Wednesday, July 29, 2009

Sweetnya tafsir Fi Zhilali Quran : Pengenalan

Pengenalan kitab Tafsir Fi Zilal al-Qur’an

Tafsir Fi Zilal al-Qur’an merupakan sebuah tafsir yang bersandarkan kepada unsur-unsur naqliyyah atau riwayat-riwayat yang ma’thur. Oleh yang demikian, pengarangnya iaitu Sayyid Qutb Rahimahullah menjauhi perbahasan-perbahasan ilmu bahasa dan tatabahasa, perbahasan ilmu kalam, ilmu fiqh dan tidak memasukkan cerita-cerita israiliyyat dan menjauhi penemuan-penemuan sains yang asasnya sentiasa berubah-ubah.[1]

Penghasilan kitab ini telah dimulakan pada tahun 1951, apabila seorang pemimpin Ikhwan al-Muslimin iaitu Sa’id Ramadhan menerbitkan majalah al-Muslimun dan beliau telah menulis satu artikel dengan menggunakan tajuk Fi Zilal al-Qur’an dalam tujuh keluaran. Manakala tahun 1960-an, beliau telah mengambil inisiatif untuk mengemaskinikan Fi Zilal al-Qur’an dengan menokok tambah huraian dan penghalusan untuk menjadikan kitab ini sebuah tafsir haraki yang sempurna.[2]



Pengenalan Sayyid Qutb Rahimahullah

Sayyid Qutb dilahirkan pada 9 Oktober 1906 di perkampungan Musyah, Asyut, Mesir kira-kira 375 km ke Selatan Kaherah.[3] Ayahnya seorang yang memurah kerana memiliki tanah yang banyak dan diberi kepada petani-petani mengusahakan tanahnya. Selepas itu beliau telah cenderung kepada mempelajari ilmu pengetahuan sehingga beliau terlibat dalam parti negara dan terlibat dengan penerbitan surat khabarnya secara rasmi.

Beliau tamat menghafal al-Qur’an ketika berusia sepuluh tahun. Beliau bermusafir ketika berusia 13 tahun ke Kaherah. Beliau menguasai pelbagai ilmu antaranya bahasa arab, ulum al-Syari’ah yang terdiri daripada ilmu tafsir, hadith, fiqh, sejarah, geografi, ilmu kemasyarakatan dan tarbiyah, matematik, fizik dan falsafah. Beliau juga merupakan seorang ahli sastera. Beliau turut terlibat dengan gerakan Ikhwan al-Muslimin bawah pimpinan al-Syahid Hasan al-Banna.

Sekitar tahun 1939 hingga 1951 merupakan era kesedaran Sayyid Qutb terhadap ajaran Islam dan beliau mula mengkaji al-Qur’an dengan pendekatan kesusasteraan bagi menghayati keindahan al-Qur’an. Karya beliau yang pertama dalam bidang al-Qur’an iaitu al-Taswir al-Fanni fi al-Qur’an dan karya keduanya iaitu Masyahid al-Qiyamah fi al-Qur’an[4]. Rentetan daripada itu, terhasilnya sebuah tafsir haraki iaitu Tafsir Fi Zilal al-Qur’an yang telah disempurnakan oleh beliau ketika berada di dalam penjara. Beliau telah meninggal dunia pada pagi Isnin 29 Oktober 1966 bersamaan 13 Jamadil Awal 1386 di tali gantung sebagai seorang yang syahid fi sabilillah.

Followers

About Me

My photo
Saya seorang guru yang sangat meminati bidang perikanan dan sukakan laut.