Thursday, July 9, 2009

Teguran

Bahagian I:

Usai solat Isyak, murabbiyah bertanya kepada mutarabbinya..

'Akak nak cakap sikit, hal personal'

mutarabbinya membalas seakan berbisik

'Akak nak cakap apa?'

murabbiyahnya membalas

'nantilah..kita berdua je, ingatkan akak tau'

mutarabbinya hanya mengangguk tanda mengiyakan dalam keadaan penuh tanda tanya

Bahagian II:

Sebaik selesai solat subuh berjamaah beramai-ramai pada keesokan hari sang murabbiyah memberi tazkirah ringkas kepada semua jamaah mengenai menjaga perbuatan di dalam solat secara berjamaah agar makmum tidak serentak atau mendahului imam supaya pahala mengikut imam tidak berkurangan.

Bahagian III:

Keesokan pagi hari berikutnya, apabila mutarabbi merasakan mereka hanya berdua disitu
(namun Allah sentiasa melihat perbuatan kamu =) dia bertanya kepada murabbiyahnya:

'Akak nak cakap apa hari tu?'

'Akak nak cakap sikit pasal solat..'

'Oh pasal saya serentak dengan imam ke?'

'yang tu akak dah ckp dalam tazkirah semalam kan'

'aah'

'lagi satu akak nak tanya, kenapa awak tak nak jadi imam hari tu ye'

'tak ada apa-apa sebab,sebab masa tu saya rasa saya tak nak jadi imam tapi sekarang dah ok je'

'ooh, ingatkan istihadhah ke apa ke'

'tak lah'

Lalu mutarabbi itu pun beredar dari situ

Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam

Teguran sangat sinonim dengan dakwah. Dakwah itu sendiri adalah amar makruf nahi munkar yang bermaksud menyeru kepada yang baik mencegah kepada yang mungkar. Teguran sangat penting terutama dikalangan para pendakwah itu sendiri untuk saling mengingatkan supaya tidak tersasar dari haluan dan cara yang betul. Di saat kita mula mendekati seseorang dengan niat untuk mendakwahinya, maka disaat itulah bermulanya teguran, bezanya hanyalah teguran secara halus atau secara kasar. Begitulah seninya dakwah, halus dan kasarnya juga diperhatikan.Firman Allah yang bermaksud:


“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku berlemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhi diri dari sekelilingmu..."


(Surah Al Imran : 159)

Ingin ana membawa para murabbi/murabbiyah ke dalam situasi di bahagian I,II dan III di atas di mana ana sendiri sangat tersentuh dengan cara teguran tersebut atau lebih jelas ana ingin labelkan disini sebagai 'teguran kasih sayang' , yang ana anggap sangat sesuai dengan semua mutarabbi sekalipun.

Bahagian I menunjukkan bagaimana murabbi bertindak untuk menyembunyikan aib mutarabbinya dari ahli jamaah yang lain dengan mengajaknya berdiskusi secara personal. Perlu diingatkan disini bahawa niat tidaklah menghalalkan cara jika murabbiyah bertindak menegur mutarabbinya dikhalayak ramai. Allah telah melarang kita membuka aib kita sendiri apatah lagi membuka aib orang lain. As Syahid Imam Hasan Al Banna mengatakan teguran dikhalayak ramai bukanlah suatu teguran melainkan suatu kecemaran yang memalukan .InsyaAllah, hanya Allah, ana, mutarabbi dan murabbiyah saja yang tahu siapa murabbiyah dan mutarabbi ini.

Bahagian II pula menunjukkan murabbiyah cuba menegur mutarabbinya secara umum sekaligus mengingatkan yang lain. Cara ini paling digemari oleh kebanyakkan murabbiyah dan teguran jenis ini kerap diutarakan dalam liqo'. Namun begitu, murabbiyah tetap perlu berhati-hati, jangan sampai ada ahli liqo' yang tahu kepada siapa teguran itu ditujukan.

Bahagian III menunjukkan interaksi antara murabbiyah dan mutarabbi. Untuk makluman, memetik dari sebuah buku berjudul Menjadi Murabbiyah Sukses, antara Murabbiyah dan Mutarabbi perlu ada waktu untuk mereka hanya berdua sahaja. Hal ini penting supaya mutarabbi merasakan perhatian terhadap dirinya.

Ana rasa teguran di atas banyak berkisar teguran dari murabbiyah kepada mutarabbi...

Pernah menerima teguran dari mutarabbi? Bagaimana reaksinya?

Murabbiyah bukanlah seorang yang maksum. Perlu diingatkan kadang-kadang tarbiyah itu Allah datangkan melalui murabbiyah (seharusnya begitu) dan mungkin kadang-kadang dari mutarabbiyah. Jadi wahai murabbiyah, belajarlah menerima teguran.D engan keterbukaan antum, mutarabbi akan lebih hampir dengan antum.


-murabbi = orang yang mendidik
-mutarabbi = orang yang dididik

Wallahu'alam.Peringatan buat diri sendiri terutamanya

Followers

About Me

My photo
Saya seorang guru yang sangat meminati bidang perikanan dan sukakan laut.