Thursday, February 26, 2009

Kisah infak

KISAH 1

Perbualan dua orang ukhti di dalam sebuah kereta Proton Iswara bergelar Zaid The Zuhud:

Akak, akak dah ada RK (nama rumah), dah ada Zaid, dah ada kerja & duit untuk jalan ini...saya takde pape pun kak, yang ada cuma tenaga je...

Sepotong ayat dibacakan, ntah ayat yang mana ana tak pasti sebab tidak dinyatakan, namun ana rindu suara bacaan itu

niat tu memang murni...tapi Allah kan dah kata..

Dan perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya untuk mencari redha Allah dan untuk memperteguh jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buah-buahan dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka embun pun dah memadai. Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan (2:265)

Ana tersenyum =)

KISAH 2

Usai bertilawah Surah Al Baqarah ayat 260-274, berkongsi maksud ayat yang menarik hati (ana kongsi ayat 261 dan 265) dan berkongsi Kisah 1, seorang adik berkata;

Pasni kitorang akan wat semua ini (sambil menunjuk kad jemputan)

seorang lagi berkata;

Aku boleh sumbangkan print je

yang lain berkata;

Kita beli makanan bawak gi program, macam ari tu

ana mencelah;

Boleh je kalau nak wat cmtu, tp cam susah la plak nak kre cmtu, kalau kami adakan 1 tabung..sape nak infak, sumbangla...dan kalau ada program amik dari situ je...

seorang adik menyahut;

kalau camtu kita adakan tabung la kak, senang nanti kalau ada program

Kami saling berpandangan, insyaAllah pandangan kasih sayang ( ukhuwwahfillah kerana Allah);

Erm akak ok je, semua yang lain camane? setuju?

Setuju...

Alhamdulillah...

p/s SubhanaAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar!






Followers

About Me

My photo
Saya seorang guru yang sangat meminati bidang perikanan dan sukakan laut.