Monday, April 13, 2009

Khas buat kalian Ar- Ruhul Jadid

Mengenang kembali kata-kata seorang ukhti ; "susah nak berkumpul balik kalau dah terpisah"

Walaupun cuma seketika mengenali kalian, hanya Allah tahu betapa diri ini menyayangi kalian.Memang ini namanya perpisahan...tapi terpisah kita didunia, hanya sementara, insyaAllah..semoga kita terus thabat di jalan ini dan bertemu di syurga kelak...Wahai sahabatku,kenangilah daku dalam doa rabitahmu..uhibbukunnafillah..


Doa rabithah


Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati kami ini telah berkumpul di tempat ini karena mengasihi-MU; bertemu untuk memenuhi perintah-Mu; bersatu untuk memikul beban da'wah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu. Maka eratkanlah ya Allah atas ikatannya, dan kekalkanlah kemesraan di antara hati-hati ini. Tunjukkan kepada hati-hati ini akan jalan-Mu yang haq. Penuhkan hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung padam. Lapangkan hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidupkan hati ini dengan ma'rifat tentang-Mu. Dan jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-MU. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

"biar terpisah menderita kerana syurga menagih ujian, sedang neraka itu dipagari nikmat'

Followers

About Me

My photo
Saya seorang guru yang sangat meminati bidang perikanan dan sukakan laut.