Sunday, July 19, 2009

Pocong masuk orang?

Sebuah keluarga sedang rancak berbual-bual di ruang tamu, sementara menunggu waktu berita pukul 8.30 malam. Si abang yang baru sahaja pulang menemui seorang senior dari tempatnya bakal menyambung pengajian bercerita mengenai tempat tersebut kepada si ayah dan si kakak melalui pengalaman senior tadi, berkenaan kursus yang bakal diambil, kemudahan, pengambilan dan cerita-cerita yang rasanya tidak perlu diceritakan, namun cerita tersebut telah menjadi menarik; maka tersebutlah alkisah 3 beranak :


Si Abang :


'Hmm..tempat tu bestlah kiranya. Cuma dia (senior) ada jugak cerita hal-hal pelik yang berlaku kat situ. Katanya ada yang pandai silat pastu melawan hantu kat laut. Mula-mula melawan langsuir pastu melawan pocong. Masa lawan langsuir dia menang, masa lawan pocong dia kalah.'


Si Kakak dan Si Ayah saling berpandangan tersenyum-senyum menahan gelak. Si Ayah memandang ke kaca televisyen.Namun Si Kakak yang separa ingin tahu, berlagak serius lalu bertanya;


Kenapa? dia ada ilmu batin ke?


Si Adik:


Hmm..ntahlah tak tahu pulak. Pastu dia kata budak tu kalah sebab pocong tu gigit dia.


Si Ayah dan Si Kakak:


Hahahaha....(akhirnya ketawa mereka berdua berderai)


Si Ayah:


Zaman sekarang kan zaman IT mana ada pocong dah


Si Kakak:


Kenapa abah cakap macam tu?


Si Ayah:


Sebab pocong dah masuk dalam orang. Jadi mana ada pocong dah


Si Kakak dan Si Adik kelihatan terpinga-pinga lalu Si Ayah meneruskan..

Ye lah..dah tak solat maghrib, tak solat isyak. Poconglah tu namanya.
Pocong pun kata 'tak payah dah aku jadi pocong, sebab semua orang pun dah macam aku'

Bersambung...







Followers

About Me

My photo
Saya seorang guru yang sangat meminati bidang perikanan dan sukakan laut.