There was an error in this gadget

Friday, January 29, 2010

Privasi


Assalamualaikum

Teringat waktu kecil-kecil dahulu, kira-kira berumur 10 tahun mungkin, seorang sahabat suka meletakkan tanda 'no entry' pada buku catatan miliknya (seperti gambar di atas)

Beserta kata-kata / sekerat pantun:

Kalau tak nak dosa janganlah dibaca
Kalau nak pahala kembalikan pada tuannya
Kalau dah terbaca buruk padahnya

Ana kira dirinya seorang yang cukup perahsia dan cukup sukar untuk mengenalinya. Privasi seorang kanak-kanak yang mungkin baru belajar maksud 'dilarang masuk' pada papan tanda di jalan raya.Ntah.Ana tak pasti.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Privasi yang ana maksudkan ialah mengasingkan diri dari manusia dan membuat hal masing-masing supaya tiada sesiapa memerhatikan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Setiap yang berlaku dalam hidup ini terdapat ibroh yang tersembunyi, mungkin apa yang berlaku pada diri kita boleh dijadikan pengajaran pada orang lain dan apa yang berlaku pada orang lain boleh dijadikan pengajaran pada diri kita pula. Maka perkongsikanlah apa yang perlu supaya hidup ini penuh dengan pembelajaran bukan dengan teori pembacaan tetapi pengalaman yang tidak pernah dilalui oleh orang lain dan pengalaman hidup yang terbaik tentunya dari Sirah Nabawiyah (Raheeq Al Makhtum).

Memang benar, Islam melarang kita mengumpat dan Allah juga tidak suka kita membuka aib sendiri kerana Allah telah menutupnya. Namun mengumpat yang tidak dibenarkan adalah yang tidak memberi manfaat, dengan erti kata lain membincangkan keburukan bukan dengan niat untuk menyelesaikan permasalahan. Aib itu memang perlu ditutup, namun ia boleh dibuka demi kemaslahatan yang lebih utama.

Sebagai contoh:
A seorang wanita solehah ingin dinikahkan dengan seorang lelaki musyrik B (yang tidak diketahui kemusyrikannya) jadi orang yang mengetahuinya perlu memaklumkan kepada A supaya pernikahan antara A dan B tidak berlangsung demi untuk keselamatan agama A. - peristiwa ini berlaku pada zaman Rasulullah

Mengamalkan keprivasian ini bukanlah sunnah Rasulullah. Di dalam hidup baginda, tidak ada satu waktu pun dalam riwayat mengatakan ada satu waktu waktu baginda berprivasi. Mungkin antum akan mula mempersoalkan... bukankah Rasulullah berkhalwah? Benar. Tapi adakah baginda bebas dari pemerhatian Allah ketika itu? Tidak. dan berapa kalikah peristiwa baginda berkhalwah itu berlaku? Berkhalwah bukanlah rutin baginda. Jadi tidak ada sebab untuk manusia memperuntukkan waktu privasinya seminggu sekali atau seumpamanya.

"Manusia yang bergaul dengan manusia lain dan bertahan dengan kerenah manusia lain adalah lebih baik berbanding manusia yang tidak bergaul dengan manusia lain dan bertahan dengan kerenah manusia lain"

Bagi ana, tak perlu pandang jauh-jauh.

Ibu dan ayah kita, cukupkah privasi mereka?
Saat kita lahir, tidur mereka pun entahkan cukup entahkan tidak dek tangisan kita yang tak henti-henti ditengah-tengah malam.Nak tidur pun tak dapat...

Guru-guru kita.cukupkah privasi meraka?
Hari Sabtu Ahad pun perlu ke sekolah.Nak balik kampung pun tak dapat...

Orang-orang luar biasa.cukupkah privasi mereka?
Subhanallah...seluruh hidupmu tiada privasi ana kira, antum benar-benar luar biasa...

Amirul mukminin kita yang mentadbir negara-negara Islam di bawah satu pemerintahan.cukupkah privasi beliau?
Ops, kita ada amirul mukminin ke sekarang ni?

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Pengurangan privasi atau lebih ana suka sebut sebagai berkongsi dan berkorban adalah sesuatu yang sukar bagi yang telah terbiasa. Terlalu banyak perkara yang perlu dikorbankan saat kita mula bermujahadah untuk hidup bermasyarakat.

Bagi yang bujang perlu belajar berkongsi dan berkorban sesama mereka untuk mula belajar hidup berdua...
Bagi yang sudah berkahwin perlu belajar berkongsi dan berkorban antara satu sama lain untuk keperluan anak-anak...
Bagi yang berkeluarga perlu belajar berkongsi dan berkorban sesama sendiri malah turut mengajar ahli keluarga untuk mula hidup bermasyarakat...

Begitulah seterusnya....


Wallahua'lam.Peringatan untuk diri sendiri terutamanya.

Tuesday, January 26, 2010

Kek kasih sayang

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam

Assalamualaikum kepada para pembaca,

Apa khabar iman kita hari ini?Moga sentiasa dalam redha-Nya. Malam semalam rasa sangat-sangat bersyukur dapat meraikan hari lahir seorang akhawat. Walaupun ringkas tapi amatlah bermakna..

"Moga umur ukhti sentiasa dalam keberkatan" itulah harapannya.

Kelam kabut membeli barang-barang petang tu, rasa ingin buat something yang spesial sikit. apa dia? itulah dia kek kasih sayang...

sedikit briefing: kek ini ditujukan khas --
-untuk yang nak save budget
-untuk yang nak buat sendiri
-untuk yang nak cepat tapi terlupa nak tempah kat kedai kek awal2
-untuk yang pentingkan 'kerjasama'


RESIPI KEK KASIH SAYANG

Bahan asas:

1) Apollo chocolate cake 2 kotak
2) Sapuan roti - perisa coklat 1 bekas

Hiasan:

1) M&M 2 bungkus
2) Kismis 1 kotak
3) Asam keping berbentuk duit (warna merah) 1 bungkus

Cara membuatnya:

1) Susun Appolo coklat kek mengikut kreativiti dengan kemas. Untuk bentuk selain petak kek perlu dipotong mengikut bentuk yang diingini
2) Sapu sapuan roti pada bahagian luar kek sehingga tidak menampakkan bahagian luar kek sebenarnya terdiri daripada Apollo kek!
3) Taburkan M&M dan Kismis di atas bahagian kek
4) Hiaskan asam keping dibahagian tepi kek

Modal untuk membuat kek:

1) Apollo chocolate cake RM6.30 x 2 = RM 12.60
2) M&M RM 1.50 x 2 = RM 3.00
3) Kismis RM 1.00
4) Asam keping RM 1.00

Jumlah : RM 17.60. jimatkan?

Selamat mencuba!

p/s makin ramai buat makin seronok insyaAllah






Wednesday, January 20, 2010

Uhibbukifillah...

Abu Hurairah berkata: Sabda Nabi s.a.w; ada seorang berziarah temannya di dusunnya, maka Allah menyruh seorang malaikat menahannya di tengah jalan. Dan ketika bertemu, malaikat bertanya: "Engkau hendak kemana?" Maka dijawab oleh orang itu "saya hendak berziarah seorang teman kerana Allah, di dusun itu. Kemudian Malaikat bertanya lagi; "Apakah engkau merasa terhutang budi padanya atau ingin membalas budi baiknya?"

Maka orang itu menjawab: "tidak, hanya semata-mata kerana saya sesungguhnya mengasihi orang itu kerana Allah. Kemudian Malaikat menyatakan "Aku utusan Allah kepadamu, bahawa Allah kasih kepadamu sebagaimana kamu kasih kepada kawanmu itu kerana Allah."
H.R Muslim

Tuesday, January 19, 2010

Saling melengkapi

Kadang-kadang mudah
kadang-kadang susah
kadang-kadang ringkas
kadang-kadang kompleks

wahai diri insan
terlalu banyak ragamnya
terlalu banyak kerenahnya

dek kepelbagaian berjuta
lahirlah banyak cetusan, kreativiti dan kelebihan!
Subhanallah! lihatlah betapa unik ciptaan-Nya..
Jika tidak masakan sejarah mengukir setiap jundinya dalam pelbagai posisi
Sayap depan, sayap belakang, sayap kiri, sayap kanan

Dengan satu matlamat...
perbaiki segala kelemahan, mantapkan segala kelebihan
tak salah bertanya pada diri, apakah sudah mujahadahku ini sedaya mungkin?
Dengan doa...
"Ya Allah izinkan kewujudan diriku sebagai penambah kekuatan kepada umat Islam, bukan kekacauan"

Man Ansorullah? Nahnu Ansorullah!
Moga kita saling melengkapi...
(61:14)

Tuesday, January 12, 2010

Istikharah

Assalamualaikum

Bila dah terlalu banyak persoalan tajuk ni, ana mula rasa nak menulis walaupun keberatan...sebab apa ye? Bila dengar tajuk ni...Ada sesiapa rasa saya nak cakap pasal jodoh? Ada sesiapa rasa saya nak cakap pasal calon suami? Sebab itulah...uhuh

Tapi sebelum tu saya nak tanya; adakah istikharah ini diajarkan hanya untuk itu? atau ia perlu dibuat untuk setiap KEPUTUSAN yang kita nak buat?

Mari kita semak sama-sama dalam pelbagai pilihan yang ada dalam hidup kita dari kecil hingga dewasa adakah kita benar-benar menekankan ISTIKHARAH ni?

adakah kita perlu solat istikharah dalam memilih jenama laptop di pc fair?
Compaq? HP? ACER?

adakah kita perlu solat istikharah dalam memilih bawang di pasar?
Bawang besar?Bawang kecil?

adakah kita perlu solat istikharah untuk beli pen di kedai buku?
Parker?Biasa?Mata bulat?

Jika kita semua tidak pernah terfikir tentang persoalan-persoalan diatas,, mari kita fikir sejenak.Imbaskan segala pilihan dalam hidup ini dari perkara-perkara kecil hingga yang terbesar dan renungkan...berdasarkan apakah kita membuat pilihan-pilihan itu?

mungkin setengah kita akan jawab; dari pengalaman, minta pendapat orang (istisyarah) tapi sebenarnya dari manakah takdirnya pengalaman itu kita dapatkan? Dari manakah ilham untuk bertanya pada yang ahli itu kita perolehi?

Tentunya dari HIDAYAH ALLAH...

Dalam majalah Solusi keluaran 9 (kalau x silap saya) ada membincangkan tentang Hidayah Allah dan dari sinilah kita dapat fahami bentuk2 Hidayah Allah dalam kita membuat pilihan dari hal-hal di atas.. dan berbalik kepada tajuk perbincangan kita,tujuan kita melakukan solat istikharah ini adalah untuk memohon petunjuk Allah agar keputusan yang dibuat nantinya insyaAllah yang terbaik dan sekiranya ada sesuatu musibah berlaku, akan ada hikmahnya yang bakal menanti..

kita perlu istikharah untuk memilih universiti mana kita akan pergi
kita perlu istikharah adakah bernikah lebih baik pada saat kita berhasrat untuk menikah
kita perlu istikharah jika untuk memilih jodoh sebelum kita menetapkan jodoh (apa tu?)

mungkin sesetengah dari kita akan kata;kenapa nak pergi U pun kene istikharah? ikut je lah mana-mana rasa nak pergi...

siapa boleh jamin ada kebaikan kita amik kursus tu?
siapa yang tahu apa akan berlaku di tempat tu?

jawapannya; kita semua pun tahu...pena telah terangkat maka dakwat pun telah kering...ALLAH yang tentukan takdir kita...

ana nak mengambil ibroh daripada satu kisah seorang ayah bersungguh-sungguh memaksa anaknya untuk belajar di suatu tempat,dengan mengambil kira segala fasiliti yang ada di tempat tu, yang terbaik yang dapat difikirkannya, untuk meningkatkan kematangan anaknya dalam mengurus kendiri dengan baik sedangkan si anak tadi tidak mahu melakukannya (hanya memilih berhampiran rumah untuk sambung pengajian).
Dan maka si Ayah tidak langsung mempedulikan pendapat si anak dan meneruskan hasratnya.

Ditakdirkan; si anak berubah menjadi lebih dahsyat apabila berhijrah

Bila ditanya; adakah si ayah melakukan istikharah sebelum melaksanakan keputusannya?

jawapannya; TIDAK

dan sehingga hari ini ana berdoa moga si anak berubah menjadi lebih baik dan berharap ada hikmahnya pada segala yang telah berlaku...

--------------------------------------------------------------------------------------------

kita perlu istikharah di saat kita ingin menikah...

dengan mengambil kira faktor keperluan menikah adakah kita telah memenuhinya sehingga disatu peringkat kita merasakan KITA TELAH BERSEDIA?
sekali lagi saya ingin bertanya;
siapa boleh jamin kita sudah bersedia?
siapa yang paling tahu bila masa terbaik untuk kita menikah?
siapa yang paling tahu siapa yang paling sesuai untuk jadi teman hidup kita?

adakah mak kita, sahabiah kita, jiran kita lebih tahu samaada kita bersedia atau tak berbanding pencipta kita?

maka dimanakah letaknya kepentingan istikharah?

-------------------------------------------------------------------------------------------------

ada juga pasangan bercinta beristikharah sebelum diijabkabulkan...

saya nak kata kat sini; tak payah istikharahlah kalau macam tu, bila awak bercinta maknanya awak menolak pendapat Allah dalam memilih pasangan, awak rasa awak lebih tahu siapa jodoh awak berbanding Allah

untuk beristikharah, hati yang bersih diperlukan supaya kita mendapat jawapannya, yang paling penting supaya segala petunjuk yang Allah datangkan itu tidak bercampur dengan mainan syaitan;

InsyaAllah Ilham itu Allah datangkan melalui tiga cara;
1) mimpi
2)petunjuk dari persekitaran (orang ramai dan sebagainya)
3)ketenangan hati dengan ketetapan keputusan

Seorang ukhti memberi nasihat pada ana; susah nak dapat mimpi ni, x semua orang boleh dapat,sebelum istikharah kita kena solat taubat dulu, make sure hati betul-betul bersih, amik wuduk sebelum tidur..dan sebagainya (ukhti ni melakukan istikharah selama setahun sebelum membuat keputusan) tidaklah ana bermaksud kita perlu istikharah selama setahun, tapi kesungguhan sangatlah diperlukan iaitu tawakal 100% selepas segala usaha.

dan bila kita bercinta automatically maksiat hati berlaku, boleh refer (17:32). dengan hati yang penuh maksiat tu, agak2 boleh dapat jawapan istikharah yang tepat tak?

ada orang kata kalau tak bercinta maknanya tak usahalah dan ada juga yang kata tak kenal pasangan...

nak tanya sikit boleh?
Rasulullah dengan Khadijah tu bercinta ke?
Yusuf dengan Zulaikha tu bercinta ke?
Saidina Ali dan Fatimah tu bercinta ke?

Siapa pula kata kita tak boleh kenal pasangan...di dalam tempoh bertunang (apabila pihak lelaki dan perempuan bersetuju untuk menikah) Islam menganjurkan perkenalan dengan beberapa batasan syarak.

Wallahu'alam.Moga setiap keputusan yang kita buat bersumberkan Hidayah-Nya
There was an error in this gadget

Followers

About Me

My photo
Saya seorang guru yang sangat meminati bidang perikanan dan sukakan laut.