Assalamualaikum
Teringat waktu kecil-kecil dahulu, kira-kira berumur 10 tahun mungkin, seorang sahabat suka meletakkan tanda 'no entry' pada buku catatan miliknya (seperti gambar di atas)
Beserta kata-kata / sekerat pantun:
Kalau tak nak dosa janganlah dibaca
Kalau nak pahala kembalikan pada tuannya
Kalau dah terbaca buruk padahnya
Kalau nak pahala kembalikan pada tuannya
Kalau dah terbaca buruk padahnya
Ana kira dirinya seorang yang cukup perahsia dan cukup sukar untuk mengenalinya. Privasi seorang kanak-kanak yang mungkin baru belajar maksud 'dilarang masuk' pada papan tanda di jalan raya.Ntah.Ana tak pasti.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Privasi yang ana maksudkan ialah mengasingkan diri dari manusia dan membuat hal masing-masing supaya tiada sesiapa memerhatikan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Setiap yang berlaku dalam hidup ini terdapat ibroh yang tersembunyi, mungkin apa yang berlaku pada diri kita boleh dijadikan pengajaran pada orang lain dan apa yang berlaku pada orang lain boleh dijadikan pengajaran pada diri kita pula. Maka perkongsikanlah apa yang perlu supaya hidup ini penuh dengan pembelajaran bukan dengan teori pembacaan tetapi pengalaman yang tidak pernah dilalui oleh orang lain dan pengalaman hidup yang terbaik tentunya dari Sirah Nabawiyah (Raheeq Al Makhtum).
Memang benar, Islam melarang kita mengumpat dan Allah juga tidak suka kita membuka aib sendiri kerana Allah telah menutupnya. Namun mengumpat yang tidak dibenarkan adalah yang tidak memberi manfaat, dengan erti kata lain membincangkan keburukan bukan dengan niat untuk menyelesaikan permasalahan. Aib itu memang perlu ditutup, namun ia boleh dibuka demi kemaslahatan yang lebih utama.
Sebagai contoh:
A seorang wanita solehah ingin dinikahkan dengan seorang lelaki musyrik B (yang tidak diketahui kemusyrikannya) jadi orang yang mengetahuinya perlu memaklumkan kepada A supaya pernikahan antara A dan B tidak berlangsung demi untuk keselamatan agama A. - peristiwa ini berlaku pada zaman Rasulullah
Mengamalkan keprivasian ini bukanlah sunnah Rasulullah. Di dalam hidup baginda, tidak ada satu waktu pun dalam riwayat mengatakan ada satu waktu waktu baginda berprivasi. Mungkin antum akan mula mempersoalkan... bukankah Rasulullah berkhalwah? Benar. Tapi adakah baginda bebas dari pemerhatian Allah ketika itu? Tidak. dan berapa kalikah peristiwa baginda berkhalwah itu berlaku? Berkhalwah bukanlah rutin baginda. Jadi tidak ada sebab untuk manusia memperuntukkan waktu privasinya seminggu sekali atau seumpamanya.
"Manusia yang bergaul dengan manusia lain dan bertahan dengan kerenah manusia lain adalah lebih baik berbanding manusia yang tidak bergaul dengan manusia lain dan bertahan dengan kerenah manusia lain"
Bagi ana, tak perlu pandang jauh-jauh.
Ibu dan ayah kita, cukupkah privasi mereka?
Saat kita lahir, tidur mereka pun entahkan cukup entahkan tidak dek tangisan kita yang tak henti-henti ditengah-tengah malam.Nak tidur pun tak dapat...
Guru-guru kita.cukupkah privasi meraka?
Hari Sabtu Ahad pun perlu ke sekolah.Nak balik kampung pun tak dapat...
Orang-orang luar biasa.cukupkah privasi mereka?
Subhanallah...seluruh hidupmu tiada privasi ana kira, antum benar-benar luar biasa...
Amirul mukminin kita yang mentadbir negara-negara Islam di bawah satu pemerintahan.cukupkah privasi beliau?
Ops, kita ada amirul mukminin ke sekarang ni?
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Pengurangan privasi atau lebih ana suka sebut sebagai berkongsi dan berkorban adalah sesuatu yang sukar bagi yang telah terbiasa. Terlalu banyak perkara yang perlu dikorbankan saat kita mula bermujahadah untuk hidup bermasyarakat.
Bagi yang bujang perlu belajar berkongsi dan berkorban sesama mereka untuk mula belajar hidup berdua...
Bagi yang sudah berkahwin perlu belajar berkongsi dan berkorban antara satu sama lain untuk keperluan anak-anak...
Bagi yang berkeluarga perlu belajar berkongsi dan berkorban sesama sendiri malah turut mengajar ahli keluarga untuk mula hidup bermasyarakat...
Begitulah seterusnya....
Wallahua'lam.Peringatan untuk diri sendiri terutamanya.