There was an error in this gadget

Wednesday, July 29, 2009

Sweetnya tafsir Fi Zhilali Quran : Pengenalan

Pengenalan kitab Tafsir Fi Zilal al-Qur’an

Tafsir Fi Zilal al-Qur’an merupakan sebuah tafsir yang bersandarkan kepada unsur-unsur naqliyyah atau riwayat-riwayat yang ma’thur. Oleh yang demikian, pengarangnya iaitu Sayyid Qutb Rahimahullah menjauhi perbahasan-perbahasan ilmu bahasa dan tatabahasa, perbahasan ilmu kalam, ilmu fiqh dan tidak memasukkan cerita-cerita israiliyyat dan menjauhi penemuan-penemuan sains yang asasnya sentiasa berubah-ubah.[1]

Penghasilan kitab ini telah dimulakan pada tahun 1951, apabila seorang pemimpin Ikhwan al-Muslimin iaitu Sa’id Ramadhan menerbitkan majalah al-Muslimun dan beliau telah menulis satu artikel dengan menggunakan tajuk Fi Zilal al-Qur’an dalam tujuh keluaran. Manakala tahun 1960-an, beliau telah mengambil inisiatif untuk mengemaskinikan Fi Zilal al-Qur’an dengan menokok tambah huraian dan penghalusan untuk menjadikan kitab ini sebuah tafsir haraki yang sempurna.[2]



Pengenalan Sayyid Qutb Rahimahullah

Sayyid Qutb dilahirkan pada 9 Oktober 1906 di perkampungan Musyah, Asyut, Mesir kira-kira 375 km ke Selatan Kaherah.[3] Ayahnya seorang yang memurah kerana memiliki tanah yang banyak dan diberi kepada petani-petani mengusahakan tanahnya. Selepas itu beliau telah cenderung kepada mempelajari ilmu pengetahuan sehingga beliau terlibat dalam parti negara dan terlibat dengan penerbitan surat khabarnya secara rasmi.

Beliau tamat menghafal al-Qur’an ketika berusia sepuluh tahun. Beliau bermusafir ketika berusia 13 tahun ke Kaherah. Beliau menguasai pelbagai ilmu antaranya bahasa arab, ulum al-Syari’ah yang terdiri daripada ilmu tafsir, hadith, fiqh, sejarah, geografi, ilmu kemasyarakatan dan tarbiyah, matematik, fizik dan falsafah. Beliau juga merupakan seorang ahli sastera. Beliau turut terlibat dengan gerakan Ikhwan al-Muslimin bawah pimpinan al-Syahid Hasan al-Banna.

Sekitar tahun 1939 hingga 1951 merupakan era kesedaran Sayyid Qutb terhadap ajaran Islam dan beliau mula mengkaji al-Qur’an dengan pendekatan kesusasteraan bagi menghayati keindahan al-Qur’an. Karya beliau yang pertama dalam bidang al-Qur’an iaitu al-Taswir al-Fanni fi al-Qur’an dan karya keduanya iaitu Masyahid al-Qiyamah fi al-Qur’an[4]. Rentetan daripada itu, terhasilnya sebuah tafsir haraki iaitu Tafsir Fi Zilal al-Qur’an yang telah disempurnakan oleh beliau ketika berada di dalam penjara. Beliau telah meninggal dunia pada pagi Isnin 29 Oktober 1966 bersamaan 13 Jamadil Awal 1386 di tali gantung sebagai seorang yang syahid fi sabilillah.

Sunday, July 19, 2009

Pocong masuk orang?

Sebuah keluarga sedang rancak berbual-bual di ruang tamu, sementara menunggu waktu berita pukul 8.30 malam. Si abang yang baru sahaja pulang menemui seorang senior dari tempatnya bakal menyambung pengajian bercerita mengenai tempat tersebut kepada si ayah dan si kakak melalui pengalaman senior tadi, berkenaan kursus yang bakal diambil, kemudahan, pengambilan dan cerita-cerita yang rasanya tidak perlu diceritakan, namun cerita tersebut telah menjadi menarik; maka tersebutlah alkisah 3 beranak :


Si Abang :


'Hmm..tempat tu bestlah kiranya. Cuma dia (senior) ada jugak cerita hal-hal pelik yang berlaku kat situ. Katanya ada yang pandai silat pastu melawan hantu kat laut. Mula-mula melawan langsuir pastu melawan pocong. Masa lawan langsuir dia menang, masa lawan pocong dia kalah.'


Si Kakak dan Si Ayah saling berpandangan tersenyum-senyum menahan gelak. Si Ayah memandang ke kaca televisyen.Namun Si Kakak yang separa ingin tahu, berlagak serius lalu bertanya;


Kenapa? dia ada ilmu batin ke?


Si Adik:


Hmm..ntahlah tak tahu pulak. Pastu dia kata budak tu kalah sebab pocong tu gigit dia.


Si Ayah dan Si Kakak:


Hahahaha....(akhirnya ketawa mereka berdua berderai)


Si Ayah:


Zaman sekarang kan zaman IT mana ada pocong dah


Si Kakak:


Kenapa abah cakap macam tu?


Si Ayah:


Sebab pocong dah masuk dalam orang. Jadi mana ada pocong dah


Si Kakak dan Si Adik kelihatan terpinga-pinga lalu Si Ayah meneruskan..

Ye lah..dah tak solat maghrib, tak solat isyak. Poconglah tu namanya.
Pocong pun kata 'tak payah dah aku jadi pocong, sebab semua orang pun dah macam aku'

Bersambung...







Thursday, July 16, 2009

Nikmat yang sering dilupakan

Firman Allah dalam Surah An-Nahl ayat 68-69:

Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah "Hendaklah engkau membuat sarang di gunung-ganang, di pokok-pokok kayu dan juga bangunan-bangunan yang di dirikan oleh manusia. Kemudian makanlah daripada segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan yang engkau suka, serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu. Dengan itu akan keluar minuman (madu) yang berlainan warna dari dalam badannya yang mengandungi penawar bagi manusia daripada berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada (yang demikian itu ada tanda kemurahan ALLAH) bagi orang-orang yang mahu berfikir.

Hadis Riwayat Muslim:

Daripada Abu Said Al'Kudri r.a katanya, Seorang lelaki telah datang kepada RASULLULAH S.A.W lalu ia berkata. "Saudaraku sakit perut sehingga dia buang-buang air". Sabda RASULLULAH S.A.W, "Minumlah madu kepadanya" Lalu diminumkan madu kepadanya. Kemudian dia datang balik kepada RASULLULAH S.A.W, "Telah ku minumkan madu kepadanya tetapi sakitnya bertambah". RASULLULAH S.A.W pula menyuruhnya meminumkan madu supaya berulang tiga kali. Dia datang lagi untuk kali keempat. Nabi S.A.W terus menyuruhnya supaya meminum madu. Kata orang itu, "Aku telah menyuruhnya meminumnya Ya RASULLULLAH, namun sakitnya bertambah juga. Sabda RASULLULLAH S.A.W, "ALLAH MAHA BESAR, perut saudaramu itulah yang dusta. Lalu diminumnya juga madu, maka sembuhlah saudaranya.

Saturday, July 11, 2009

Ramadhan yang dinantikan...



Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam...

Moga kita dapat bertemu lagi pada Ramadhan yang akan datang...

Thursday, July 9, 2009

Teguran

Bahagian I:

Usai solat Isyak, murabbiyah bertanya kepada mutarabbinya..

'Akak nak cakap sikit, hal personal'

mutarabbinya membalas seakan berbisik

'Akak nak cakap apa?'

murabbiyahnya membalas

'nantilah..kita berdua je, ingatkan akak tau'

mutarabbinya hanya mengangguk tanda mengiyakan dalam keadaan penuh tanda tanya

Bahagian II:

Sebaik selesai solat subuh berjamaah beramai-ramai pada keesokan hari sang murabbiyah memberi tazkirah ringkas kepada semua jamaah mengenai menjaga perbuatan di dalam solat secara berjamaah agar makmum tidak serentak atau mendahului imam supaya pahala mengikut imam tidak berkurangan.

Bahagian III:

Keesokan pagi hari berikutnya, apabila mutarabbi merasakan mereka hanya berdua disitu
(namun Allah sentiasa melihat perbuatan kamu =) dia bertanya kepada murabbiyahnya:

'Akak nak cakap apa hari tu?'

'Akak nak cakap sikit pasal solat..'

'Oh pasal saya serentak dengan imam ke?'

'yang tu akak dah ckp dalam tazkirah semalam kan'

'aah'

'lagi satu akak nak tanya, kenapa awak tak nak jadi imam hari tu ye'

'tak ada apa-apa sebab,sebab masa tu saya rasa saya tak nak jadi imam tapi sekarang dah ok je'

'ooh, ingatkan istihadhah ke apa ke'

'tak lah'

Lalu mutarabbi itu pun beredar dari situ

Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam

Teguran sangat sinonim dengan dakwah. Dakwah itu sendiri adalah amar makruf nahi munkar yang bermaksud menyeru kepada yang baik mencegah kepada yang mungkar. Teguran sangat penting terutama dikalangan para pendakwah itu sendiri untuk saling mengingatkan supaya tidak tersasar dari haluan dan cara yang betul. Di saat kita mula mendekati seseorang dengan niat untuk mendakwahinya, maka disaat itulah bermulanya teguran, bezanya hanyalah teguran secara halus atau secara kasar. Begitulah seninya dakwah, halus dan kasarnya juga diperhatikan.Firman Allah yang bermaksud:


“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku berlemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhi diri dari sekelilingmu..."


(Surah Al Imran : 159)

Ingin ana membawa para murabbi/murabbiyah ke dalam situasi di bahagian I,II dan III di atas di mana ana sendiri sangat tersentuh dengan cara teguran tersebut atau lebih jelas ana ingin labelkan disini sebagai 'teguran kasih sayang' , yang ana anggap sangat sesuai dengan semua mutarabbi sekalipun.

Bahagian I menunjukkan bagaimana murabbi bertindak untuk menyembunyikan aib mutarabbinya dari ahli jamaah yang lain dengan mengajaknya berdiskusi secara personal. Perlu diingatkan disini bahawa niat tidaklah menghalalkan cara jika murabbiyah bertindak menegur mutarabbinya dikhalayak ramai. Allah telah melarang kita membuka aib kita sendiri apatah lagi membuka aib orang lain. As Syahid Imam Hasan Al Banna mengatakan teguran dikhalayak ramai bukanlah suatu teguran melainkan suatu kecemaran yang memalukan .InsyaAllah, hanya Allah, ana, mutarabbi dan murabbiyah saja yang tahu siapa murabbiyah dan mutarabbi ini.

Bahagian II pula menunjukkan murabbiyah cuba menegur mutarabbinya secara umum sekaligus mengingatkan yang lain. Cara ini paling digemari oleh kebanyakkan murabbiyah dan teguran jenis ini kerap diutarakan dalam liqo'. Namun begitu, murabbiyah tetap perlu berhati-hati, jangan sampai ada ahli liqo' yang tahu kepada siapa teguran itu ditujukan.

Bahagian III menunjukkan interaksi antara murabbiyah dan mutarabbi. Untuk makluman, memetik dari sebuah buku berjudul Menjadi Murabbiyah Sukses, antara Murabbiyah dan Mutarabbi perlu ada waktu untuk mereka hanya berdua sahaja. Hal ini penting supaya mutarabbi merasakan perhatian terhadap dirinya.

Ana rasa teguran di atas banyak berkisar teguran dari murabbiyah kepada mutarabbi...

Pernah menerima teguran dari mutarabbi? Bagaimana reaksinya?

Murabbiyah bukanlah seorang yang maksum. Perlu diingatkan kadang-kadang tarbiyah itu Allah datangkan melalui murabbiyah (seharusnya begitu) dan mungkin kadang-kadang dari mutarabbiyah. Jadi wahai murabbiyah, belajarlah menerima teguran.D engan keterbukaan antum, mutarabbi akan lebih hampir dengan antum.


-murabbi = orang yang mendidik
-mutarabbi = orang yang dididik

Wallahu'alam.Peringatan buat diri sendiri terutamanya

Air mata

Memetik kata-kata Ibnu Qayyim...ada 10 jenis air mata :

1) Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati
2) Menangis kerana takut
3) Menangis kerana cinta
4) Menangis kerana gembira
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan
6) Menangis kerana terlalu sedih
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis
10) Menangis orang munafik - berpura-pura menangis

' ...dan bahawasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis...'

(An Najm : 43)
bersambung...

Wednesday, July 8, 2009

Dia kekasih Allah

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah

Mimpi seorang gadis

Bismillahirrahmanirrahim
Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi) oleh
Ustazah Noorbayah Mahmood.

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan
ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat.

Lalu Rasulullah menegurnya.
"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya :-
"Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah
bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini.."
Balas gadis tadi.
"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."
Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.

"Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata."

Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

"Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api
dari membakar tubuhnya.

Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua
benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal.
Lalu aku bertanya kepada ayahku.

"Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.
Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah."
Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam.
Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah....Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah- mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"

Tuesday, July 7, 2009

Hisab

Soalan seorang ukhti :

Kenapa manusia dengan jin je yang dihisab ya?

Jawapan ana :

Sebab jin dengan manusia je yang ada choice. Boleh pilih nak wat baik atau buruk..

dan Allah juga dah state tanggungjawab kita dalam Surah Az-Zariyat ayat 56;

Maksudnya:
Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.

dan dalam surah Al-A'raf ayat 179 Allah dah kata;

Maksudnya:
Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia.Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi.Mereka itulah orang-orang yang lengah.

Wallahu'alam


Kita bagaimana ya?

Segala puji bagi Allah Yang Maha Mengadili...

Di kala petang semalam seperti biasa ana melaksanakan tanggungjawab untuk memberi makan pada ayam-ayam yang diternak dan antara ayam-ayamku itu kelihatannya ada yang tidak aktif malah ibarat tiada nafsu untuk makan.Kasihan...

Ana ambil satu-satunya ayam yang kemurungan tu dengan niat untuk menyembelihnya, meletakkannya diluar reban dengan harapan ayam tersebut dapat bertahan sehingga waktu esok.Tapi, apa yang berlaku adalah...

1) Ayam tersebut semakin kelihatan 'mengantuk'

2)Kepalanya semakin ke bawah

3)Ayam tersebut kemudiannya terbaring

4)dan terberak-berak dalam keadaan sakit

5)Dengan cepat, ana menitiskan beberapa titis air ke paruhnya, supaya jika ayam tu memang betul-betul dalam keadaan haus, perbuatan itu dapat membantu.Tetapi apa yang berlaku adalah

'dia mendengus dengan kuat beberapa kali dan akhirnya ayam tu pun pergi (mati)....'

Innalillahi wainna ilaihi raji'un...

APAPUN ITULAH PERTAMA KALI ANA LIHAT AYAM TENGAH NAZAK.ITU AYAM YANG PENGAKHIRANNYA TIDAK DIHISAB. KITA BAGAIMANA YA?
There was an error in this gadget

Followers

About Me

My photo
Saya seorang guru yang sangat meminati bidang perikanan dan sukakan laut.