Wednesday, September 2, 2009

Ramadhan 2: Mari berbuka dengan 'sihat'

Assalamualaikum...

Huhu.Dah beberapa hari puasa, best x?Apa ya juadah berbuka hari ini?Eh boleh ke fikir sekarang,belum waktunya lagi? Mestilah boleh...kalau yang nak memasak tu kena la fikir dulu awal-awal kan, kalau tak bila pulak nak beli bahan mentahnya, ye tak? Kalau yang nak beli yang dah siap tu of course tak perlu fikir dulu.hehe.lain la kalau tak nak ikut pegi bazaar ramadhan..kan kan?

Tapi perasan tak, kita kalau beli ikut nafsu.Nak banyak je.padahal kita tahu je kapasiti perut sendiri.Dah la tu makanan yang dibeli semuanya berkolestrol.Kalau tak habis ke mana semua makanan tu pergi? Ya Allah, berilah keberkatan dalam rezeki kami...

Hari ni terasa nak kongsi satu cerita Rasulullah S.A.W dengan Doktor Kristian...

Semasa Rasulullah S.A.W masih hidup, negara Mesir mengamalkan dasar luar negara yang positif, iaitu berdamai dengan Madinah yang diketuai oleh Rasulullah S.A.W.

Pemerintah Mesir pada masa itu bernama Maqauqis. Sebagai tanda persahabatan, Maqauqis menghantar seorang pakar perubatan yang baik supaya berkhidmat di Madinah sebagai pegawai pinjaman selama dua tahun.

Selama dua tahun doktor itu berada di Madinah,klinik beliau tidak pernah didatangi pesakit,sampai dia rasa bosan dengan keadaan itu.

Pada suatu hari, doktor yang beragama Kristian itu pergi berjumpa Rasulullah S.A.W dan bertanya kepada baginda:

'Tuan, sudah dua tahun saya bertugas di bandar ini, tetapi belum pernah ada sesiapa datang meminta rawatan. Adakah penduduk bandar ini takut dengan doktor?'

Jawab Rasulullah S.A.W

'Tidak,tidak.Dengan musuh pun mereka tidak takut, apatah lagi dengan doktor'

Lalu doktor Mesir yang berasa ingin tahu itu bertanya lagi

'Habis, mengapa sudah dua tahun tidak ada sesiapa datang meminta ubat daripada saya?'

Baginda menjawab

'Sebab penduduk bandar ini tidak ada yang sakit'

Mendengarkan jawapan baginda. Terbit rasa kurang percaya pada riak wajah doktor itu.Lalu baginda menyambung

'Pergilah periksa sendiri'

Doktor itu pun berjalan-jalan ke semua ceruk dan penjuru Madinah, mencari-cari kalau ada sesiapa yang sakit, tetapi tidak berjumpa.

Setelah puas dengan usaha pencariannya, doktor itu bertanya lagi,

'Apakah rahsia kesihatan penduduk Madinah?'

Dengan tenang baginda menjawab

'Kami adalah bangsa yang tidak makan selagi belum lapar. Apabila kami makan, kami berhenti sebelum kenyang.

Kami hanya makan apa yang halal dan apa yang baik.Dan kami makan untuk takwa, bukan untuk menjamu selera'


p/s tengah belajar sifat qana'ah




Followers

About Me

My photo
Saya seorang guru yang sangat meminati bidang perikanan dan sukakan laut.