Masih ingatkah enti dengan mimpi jaulah itu?
bahawa kita berdua berjaulah di satu tempat,
-Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar,
Allah menyampaikan rindu ana rupanya...!
Masih ingatkah enti dengan kata-kata ini?
Ukhti Hidayah,
Bicara kita adalah bicara sufi...
Tanpa suara dan kata-kata...
Kerana penghubung kita adalah suara hati...
Bertemu... Berpisah...
Kerana ALLAH
Masih ingatkah enti dengan kesedihan ini?
"Akak, saya rasa cam dah kena fitnahlah"
dan sepotong ayat dihantar sebagai peringatan,
"Wa mayya'mal minassolihati fa hua mu'min wala yukhofu dzulman wala hadma
-maka barangsiapa yang beriman dan beramal soleh tidak akan ada ketakutan baginya akan penggugatan hak dan kezaliman.Allahu musta'an" (refer matsurat kubra)
Masih ingatkah enti dengan pujian ini?
"Akak ni baik sangat2...lah...."dan pelbagai lagi pujian diajukan bertalu2,
Lalu pujian itu dijawab,
"Andai didapati kebaikan dari seseorang janganlah dipuji selagi ia belum mati kerana kita tidak tahu bagaimana pengakhirannya, gantikanlah ia dengan doa berpanjangan agar akhirnya sampai ke syurga- qudama' ''
Asif jiddan...maafkan andai tersalah pertanyaan,
Sama tapi tak serupa; hanya keliru dengan pernyataan,
Moga segala yang dilalui, adalah tarbiyyah dari Allah!,
Dan 'sentuhanmu' adalah satu memori sangat bererti dalam lipatan hidup ini,
Ukhuwwah fillah abadan abada,
Tidaklah ana kira kisah ini ibarat Tsauban dan Rasulullah,
Penuh harapan agar menjadi seperti Rasulullah dan Abu Bakar,
Dan kerana itu tangisan ini bukanlah bererti mati tapi satu motivasi!
Andai terlupa mendoakan,
Moga kaktus2 itu terus berbunga-bunga, berzikir, berdoa untuk tuannya,
Dari lubuk hati yang paling dalam,
Uhibbukifillah...
Untuk beliau yang membacanya
Jazakillah hu khairan katheera atas segalanya