Friday, October 22, 2010

Buka hati


Hati-hati yang sensitif
dalam Muntalaq

Bila berbicara tentang hati yang ini
perkongsian sangat perlu
kerana setiap yang berlaku

bukan untuk dicemuhkan
tapi untuk kita nilai setiapnya
mencari pengajaran di baliknya
untuk kita syurakan

kerana kita percaya
pena telah terangkat dakwat telah pun kering

atas nilai ukhuwwah fillah yang tinggi
hati-hati yang sensitif
perlu buka hati
agar saling melengkapi
antara hati-hati

Wallahua'lam


uhibbukifillah

jawapannya

ahabbakalladzi ahbab tanillah

(Hadis)



Sunday, October 17, 2010

daie dan status pilihan

Alhamdulillah selesai sudah assigment FCE 3000 Kokurikulum. Bola Tampar bertajuk Mengumpan dan Ansur Maju. Cikgi la katakan..maka subjek ini adalah antara keperluan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Di dalam kelas teori antara perkara yang diajar oleh Prof. adalah sistem pertandingan liga dan sistem kalah mati. Ada banyak pro dan kontranya antara kedua-dua sistem ini. Sistem liga lebih baik dalam menentukan SIAPAKAH PEMENANG SEBENARNYA namun ia memerlukan masa dan peruntukan yang sangat besar untuk mendapatkan juara!. Namun sistem yang digemari oleh pendidikan menengah di Malaysia adalah sistem kalah mati. Ia lebih mudah dan menjimatkan kos.
Di dalam sistem kalah mati sebelum permainan dimula kan.,pemain mestilah disusun mengikut ranking terlebih dahulu mengikut perlawanan terdahulu sebelum perlawanan disusun dan sesuatu yang perlu difahami adalah pemain/pasukan terbaik TIDAK BOLEH bertanding dengan yang kedua terbaik pada pusingan pertama. Hal ini untuk memastikan pada peringkat akhir pasukan yang sama-sama bertanding adalah yang terbaik dari kalangan terbaik.Yeah!

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Berminat ke nak tau mengenai bola tampar?hehe.

Ok lah kita beralih channel...
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dalam suatu pertandingan bola sepak, sudah pasti ada pemain yang akan bermain sebaik mungkin untuk membantu pasukannya mencapai kemenangan termasuklah pemain simpanan. Apabila wujudnya segelintir pemain yang sebegini, menjadikan mereka ini pemain tumpuan dalam setiap perlawanan hinggakan menjadikan diri mereka bintang dalam pasukan mereka. Untuk menjadi pemain bola sepak berstatus bintang adalah harapan bagi setiap pemain sama ada pemain utama ataupun pemain simpanan. Itu sebabnya, kebanyakan pemain-pemain yang hebat tidak suka apabila terlalu lama memanaskan bangku simpanan. Lihat saja apa yang terjadi kepada pemain-pemain utama Manchester City.
Akibat terlalu banyak membeli pemain-pemain baru yang berstatus bintang, maka, pemain-pemain asal mereka yang juga berstatus bintang mengugut untuk mencari pasukan baru apabila terlalu lama berada di bangku simpanan. Dalam mindset mereka, apalah maknanya jika dibayar dengan gaji yang lumayan tetapi hanya berada di bangku simpanan. Jelas, mereka tidak dapat menyumbangkan kehandalan dan kehebatan mereka untuk pasukan mereka apabila hanya menjadi pemain simpanan.

Begitu juga kepada sesiapa yang pernah terjebak dalam permainan Football Manager. Dalam permainan ini, bagaimana tugas seorang pengurus untuk menguruskan sebuah pasukan bola sepak. Jika terlebih membeli pemain handalan, akan berlakunya ketidakpuasan hati di kalangan pemain dan permintaan untuk meninggalkan pasukan yang lebih memberi peluang untuk bermain. Itulah realiti yang berlaku dalam senario bola sepak. Tidak akan wujud pemain yang lebih suka memanaskan bangku simapan dan berpeluk tubuh sahaja berbanding mengerah keringat bertarung di pentas perlawanan.

Maka, bagaimana pula untuk menjadi dai'e yang berstatus bintang? Adakah cukup hanya dengan menghadiri halaqah, daurah dan program untuk dirinya sahaja? Atau adakah cukup dengan berpeluk tubuh dan hanya menunggu perintah dakwah tanpa mempunyai inisiatif sendiri? Sepatutnya, realiti ini tidak harus wujud di kalangan para dai'e di mana tidak hanya menunggu arahan ataupun hanya melihat rakan-rakan sehalaqah bekerja habis-habisan untuk berdakwah. Jika pemain bola sepak ditawarkan dengan pendapatan yang lumayan sehingga ada pendapatan yang mencecah 1 juta US Dollar seminggu, bahkan para dai'e ditawarkan dengan nikmat yang tiada tolok bandingnya jika mereka bersungguh-sungguh melakukan kerja dakwah ini seperti yang dilakukan oleh para Nabi dan para Sahabat.

Firman Allah: "Dan orang-orang yang paling dahulu (beriman), merekalah yang paling dahulu (masuk syurga). Mereka itulah orang yang dekat (kepada Allah). Berada dalam syurga kenikmatan. Segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu. Dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian. Mereka berada di atas dipan-dipan yang bertakhtakan emas dan permata. Mereka bersandar di atasnya berhadap-hadapan. Mereka dikelilingi oleh anak-anak muda yang tetap muda. Dengan membawa gelas, cerek dan dan sloki (piala) berisi minuman yang diambil dari air yang mengalir. Mereka tidak pening kerananya dan tidak pula mabuk. Dan buah-buahan apa pun yang mereka pilih. Dan daging burung apa pun yang mereka inginkan. Dan ada bidadari-bidadari yang bermata indah. Laksana mutiara yang tersimpan baik. Sebagai balasan atas apa yang mereka kerjakan. Di sana, mereka tidak mendengar percakapan yang sia-sia mahupun yang menimbulkan dosa. Tetapi, mereka mendengar ucapan salam."(Al-Waqi'ah, 56: 10 - 26)

Firman Allah: "Dan katakanlah, 'Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan'." (At-Taubah, 9: 105)

Sebagai golongan yang beriman kepada kitabullah, lihat sahajalah tawaran yang Allah beri dan jamin kepada golongan yang berdakwah. Jika seorang pemain bola sepak sangat boring dan menyampah hanya dengan memanaskan bangku simpanan, mengapa tidak kita sebagai dai'e menjadi begitu? Merasa boring dan menyampah apabila tidak melakukan kerja dakwah dan giat mencari medan-medan dan kader-kader baru untuk kita bina generasi baru yang dahagakan dakwah Islam ini. Ayuh para dai'e sekalian, tinggalkanlah bangku simpanan yang telah begitu lama kita panaskan dan marilah bersama-sama menjadi dai'e yang berstatus bintang yang menyinari alam ini dengan kerja-kerja dakwah para Nabi.
p/s credit to qumfaanzir.blogspot.com
P/ss Berangan-angan ke arah suatu yang pasti. Belajar dan terus belajar. Ayuh berusaha!

Friday, October 8, 2010

Ya Allah permudahkannya sekali lagi...

Angin bayu meresap masuk ke dalam tubuh. Sejuk dirasakan...vase tebal yang menyeliputi tidak dapat membantu kerana tika ini winter kali ini berada pada suhu yang agak rendah. Namun digagahkan juga untuk meneruskan perjalanan panjang.dan program kali ini mesti berjalan.InshaAllah dengan izinnya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semua sedang sibuk didalam menguruskan peserta yang ramai.adik-adik baru paling ramai.Perhimpunan Musim Cuti!.Ikhwah dan Akhawat lain turut berada di dalam dewan memastikan semuanya lancar.Di Memohon segala kecukupan hanya dari Allah s.w.t kerana perancanganNya amat halus Maha Teliti.Ada sesetengahnya membeli keperluan diluar.Ad-hoc jugaklah keadaannya...Tetapi apabila diperhati teliti macam ada yang tak kena.

Ya Allah lupa nak amik box technical! Penting tu!
.Getus diri

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Satu panggilan dibuat

'Ukhti, van kita kat mana ya?'

'Ana rasa ada kat luar tu, tapi ikhwah letak jauh sikit, macam tersorok sikitla, ana cadangkan anti pergi berteman'

'Anti je lah teman ana'

'Aseef. ana ada kerja ni.ada sister minta tolong'

'Hmm tak mengapalah, ana pergi sendiri'

'Hati-hati ya'


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rasa takut memburu jiwa. Van diletakkan sangat jauh dari dewan.

'Hmm tu lah berani sangat tadi nak pergi sorang-sorang' Hati bermonolog sendiri.

Van itu dibeli hasil wang tabung infaq kami semua. Dari duit biasiswa yang diberikan oleh kerajaan untuk keperluan dakwah. Sederhana sahaja rupanya, dan merupakan van yang menjadi 'rebutan' ikhwah dan akhawat untuk kegunaan program (almaklumlah selalunya program tak sama).

'Bismillahi tawakkaltu 'alallah'

Langkah dipercepatkan menuju ke arah van
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tiba-tiba langkahku terhenti, hairan melihat ada sesuatu bergerak-gerak di dalam van. Ya! lagaknya seperti manusia!

'Tapi pelik tadi tak ada sesiapa pun yang kata ikhwah yang akan amik box tu' hati bermonolog lagi.

Siapa pulak tu?

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Satu panggilan dibuat

'Ukhti, zauj anti ada mintak mana-mana ikhwah tolong angkat technical box tu ke?'

'Aseef, ana tanya dia dulu k'

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

'Dia kata tak ada lah'

'Kenapa?Suara anti macam orang tengah kerisauan.Apa halnya ni?'

'tak pe la anti, mungkin ana je yang risau lebih-lebih sangat ni'

'Ok, tapi kalau ada pape bagitau la ya, kunci van anti dah amikkan?'

'Dah, ada pada ana ni'

'Salam'

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semakin menghampiri van semakin gelisah rasanya. Debaran semakin kuat. Apabila berada kira-kira 2 meter dari van, di dalamnya kelihatan seorang lelaki botak (berbangsa Irish) sedang cuba untuk menghidupkan enjin van.Kelihatannya sangat tergesa-gesa dan kelam kabut.Astaghfirullah! Dia sedang cuba melarikan van!

Alhamdulillah, di satu sudut. Kelihatan balai polis bergerak. Ketenangan masih lagi menguasai diri ana. Walaupun balai polis itu agak jauh dari kedudukan ana sekarang. Namun yang pasti ana harus pantas dan cekap bertindak.

Tanpa berlengah ana terus mengadukan keadaan tersebut. Pegawai-pegawai itu mempercayai ana dan bersetuju untuk meninjau keadaan.Dan dua orang pegawai polis mendahului ana ke arah van kesayangan kami.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebaik menghampiri van tersebut. Ana terlihat lelaki Irish itu seperti dalam keadaan tertidur.Ya! Nyenyak sekali keadaannya.
Dia sedang tidur! InshaAllah. Ana pasti!

Terasa sangat hairan kerana ana berada di kaunnter balai polis bergerak itu tidak sampai 5 minit! macammane boleh lelaki Irish itu berkeadaaan begitu?

Apabila pegawai polis itu menghampiri pintu van, dia sedang menggosok-gosok matanya (kerana baru tersedar dari tidur) dan berusaha sedaya upaya membuka pintu van untuk meloloskan diri dan sehinggalah pegawai polis itu menangkapnya dengan begitu mudah.tanpa pergelutan.tanpa tembak menembak dan sebagainya.

Subhanallah, Maha Suci Allah yang menyelamatkan kuda dakwah kami...

Yang menyelamatkan diriku dari ancaman makhluk-Mu...

Nasrullah!



Ana dikehendaki menulis laporan dan memberi keterangan kepada pegawai atasan polis tersebut.

'Thank you sir' Ungkapku sambil tak henti-henti mengucapkan bertahmid di dalam hati

'My pleasure' Katanya sambil tersenyum


Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tiba-tiba telefonku berdering

'Salam'

'Ukhti, nape lama sangat amik technical box tu?'

'Subhanallah, ukhti jap lagi ana balik..ada banyak nak share ni...'

'Cepat sikit tau mereke tengah tunggu anti je ni'

'Ok inshaAllah'


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

adik : akak teringat masa peristiwa Rasulullah nak berhijrah ke Madinah. Kan semua pengawal kat luar tu tertidur

kakak: ha'ah la.tapi akak nak share satu ayat

"Hai orang-orang beriman barangsiapa yang menolong agama Allah, maka Allah akan menolongnya dan meneguhkan kedudukannya."

(Muhammad : 7)

adik: Ya, MashaAllah...Ini lah dia Nasrullah!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Penceritaan semula dari bumi kanggaroo '07

p/s Ya Allah ku mohon bantulah ia sekali lagi dengan mempermudahkannya melahirkan generasi yang inshaAllah bakal dididik untuk memperjuangkan agama-Mu....kerana hanya Engkau sebaik-baik sandaran...ameen




Followers

About Me

My photo
Saya seorang guru yang sangat meminati bidang perikanan dan sukakan laut.