Ketika kita merenung manusia-manusia disekeliling,
dan kita lihat selautan manusia yang kelemasan dalam kealpaan...
tergamakkah kita melayari bahtera penyelamat ini
tanpa mempedulikan mereka yang tenggelam timbul dalam kebodohan?
Kekosongan hati mereka adalah
kemalasan kita dalam mengisi ruang-ruang yang ada.
Siapa berani berkata bahawa dia telah berusaha sehabis daya?
Hakikatnya kita lebih mampu daripada itu.
Tetapi kelemahan dan kemanjaan kita kadangkala
menambat kaki kita di pohon-pohon tamar,
ketika pejuang-pejuang lain berlarian ke saff saff di hadapan
untuk meraih syahid dan syurga.
Putuskanlah ikatan itu wahat du'at!
Kalian berhak sebuah dipan di syurga
andai kalian termasuk orang-orang yang berusaha.
Seonggok kemanusiaan terkapar,
siapa yang mengaku bertanggungjawab?
Bila semua pihak menghindar,
Biarlah saya yang menanggungnya,
Semua atau sebahagiannya...
(Kh. Rahmat Abdullah)