Istimewanya Islam ialah kita bukan sahaja mendoakan diri sendiri bahkan kita boleh mendoakan orang lain, sebagaimana makhluk-makhluk Allah turut mendoakan orang yang beriman. Malah doa seorang hamba kepada saudaranya adalah makbul sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w;
"Tiada seorang Muslim pun yang berdoa untuk saudaranya dari belakang, melainkan malaikat berkata kepadanya, 'Dan bagi kamu seperti yang kamu pinta untuk saudaramu."
(Riwayat Muslim)
Antara orang yang mungkin mendoakan kita ialah:
-Ibu bapa
-Orang lemah yang pernah kita bantu
-Anak-anak yatim
-Sahabat-sahabat seperjuangan dalam iman dan agama, contohnya doa Umat Islam buat penduduk Palestin
-Guru yang berkongsi ilmu dengan kita dan mengenalkan kepada dunia
-Malaikat
-Makhluk-makhluk Allah yang lain sama ada di daratan mahupun di lautan
Sekarang sedarkah anda?Ibu bapa yang mengasihi kita sering mendoakan anak-anaknya, orang-orang yang memerlukan dan anak-anak yatim yang pernah kita bantu turut mendoakan kita,doa yang ikhlas datang dari hati yang tulus. Oleh itu, banyakkan berbuat kebaikan dan jadilah hamba yang soleh agar sering didoalkan oleh seluruh penghuni langit dan bumi.
Dipetik dari majalah Tarbawi