Saturday, June 27, 2009

Usrah = sesat?? - ana tak setuju

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam..

Sejak akhir-akhir ini banyak sungguh pendapat-pendapat yang tidak berasas yang mengatakan usrah, liqo' atau halaqah itu adalah ajaran songsang, bid'ah, sesat dan sebagainya dan entri kali ini adalah penjelasan untuk menolak pendapat-pendapat tersebut.

Apa itu usrah, liqo' atau halaqah?

Usrah berasal dari perkataan bahasa Arab yang bermaksud keluarga manakala liqo' ialah perbincangan. Sebenarnya, memang tidak ada dalam Al-Quran yang menyatakan nama 'usrah' itu sendiri kerana nama 'usrah' itu diambil bersempena kebiasaan pada zaman para sahabat ia selalunya dijalankan sesama ahli keluarga.

Namun demikian, melihatkan tidak kesemua keluarga Islam masa kini melaksanakan usrah, maka pihak-pihak tertentu yang prihatin mengambil inisiatif untuk menjalankannya sama ada di sekolah, institusi pengajian tinggi bahkan di tempat-tempat lain juga.

Sejarahnya...

Ingat tak kisah Saidina Umar (sebelem beliau memeluk Islam) menampar adiknya ketika sedang membaca Al-Quran?
Pada ketika itu sebenarnya adiknya itu sedang di dalam usrah bersama-sama keluarganya.

Dalilnya sendiri menunjukkan bagaimana usrah terbentuk, tujuan, perkara yang dibincangkan dan sebagainya:

Mari kita rujuk terjemahan Surah Al-Baqarah ayat 151:

"Sebagaimana Kami telah mengutus kepadamu seorang Rasul (Muhammad) dari (kalangan) kamu yang membacakan ayat-ayat Kami, menyucikan kamu, dan mengajarkan kepadamu Kitab (Al-Quran) dan Hikmah (Sunnah), serta mengajarkan apa yang belum kamu ketahui."

1) 'Sebagaimana Kami telah mengutus kepadamu seorang Rasul (Muhammad) dari (kalangan) kamu'

- menunjukkan bagaimana naqib/naqibah terbentuk di dalam usrah. Naqib bermaksud ketua (orang yang mengetuai usrah bagi lelaki) manakala naqibah (bagi perempuan)

2)'yang membacakan ayat-ayat Kami'

-Di dalam usrah antara perkara yang dilakukan adalah bertilawah Al-Quran

3)'menyucikan kamu'

-Usrah bertujuan untuk penyucian jiwa (tazkiyatun nafs) kerana usrah termasuk dalam majlis-majlis tafakkur

4)'dan mengajarkan kepadamu Kitab (Al-Quran) dan Hikmah (Sunnah)

- Di dalam usrah antara pokok perbincangannya adalah isi-isi Al-Quran dan Al-Sunnah serta mengaitkannya dengan kehidupan seharian kita dengan terjemahan dan tafsir.

5)'serta mengajarkan apa yang belum kamu ketahui'

- Hal-hal semasa dan bersesuaian juga diperbincangkan di dalam usrah

(Sila rujuk mana-mana tafsir yang bersesuaian: Contoh : tafsir Fi Zhilal)

p/s Kepada sesiapa yang masih ingin melabelkan usrah sebagai songsang, sesat mahupun bid'ah kongsikanlah dengan ana bukti-bukti yang kalian ada. Jika setakat mahu mengeksploitasi usaha orang lain membuat kebaikan.Lupakanlah hasrat itu, kerana Allah akan sentiasa bersama-sama membantu mereka yang menolong di atas jalan-Nya dan kepada sesiapa yang merasa sebaliknya, insyaAllah boleh hubungi ana ya!


Wallahu'alam.

Followers

About Me

My photo
Saya seorang guru yang sangat meminati bidang perikanan dan sukakan laut.