Assalamualaikum wrt wbt ikhwah dan akhawat yang ana kasihi fiLlah…
Apa khabar iman dan amal kita? Semoga sentiasa dalam keakraban padaNya dalam menjalani amal yaumiah.
Semoga segalanya berpaksikan dakwah Ilahi.Jangan biarkan kiranya tersasar walau sedetik amalan kita yang tidak bersumberkan dakwah Ilahi ini.Biarlah amalan harian kita-biar sekecil mana pun ia, TIDAK sekali-kali dipisahkan dari tujuan hidup ini, dijadikan kita untuk menyeru yang lain pada jalanNya.
Jangan menjadi da’ie yang memudahkan perihal dakwah, bukan pula ana nak memberatkan!! Seperti mana ia di wahyukan olehNya, seperti itulah kita harus mengimaniNya. Selagimana belum tertegaknya khalifah Islam, maka kita semua bertanggungjawab-walau siapa pun kita, walau beribu alasan yang diberi tanggungjawab ini tidak akan dikurangkan dari kita, apatah lagi kita ini yang telah memahami akan Syahadah Al Haq…
RI tu ape?
Ikhwah dan akhawat yang ana hormati, tumbuh bagai cendawan di semua kawasan yang dihuni oleh ikhwah dan akhawat kita ini RI. Apa itu RI? Buat yang belum mengetahui apa itu RI, RI ialau singkatan bagi Rumah Islam. Alhamdulillah, dengan berkat Allah Yang Maha Penyayang, lahir dari kefahaman-kefahaman insan solih, keperluan RI ini ditubuhkan- hanya satu matlamatnya : untuk membina suasana, memberi kekuatan para du’at yang sebelum ini berselerakan, untuk kita berkumpul dalam satu bi’ah yang melancarkan, melajukan usaha dan amal2 dakwah, yang pastinya bertunjangkan individu2 yang faham, yang beriltizam dengan Islam. Sepertimana usrah, bukanlah ilmu semata yang dicari, tetapi sekiranya usrah itu tidak menggerakkan, maka itu bukanlah mafhum usrah yang kita hendakkan
Kita hendakkan usrah yang menggerakkan insan solih untuk bekerja tanpa rehat kerana rehat itu kelalaian bagi yang memahami.
Begitu juga RI,kitamahukan RI yang menggerakkan, bukan sahaja suasananya kondusif untuk amal yang baik untuk iman, tetapi kita hendakkan suasananya yang memupuk semangat dakwah.Tarbiyyah diri ke arah kemantapan iman, taqwa dan islah diri dan juga tarbiyyah beramal secara jama’ie ini harus digerakkan bersama dengan seimbang..
Berbalik kepada RI kita,apa yang kita cari dalam RI? Tiada jawapan yang akan ditemui sekiranya kita belum menghuninya,tercari2 lagi hati si penghuni akan RI yang sejati sekiranya dalam RI itu belum sempurna sepertimana yang diimpikan…
Mungkin RI yang ana akan bicarakan ini agak berbeza dengan RI yang dibangkitkan oleh pasangan Baitul Muslim . Tetapi konteks ana menulis RI ini ialah RI yang didiami oleh individu-individu yang faham dakwah, sedikit sahaja beza dengan RI yang dibina atas dasar Bm, kerana paksinya dan matlamat yang sama iaitu mendidik da’ie Rabbani dan memegang amanah mereka yang membawa Islam ini, atau erti kata lain yang cuba mencapai tahap individu muslim itu…
Telitilah penulisan ini kerana disebaliknya tersirat pelbagai perkara yang tidak disingkapkan secara jelas. Hanya jiwa yang sensitif dapat melihatnya dengan jelas, namun sekiranya tidak jelas silakan bertanya…
Individu
Elemen utama dalam pembentukan RI ini ialah individu yang menghiasinya.Semua yang menghuni RI seharusnya sedar yang ia sedang berada di satu ruang istimewa, yang tiada lainnya di tempat itu!! Ia harus sedar dan bukan dalam keadaan terpaksa. Ini menjamin keberhasilan RI idaman.Dengan kesedaran ini, impian-impian individu itu harus dibincang dan diusahakan secara berdikit-dikit secara jama’ie hingga mencapai objektif…Sekiranya terjadi dalam sesuatu RI di mana ada anggotanya yang tidak faham, sudah pastilah ia akan menyangkal sedari awal lagi usaha-usaha pembentukan suasana secara jama’ie ini. Lihat contoh2 yang akan diberikan di bawah untuk lebih memahami perkara ini…
Amalan khusus
Secara kasarnya, pastilah objektif utama yang kita akan harapkan dari RI itu ialah suasana yang kondusif untuk beramal kepada Allah. Hal ini tidak pelik kerana Islam itu dagang, dan kalau harapkan ia sempurna tatkala kita berseorang diri di luar sana, entahlah bila ia akan berjaya.
Paling kurang, di dalam RI setiap perbuatan ahli lain yang lebih baik akan menjadi tazkirah yang paling baik untuk hati kita yang terkadang lupa. Secara ringkasnya, amalan solat fardhu berjemaah, amalan sunat seperti bangun malam, menangis di tikar sejadah, mentadabbur ayat Allah setiap hari, sunat nawafil harian yang lain di siang hari ; semuanya memerlukan latihan dan suasana yang memberi motivasi. Lebih kuat hal ini ditekankan dalam RI kita, lebih kuat ruh kita bertemu dengan Allah, lebih kuat ruh ini menyayangi amal dakwah di jalan Allah ini. Sesi-sesi tazkirah yang diisi dengan Riyadhus Solihin yang ditetapkan sebagai bahan dalam manhaj kita juga sekiranya mengisi suasana RI, ia mendekatkan kita kepada para sahabat dan Rasulullah SAW kesayangan kita…di dinding-dinding pula terpapar bacaan ma’thurat seperti yang diajarkan oleh nabi kesayangan kita, mengingatkan amalan kita semuanya berteraskan Allah SWT. Inilah gambar RI kita…
Tetapi, apakah itu sahaja RI yang kita mahukan? Sekiranya ya, tidak berbezalah kita dengan mana-mana rumah yang mengusahakan ibadah pada Allah untuk menghiasi rumah mereka…
Bagaimana dengan ukhuwah? Ukhuwah ialah satu topik tazkirah yang kita selalu lazimi…Terkadang terlalu biasa didengari. Namun pernahkah ia diuji dengan mendalam? RI menguji ukhuwah kita, yang terlalu dilazimi oleh telinga kita, namun masih belum dilazimi oleh hati dan suasana kita…
Mengapa kita terbawa-bawa sikap hidup berasrama, yang mana amalan-amalan itu kita pasti tidak akan lakukan di rumah yang kita diami bersama adik beradik dan ibu bapa kita. Maaf ana katakan, itu sikap dualism yang perlu dibuang sekiranya kita hendak menghayati apa itu ukhuwwah fillah….
Perhatikan senario2 ini, apa kata antum?
Aminah tinggal di RI di Derry, bersama 5 akhawat yang lain, Aminah ialah Mas’ulah di kawasan nya, beliau sibuk dengan urusan kawasan, merencana perancangan dan menggerakkannya, di samping urusan pelajaran nya yang tidak pernah surut, exam memanjang. Mad’u nya pula bukan calang-calang, semuanya adik 2nd year yang sedang difokuskan untuk tajnid dalam masa 3 bulan. Bukan sedikit kerja yang perlu dilakukan, terkadang Aminah akan tidur bersama mad’unya untuk bermuayasyah…Ia kadang2 runsing kerana tidak sempat menguruskan urusan peribadinya di rumah .Malu hendak dikatakan masalah ini pada housematenya yg lain sebab remeh berbanding keperluannya di luar sana.Solehah pula mempunyai masa yang lebih di rumah berbanding Aminah, kadang-kadang cemburu melihatkan Aminah sentiasa sibuk mengejar mad’u itu. Namun, Solehah sangat memahami dan sayangkan Aminah, akhawat seperjuangannya. Sepeninggalan Aminah, sambil2 Solehah membasuh kain bajunya, dikutipnya juga pakaian Aminah yang perlukan basuhan dan dibasuhnya bersama.. Setelah selesai dibasuh, disidai hingga kering, kemudian dilipatkannya cantik2 lalu disimpan ke dalam almari Aminah….Pada Solehah, ini biasa sahaja dibuat bersama adik-adik beradiknya masakan dengan housematenya tak boleh? Sayang banget Solehah pada housemate. Masakan tidak, segala suka duka sejak sebelum mengenal jalan dakwah ini dikongsinya dengan Aminah hingga sekarang, merekalah yang rajin membangkitkannya solat malam, terasa indah hubungan mereka, bukan dihiasi dengan riang gembira dunia, tetapi keakraban pada yang tidak kelihatan, Yang Maha Melihat!! Apatah lagi orang lain sibuk merencana urusan dakwah di luar sana…Moga pahala Aminah disimbahi juga kepada Solehah kerana amalnya yang memudahkan akhawatnya yang lain….di lain masa giliran Aminah pula untuk membuatnya untuk Solehah…
Radiah akan berjaulah ke Limerick, di sana ada anak usrahnya yang baru ditajmi’…Hari ni hari khamis, Radiah berkira-kira hendak menyiapkan bekalan makanan malam nanti, sebab rancangannya hendak bertolak selepas kelas jumaat petang, namun rancangannya tak kesampaian.Selesai kelas, salah seorang rakan sekelas meminta beliau mengajar kan tajuk yang tidak difahaminya.Keberatan untuk menolak Radiah bersetuju dan beliau pulang lewat malam itu.Tidak sempat untuk ia menyiapkan bekalan makanan untuk jaulah esok.Selesai kelas hari jumaat, Radiah bergegas ke stesen bas menunggu bas ke Limerick, tiba-tiba kelihatan seorang wanita bertudung sepertinya tersenyum melambai padanya…Asma’ rupanya, disalamnya akhawat sehousematenya itu, lantas Asma’ memberi sebekas makanan mihun goreng yang digemarinya buat bekal ke Limerick. Bergenang air mata Radiah, dalam diam rupanya Asma’ tahu yang ia kelam kabut tak sempat bersiap untuk ke Limerick itu. Sekotak air minuman turut didapati dalam beg makanan itu, juga beberapa kotak hadiah kecil untuk mad’u yang baru ditajmi’ itu…Asma’ senyum lalu meninggalkan Radiah yang akan menaiki bas, sebelum itu sempat dibisikkan pada Radiah “doakan kita ke syurga sama dengan enti ye”…
Hm…terkadang suasana begini ada juga….Syarifah masuk ke dapur untuk membuat air nescaffe…hajatnya untuk seisi rumah, usrah2 ni ngantuk juga kalau tak kene gaya, baik ambil langkah berjaga2….lalu dibukanya kabinet yang menyimpan bhn membuat air, lalu tenampak olehnya botol nescaffe yang baru dibeli, lantas dibawanya turun….namun, Syarifah terhenti seketika, ada tertulis nama seorang ahli rumahnya yang lain di atas botol nescaffe itu….hmmm diletakkannya kembali botol itu ke dalam kabinet, lalu dibuat air teh pula…suasana ni familiar kan? Suasana kita di asrama sekolah dahulu kala!!Tetapi yang sedihnya ialah sekiranya kita masih mengamalkannya….nama kita di paket-paket makanan seolah-olah memberitahu penghuni rumah yang lain jangan sentuh ini makanan saya L…begitu juga dengan nama-nama yang ditulis di sabun basuh baju, sabun mandi e, kecil kan? Tapi besar impaknya pada hati kita. Di RI tiada ruang untuk ananiyah keakuan. Singkirkan ia dari hati anda!
Berbalik kita pada RI impian. Kita telah berbicara mengenai ibadah khusus pada Allah, namun bagi seorang da’ie bersama-sama dengan amalan yang akan mendekatkanya dengan Allah SWT, ia juga memerlukan suasana yang kondusif yang akan menyemarakkan semangatnya untuk bekerja di jalan Allah ini.
RI bukanlah tempat berehat, badan ini akan automatiknya berehat sekiranya ia perlu, kerja yang perlu dibuat terlalu banyak hinggakan tiada cukup masa yang ada ini. Namun RI sebenarnya adalah tempat untuk kita menjana tenaga untuk keluar bekerja. Di sinilah direncana segala perjalanan.Perbualan di isi dengan perbincangan berkisar mengenai perjalanan dan perkembangan mad’u, masalah tarbiyyah diri. Muhasabah yang ikhlas terhadap diri penghuni RI masing-masing…Perbincangan bukan pada masa qodhoya usrah sahaja (itupun kalau berlaku!!), Namun mengisi masa-masa yang berbaki di RI.Malah masa akan dicari pula untuk membuat perbicangan2 ini.Sekiranya di RI namun merasa kekok untuk berbicara hal-hal ini, mari kita sama2 muhasabah apa kurangnya RI kita…
Apa lah jua erti RI sekiranya ia hanya merupakan topeng. Apa ada pada nama? Sekiranya di dalamnya dicemari dengan akhlaq yang tidak sesuai dengan Islam, yang rugi ialah diri kita sendiri…Ri kah kalau di dalamnya masih membuang masa lagha?
Peliharalah fungsi RI ini, hendak merealisasikannya bukan overnight tetapi usaha yang berterusan. Bukalah hati kita untuk membuat yang terbaik di RI kita, kuatkan semangat untuk membina suasana ini, hatimu perlu teguh dan jelas…dirikanlah Islam dalam diri dan RI kita, nescaya akan terbina daulah yang kita imipikan.Impian tidak akan menjadi kenyataan sekiranya ia hanya disertai dengan semangat dan kesedaran. Namun, ia perlu disertai dengan amal yang berterusan dan teguh. Membina RI idaman menuntut pengorbanan yang bukan sedikit….
Sekian, Wassalam
Ummu Nawfal
RI Firdaus