fitrah semasa dibahagi 4
A-- Tahun Tinggal Puasa 2004
B-- Tahun Bayar Puasa 2009
C-- Jumlah Tahun Tinggal Puasa 4
D--Jumlah Hari Tidak Puasa 5
E--Jumlah Gandaan 10
F--Jumlah Hari Tidak Puasa (D) x Jumlah Gandaan (E) 50
G--Nilai Zakat Fitrah Tahun Semasa RM 7.50
H--Jumlah (F) x Nilai (G) (50 x RM 7.50) RM 375
JUMLAH PERLU BAYAR FIDYAH
Nilai (H) / 4 = (RM 375 / 4) RM 93.75
Contoh lain:
Jika seseorang meninggalkan puasa selama 10 hari tetapi sudah bertahun-tahun lamanya dan tidak mengetahui tahun bila ditinggalkan puasanya itu.Pengiraannya seperti berikut:
( 3(ulama bersepakat) x RM 7.50(Nilai Zakat Fitrah Tahun Semasa x 10 hari (tinggal puasa) ) / 4 (nilai cupak)
= RM 56.25
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Pejabat Agama Daerah Johor Bahru
07-2282941
www.maij.gov.my