p/s janganlah mengejar cinta manusia kerana cinta manusia tidak kekal lama...kejarlah cinta Allah s.w.t..moga semua makhluk-Nya yang mencintai-Nya turut mencintai dirimu...maafkan diri ini.
Wednesday, December 21, 2011
Dedikasi agar dia mengerti...
p/s janganlah mengejar cinta manusia kerana cinta manusia tidak kekal lama...kejarlah cinta Allah s.w.t..moga semua makhluk-Nya yang mencintai-Nya turut mencintai dirimu...maafkan diri ini.
Monday, November 14, 2011
Maintenance strategy
Soalan: |
Aslmkm... -Anonymous |
Dunia hari ini sedang melihat perubahan pada “gaya” dan “budaya” kerja-kerja penyelenggaraan, atau lebih famous disebut menggunakan bahasa Inggerisnya, maintenance. Jika dulu, manusia terbiasa melakukan Corrective Maintenance (CM) iaitu suatu perkakas atau komponen akan diganti hanya apabila ianya telah rosak.
Akibatnya, industry akan mengalami “down time” yang tinggi, yakni selang masa yang mana industry tidak dapat beroperasi kerana menunggu kerosakan tersebut diperbaiki. Jika alat ganti atau spare part takde, maka lamalah down timenya.
Menyedari hal ini, manusia beralih kepada Preventive Maintenance (PM), di mana untuk budaya atau gaya maintenance sebegini, industry akan menggantikan sesuatu perkakas atau komponen pada suatu tempoh yang telah ditetapkan, sebelum ianya dijangka mengalami kerosakan. Contoh aplikasi PM ini yang paling mudah adalah pada maintenance kereta kita. Minyak hitam diganti setiap 5,000km. Timing belt diganti setiap 100,000km misalnya. Ertinya, sebelum perkakas atau komponen itu rosak, kita sudah menggantikannya dengan yang baru, lalu dapat meneruskan operasi kehidupan kita seperti kebiasaannya.
Cuma, di antara dis-advantage budaya penyelenggaraan ala Preventive Maintenance ini ialah;-
1) Ada kemungkinan perkakas atau komponen akan rosak terlebih dahulu sebelum ia dijadualkan untuk ditukar, misalnya timing belt putus pada jarak perjalanan 80,000km sedangkan kita bercadang menukarkannya pada 100,000km.
2) Perkakas dan komponen yang diganti itu, sebenarnya mampu beroperasi lebih lama, misalnya timing belt diganti pada jarak perjalanan 100,000km, sedangkan ianya mampu bertahan hingga ke 200,000km! Akibatnya, terjadilah pembaziran….
Untuk mengatasi perkara contra di atas, maka manusia kini telah bertukar kepada budaya penyelenggaraan menggunakan Condition Based Monitoring (CBM), di mana perkakas atau komponen akan sentiasa dipantau kondisi dan performancenya. Hanya apabila di dapati kondisi atau performancenya menunjukkan tanda-tanda mendekati akhir jangka hayatnya, barulah ianya akan ditukar atau digantikan dengan yang baru. Dalam kes timing belt, hanya ketika kita mendapati bahawa ianya sudah mula haus, barulah kita akan menukarnya. Tidak kisahlah pada jarak 20,000km atau 80,000km atau 100,000km atau 200,000km mahupun 300,000km! No need to fix it, if it’s not broken!
Menjawab persoalan saudara/i pengomen di atas, saya yakin bagi ahli sesebuah gerakan Islam, mereka sudah memahami secara TEORI akan kepentingan sesebuah acara itu dijalankan sesuai dengan HADAFnya, bukan asal buat kerana ia sudah terPROGRAM seperti itu. Oleh yang demikian, yang perlu kita fikirkan sekarang ialah bagaimana memastikan manusia akan “hadaf orientated”(yakni melakukan sesuatu sesuai dengan OBJEKTIF yang ingin dicapai) berbanding “program orientated” (yakni TAQLID semata-mata pada the norm atau kebiasaan melaksanakan sesuatu perkara/ program) secara PRAKTIKALnya. Pada saya, jawapannya adalah pada BUDAYA atau CARA kita bekerja/ ditarbiyah.
Kenapa agaknya orang Melayu sinonim dengan sikap tidak bertanya dan tidak pro-aktif di dalam kelas? Kerana budaya kita dibesarkan seperti itu.
Kenapa agaknya orang kampung tak reti speaking? Kerana anak Melayu di kampung yang speaking, akan terus dikutuk, diperli dan digelakkan oleh rakan sebaya.
Ertinya, BUDAYA sekitar turut menyumbang kepada semua itu.
Seperti maintenance tadi. Oleh yang demikian, saya menyarankan gerakan Islam, agar “menukar” budaya tarbiyyahnya, daripada Preventive Maintenance kepada CBM tadi.
Preventive Maintence, lalu gerakan Islam prevent ahli-ahlinya mendapatkan apa-apa ilmu daripada gerakan Islam yang lain.
Terjadinya program yang dilaksanakan sesuai dengan “jadual”nya, seperti menukar minyak hitam dan timing belt tadi. Walau pun minyak hitam tidak perlu ditukar, kita tetap menukarnya. Walaupun belum sesuai membuat mukhayyam misalnya, kita akan tetap melaksanakannya.
Apa kata kita lebih Condition Base sekarang. Jika gerakan Islam yang kita sertai tidak mempunyai pakar di dalam bidang hadith, apakah salah kita belajar hadith daripada ustaz aliran Salafi misalnya, untuk memenuhi condition kita yang terlalu dhaif tentang ilmu hadith.
Jika ada pendapat daripada ustaz aliran sufi yang dapat mengingatkan kita pada Allah misalnya, apakah salah untuk kita mendengarnya?
Maka kita akan mampu mengambil input sesuai dengan “Condition” ketika itu. Dan kita akan melaksanakan program pun, sesuai dengan “condition” sewaktu itu.
Saya masih ingat, dalam satu ziarah saya ke Perak berjumpa rakan-rakan saya, kebetulan mereka melaksanakan “Daurah Tergempar”, hanya kerana apa? Kerana ziarah atau DF tidak jalan sekitar 3 minggu! Nah, jika Condition memerlukan kita membetulkan masalah ziarah atau DF misalnya, bukankah tema itu lebih sesuai diangkat ketika itu berbanding bercerita tentang ekonomi Islam atau rumah tangga Islam misalnya di dalam sesebuah daurah? Bukankah antara hikmah turunnya Al-Quran secara berperingkat, adalah untuk menangani condition umat sewaktu itu?
Maka itulah cadangan saya. Harus menukar BUDAYA dahulu.
Wallahu a’lam.
kredit kepada;
http://farhan-albanna.blogspot.com/
Saturday, November 12, 2011
Membuka hati
Pintu hati ini kubuka seluas-luasnya padanya yang kuharap kebaikan,
penuh persangkaan baik kepadamu wahai Allah,
andai apa jua takdirmu,
maka sediakan dan redhakan lah ya Allah,
agar hati ini tabah.
dan kuatkan diriku untuk menutupnya semula dengan cermat.
Agar tidak ada bahagian yang terluka.
dan sabarkan diriku untuk menanti hikmah yang kau janji.
Pena telah terangkat dakwat telah kering
Hidayah Ismail
Friday, October 21, 2011
PROFIL KELUARGA HARAKI
Tuesday, August 23, 2011
Rumah Islam Idaman
Assalamualaikum wrt wbt ikhwah dan akhawat yang ana kasihi fiLlah…
Apa khabar iman dan amal kita? Semoga sentiasa dalam keakraban padaNya dalam menjalani amal yaumiah.
Semoga segalanya berpaksikan dakwah Ilahi.Jangan biarkan kiranya tersasar walau sedetik amalan kita yang tidak bersumberkan dakwah Ilahi ini.Biarlah amalan harian kita-biar sekecil mana pun ia, TIDAK sekali-kali dipisahkan dari tujuan hidup ini, dijadikan kita untuk menyeru yang lain pada jalanNya.
Jangan menjadi da’ie yang memudahkan perihal dakwah, bukan pula ana nak memberatkan!! Seperti mana ia di wahyukan olehNya, seperti itulah kita harus mengimaniNya. Selagimana belum tertegaknya khalifah Islam, maka kita semua bertanggungjawab-walau siapa pun kita, walau beribu alasan yang diberi tanggungjawab ini tidak akan dikurangkan dari kita, apatah lagi kita ini yang telah memahami akan Syahadah Al Haq…
RI tu ape?
Ikhwah dan akhawat yang ana hormati, tumbuh bagai cendawan di semua kawasan yang dihuni oleh ikhwah dan akhawat kita ini RI. Apa itu RI? Buat yang belum mengetahui apa itu RI, RI ialau singkatan bagi Rumah Islam. Alhamdulillah, dengan berkat Allah Yang Maha Penyayang, lahir dari kefahaman-kefahaman insan solih, keperluan RI ini ditubuhkan- hanya satu matlamatnya : untuk membina suasana, memberi kekuatan para du’at yang sebelum ini berselerakan, untuk kita berkumpul dalam satu bi’ah yang melancarkan, melajukan usaha dan amal2 dakwah, yang pastinya bertunjangkan individu2 yang faham, yang beriltizam dengan Islam. Sepertimana usrah, bukanlah ilmu semata yang dicari, tetapi sekiranya usrah itu tidak menggerakkan, maka itu bukanlah mafhum usrah yang kita hendakkan
Kita hendakkan usrah yang menggerakkan insan solih untuk bekerja tanpa rehat kerana rehat itu kelalaian bagi yang memahami.
Begitu juga RI,kitamahukan RI yang menggerakkan, bukan sahaja suasananya kondusif untuk amal yang baik untuk iman, tetapi kita hendakkan suasananya yang memupuk semangat dakwah.Tarbiyyah diri ke arah kemantapan iman, taqwa dan islah diri dan juga tarbiyyah beramal secara jama’ie ini harus digerakkan bersama dengan seimbang..
Berbalik kepada RI kita,apa yang kita cari dalam RI? Tiada jawapan yang akan ditemui sekiranya kita belum menghuninya,tercari2 lagi hati si penghuni akan RI yang sejati sekiranya dalam RI itu belum sempurna sepertimana yang diimpikan…
Mungkin RI yang ana akan bicarakan ini agak berbeza dengan RI yang dibangkitkan oleh pasangan Baitul Muslim . Tetapi konteks ana menulis RI ini ialah RI yang didiami oleh individu-individu yang faham dakwah, sedikit sahaja beza dengan RI yang dibina atas dasar Bm, kerana paksinya dan matlamat yang sama iaitu mendidik da’ie Rabbani dan memegang amanah mereka yang membawa Islam ini, atau erti kata lain yang cuba mencapai tahap individu muslim itu…
Telitilah penulisan ini kerana disebaliknya tersirat pelbagai perkara yang tidak disingkapkan secara jelas. Hanya jiwa yang sensitif dapat melihatnya dengan jelas, namun sekiranya tidak jelas silakan bertanya…
Individu
Elemen utama dalam pembentukan RI ini ialah individu yang menghiasinya.Semua yang menghuni RI seharusnya sedar yang ia sedang berada di satu ruang istimewa, yang tiada lainnya di tempat itu!! Ia harus sedar dan bukan dalam keadaan terpaksa. Ini menjamin keberhasilan RI idaman.Dengan kesedaran ini, impian-impian individu itu harus dibincang dan diusahakan secara berdikit-dikit secara jama’ie hingga mencapai objektif…Sekiranya terjadi dalam sesuatu RI di mana ada anggotanya yang tidak faham, sudah pastilah ia akan menyangkal sedari awal lagi usaha-usaha pembentukan suasana secara jama’ie ini. Lihat contoh2 yang akan diberikan di bawah untuk lebih memahami perkara ini…
Amalan khusus
Secara kasarnya, pastilah objektif utama yang kita akan harapkan dari RI itu ialah suasana yang kondusif untuk beramal kepada Allah. Hal ini tidak pelik kerana Islam itu dagang, dan kalau harapkan ia sempurna tatkala kita berseorang diri di luar sana, entahlah bila ia akan berjaya.
Paling kurang, di dalam RI setiap perbuatan ahli lain yang lebih baik akan menjadi tazkirah yang paling baik untuk hati kita yang terkadang lupa. Secara ringkasnya, amalan solat fardhu berjemaah, amalan sunat seperti bangun malam, menangis di tikar sejadah, mentadabbur ayat Allah setiap hari, sunat nawafil harian yang lain di siang hari ; semuanya memerlukan latihan dan suasana yang memberi motivasi. Lebih kuat hal ini ditekankan dalam RI kita, lebih kuat ruh kita bertemu dengan Allah, lebih kuat ruh ini menyayangi amal dakwah di jalan Allah ini. Sesi-sesi tazkirah yang diisi dengan Riyadhus Solihin yang ditetapkan sebagai bahan dalam manhaj kita juga sekiranya mengisi suasana RI, ia mendekatkan kita kepada para sahabat dan Rasulullah SAW kesayangan kita…di dinding-dinding pula terpapar bacaan ma’thurat seperti yang diajarkan oleh nabi kesayangan kita, mengingatkan amalan kita semuanya berteraskan Allah SWT. Inilah gambar RI kita…
Tetapi, apakah itu sahaja RI yang kita mahukan? Sekiranya ya, tidak berbezalah kita dengan mana-mana rumah yang mengusahakan ibadah pada Allah untuk menghiasi rumah mereka…
Bagaimana dengan ukhuwah? Ukhuwah ialah satu topik tazkirah yang kita selalu lazimi…Terkadang terlalu biasa didengari. Namun pernahkah ia diuji dengan mendalam? RI menguji ukhuwah kita, yang terlalu dilazimi oleh telinga kita, namun masih belum dilazimi oleh hati dan suasana kita…
Mengapa kita terbawa-bawa sikap hidup berasrama, yang mana amalan-amalan itu kita pasti tidak akan lakukan di rumah yang kita diami bersama adik beradik dan ibu bapa kita. Maaf ana katakan, itu sikap dualism yang perlu dibuang sekiranya kita hendak menghayati apa itu ukhuwwah fillah….
Perhatikan senario2 ini, apa kata antum?
Aminah tinggal di RI di Derry, bersama 5 akhawat yang lain, Aminah ialah Mas’ulah di kawasan nya, beliau sibuk dengan urusan kawasan, merencana perancangan dan menggerakkannya, di samping urusan pelajaran nya yang tidak pernah surut, exam memanjang. Mad’u nya pula bukan calang-calang, semuanya adik 2nd year yang sedang difokuskan untuk tajnid dalam masa 3 bulan. Bukan sedikit kerja yang perlu dilakukan, terkadang Aminah akan tidur bersama mad’unya untuk bermuayasyah…Ia kadang2 runsing kerana tidak sempat menguruskan urusan peribadinya di rumah .Malu hendak dikatakan masalah ini pada housematenya yg lain sebab remeh berbanding keperluannya di luar sana.Solehah pula mempunyai masa yang lebih di rumah berbanding Aminah, kadang-kadang cemburu melihatkan Aminah sentiasa sibuk mengejar mad’u itu. Namun, Solehah sangat memahami dan sayangkan Aminah, akhawat seperjuangannya. Sepeninggalan Aminah, sambil2 Solehah membasuh kain bajunya, dikutipnya juga pakaian Aminah yang perlukan basuhan dan dibasuhnya bersama.. Setelah selesai dibasuh, disidai hingga kering, kemudian dilipatkannya cantik2 lalu disimpan ke dalam almari Aminah….Pada Solehah, ini biasa sahaja dibuat bersama adik-adik beradiknya masakan dengan housematenya tak boleh? Sayang banget Solehah pada housemate. Masakan tidak, segala suka duka sejak sebelum mengenal jalan dakwah ini dikongsinya dengan Aminah hingga sekarang, merekalah yang rajin membangkitkannya solat malam, terasa indah hubungan mereka, bukan dihiasi dengan riang gembira dunia, tetapi keakraban pada yang tidak kelihatan, Yang Maha Melihat!! Apatah lagi orang lain sibuk merencana urusan dakwah di luar sana…Moga pahala Aminah disimbahi juga kepada Solehah kerana amalnya yang memudahkan akhawatnya yang lain….di lain masa giliran Aminah pula untuk membuatnya untuk Solehah…
Radiah akan berjaulah ke Limerick, di sana ada anak usrahnya yang baru ditajmi’…Hari ni hari khamis, Radiah berkira-kira hendak menyiapkan bekalan makanan malam nanti, sebab rancangannya hendak bertolak selepas kelas jumaat petang, namun rancangannya tak kesampaian.Selesai kelas, salah seorang rakan sekelas meminta beliau mengajar kan tajuk yang tidak difahaminya.Keberatan untuk menolak Radiah bersetuju dan beliau pulang lewat malam itu.Tidak sempat untuk ia menyiapkan bekalan makanan untuk jaulah esok.Selesai kelas hari jumaat, Radiah bergegas ke stesen bas menunggu bas ke Limerick, tiba-tiba kelihatan seorang wanita bertudung sepertinya tersenyum melambai padanya…Asma’ rupanya, disalamnya akhawat sehousematenya itu, lantas Asma’ memberi sebekas makanan mihun goreng yang digemarinya buat bekal ke Limerick. Bergenang air mata Radiah, dalam diam rupanya Asma’ tahu yang ia kelam kabut tak sempat bersiap untuk ke Limerick itu. Sekotak air minuman turut didapati dalam beg makanan itu, juga beberapa kotak hadiah kecil untuk mad’u yang baru ditajmi’ itu…Asma’ senyum lalu meninggalkan Radiah yang akan menaiki bas, sebelum itu sempat dibisikkan pada Radiah “doakan kita ke syurga sama dengan enti ye”…
Hm…terkadang suasana begini ada juga….Syarifah masuk ke dapur untuk membuat air nescaffe…hajatnya untuk seisi rumah, usrah2 ni ngantuk juga kalau tak kene gaya, baik ambil langkah berjaga2….lalu dibukanya kabinet yang menyimpan bhn membuat air, lalu tenampak olehnya botol nescaffe yang baru dibeli, lantas dibawanya turun….namun, Syarifah terhenti seketika, ada tertulis nama seorang ahli rumahnya yang lain di atas botol nescaffe itu….hmmm diletakkannya kembali botol itu ke dalam kabinet, lalu dibuat air teh pula…suasana ni familiar kan? Suasana kita di asrama sekolah dahulu kala!!Tetapi yang sedihnya ialah sekiranya kita masih mengamalkannya….nama kita di paket-paket makanan seolah-olah memberitahu penghuni rumah yang lain jangan sentuh ini makanan saya L…begitu juga dengan nama-nama yang ditulis di sabun basuh baju, sabun mandi e, kecil kan? Tapi besar impaknya pada hati kita. Di RI tiada ruang untuk ananiyah keakuan. Singkirkan ia dari hati anda!
Berbalik kita pada RI impian. Kita telah berbicara mengenai ibadah khusus pada Allah, namun bagi seorang da’ie bersama-sama dengan amalan yang akan mendekatkanya dengan Allah SWT, ia juga memerlukan suasana yang kondusif yang akan menyemarakkan semangatnya untuk bekerja di jalan Allah ini.
RI bukanlah tempat berehat, badan ini akan automatiknya berehat sekiranya ia perlu, kerja yang perlu dibuat terlalu banyak hinggakan tiada cukup masa yang ada ini. Namun RI sebenarnya adalah tempat untuk kita menjana tenaga untuk keluar bekerja. Di sinilah direncana segala perjalanan.Perbualan di isi dengan perbincangan berkisar mengenai perjalanan dan perkembangan mad’u, masalah tarbiyyah diri. Muhasabah yang ikhlas terhadap diri penghuni RI masing-masing…Perbincangan bukan pada masa qodhoya usrah sahaja (itupun kalau berlaku!!), Namun mengisi masa-masa yang berbaki di RI.Malah masa akan dicari pula untuk membuat perbicangan2 ini.Sekiranya di RI namun merasa kekok untuk berbicara hal-hal ini, mari kita sama2 muhasabah apa kurangnya RI kita…
Apa lah jua erti RI sekiranya ia hanya merupakan topeng. Apa ada pada nama? Sekiranya di dalamnya dicemari dengan akhlaq yang tidak sesuai dengan Islam, yang rugi ialah diri kita sendiri…Ri kah kalau di dalamnya masih membuang masa lagha?
Peliharalah fungsi RI ini, hendak merealisasikannya bukan overnight tetapi usaha yang berterusan. Bukalah hati kita untuk membuat yang terbaik di RI kita, kuatkan semangat untuk membina suasana ini, hatimu perlu teguh dan jelas…dirikanlah Islam dalam diri dan RI kita, nescaya akan terbina daulah yang kita imipikan.Impian tidak akan menjadi kenyataan sekiranya ia hanya disertai dengan semangat dan kesedaran. Namun, ia perlu disertai dengan amal yang berterusan dan teguh. Membina RI idaman menuntut pengorbanan yang bukan sedikit….
Sekian, Wassalam
Ummu Nawfal
RI Firdaus
Monday, June 20, 2011
Selamat Hari Bapa untuk semua!
Rasulullah Saw pernah berkata kepada seseorang, "Kamu dan hartamu adalah milik ayahmu." (Asy-Syafi'i dan Abu Dawud)
Keterangan:
Terdapat satu riwayat yang cukup panjang berkaitan dengan hal ini. Dari Jabir Ra meriwayatkan, ada laki-laki yang datang menemui Nabi Saw dan melapor. Dia berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya ayahku ingin mengambil hartaku ...." "Pergilah Kau membawa ayahmu kesini", perintah beliau. Bersamaan dengan itu Malaikat Jibril turun menyampaikan salam dan pesan Allah kepada beliau. Jibril berkata: "Ya, Muhammad, Allah 'Azza wa Jalla mengucapkan salam kepadamu, dan berpesan kepadamu, kalau orangtua itu datang, engkau harus menanyakan apa-apa yang dikatakan dalam hatinya dan tidak didengarkan oleh teliganya. Ketika orang tua itu tiba, maka nabi pun bertanya kepadanya: "Mengapa anakmu mengadukanmu? Apakah benar engkau ingin mengambil uangnya?" Lelaki tua itu menjawab: "Tanyakan saja kepadanya, ya Rasulullah, bukankah saya menafkahkan wang itu untuk beberapa orang ammati (saudara ayahnya) atau khalati (saudara ibu) nya, atau untuk keperluan saya sendiri?"
Rasulullah bersabda lagi: "Lupakanlah hal itu. Sekarang ceritakanlah kepadaku apa yang engkau katakan di dalam hatimu dan tak pernah didengar oleh telingamu!" Maka wajah keriput lelaki itu tiba-tiba menjadi cerah dan tampak bahagia, dia berkata: "Demi Allah, ya Rasulullah, dengan ini Allah Swt berkenan menambah kuat keimananku dengan ke-Rasul-anmu. Memang saya pernah menangisi nasib malangku dan kedua telingaku tak pernah mendengarnya ..." Nabi mendesak: "Katakanlah, aku ingin mendengarnya." Orang tua itu berkata dengan sedih dan airmata yang berlinang: "Saya mengatakan kepadanya kata-kata ini: 'Aku mengasuhmu sejak bayi dan memeliharamu waktu muda. Semua hasil jerih-payahku kau minum dan kau reguk puas. Bila kau sakit di malam hari, hatiku gundah dan gelisah, lantaran sakit dan deritamu, aku tak bisa tidur dan resah, bagai akulah yang sakit, bukan kau yang menderita. Lalu airmataku berlinang-linang dan meluncur deras. Hatiku takut engkau disambar maut, padahal aku tahu ajal pasti akan datang. Setelah engkau dewasa, dan mencapai apa yang kau cita-citakan, kau balas aku dengan kekerasan, kekasaran dan kekejaman, seolah kaulah pemberi kenikmatan dan keutamaan. Sayang..., kau tak mampu penuhi hak ayahmu, kau perlakukan daku seperti tetangga jauhmu. Engkau selalu menyalahkan dan membentakku, seolah-olah kebenaran selalu menempel di dirimu ..., seakanakan kesejukann bagi orang-orang yang benar sudah dipasrahkan.' Selanjutnya Jabir berkata: "Pada saat itu Nabi langsung memegangi ujung baju pada leher anak itu seraya berkata: "Engkau dan hartamu milik ayahmu!" (HR. At-Thabarani dalam "As-Saghir" dan Al-Ausath).
__________________________________
Sabda Nabi s.a.w:
Jangan mengabaikan (membenci dan menjauhi) orang tuamu. Barangsiapa mengabaikan orang tuanya maka dia kafir. (HR. Muslim)
Penjelasan:
Yang dimaksudkan didalam hadis ini ialah kufur nikmat dan bukan kufur akidah
Sabda Nabi s.a.w:
Jangan mengabaikan (membenci dan menjauhi) orang tuamu. Barangsiapa mengabaikan orang tuanya maka dia kafir. (HR. Muslim)
Penjelasan:
Yang dimaksudkan didalam hadis ini ialah kufur nikmat dan bukan kufur akidah
p/s hari-hari pun hari bapa
p/ss orang2 yang mati syahid boleh membawa 40 orang pilihannya bersama ke syurga.kuingin mati syahid di atas jalan ini dan membawa bapaku bersama....ameen
Sunday, June 19, 2011
Segores luka di jalan dakwah
mashaAllah....
ukhtikum fillah...
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
begitu banyak yang perlu ana syukuri....
kerana ujian demi ujian akhirnya ana berjaya mendapatkan lesen untuk menjadi supir dakwah.Ya! supir dakwah!
(setelah sekian lama merancang baru kini ana merasa nikmatnya memegang stereng kereta kerana Nya~kenapa ana rasa ayat ini macam lucu?)
0o0 mungkin kerana ayat 'nikmatnya memegang stereng kereta' kan?kan?
makanya antum perlu belajar memandu.baru tahu nikmatnya kan?
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ana terbayang2 bagaimana para sahabat menunggang kuda, bagaimana para tabi'in memilih kuda terbaik untuk diinfakkan ke jalan dakwah...masyaAllah...
berlumba2 mereka untuk melaksanakan suatu jual beli...
yang takkan pernah adil...
walau diukur apa jua sekalipun....
ya!
kalau dulu kita guna sistem barter
sama-sama suka barang, boleh bertukar
tanpa kira berat,nilai dan adil..
dan kini kita ada matawang..
dan cuma sebenarnya
jual beli kita ini, yang tidak akan merugikan!
bagaimana jika Allah keluarkan bil gas untuk setiap sedutan nafas kita
bagaimana jika Allah tarik pancaindera kita?
kebijaksanaan akal kita?
kehalusan perasaan kita?
dan banyak lagi nikmat yang Dia bagi tanpa bayaran...
Apa jawapan kita kalau Allah tanya kemana kita gunakan semua yang dia bagi?
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
setelah mendapatkan lesen...
Allah takdirkan ana takut memandu...
sangat takut...
sampaikan seorang ukhti memaksa dengan berkata;
'ada seorang ukhti dia hanya pandai bwak kereta bila nk g program je, tu lah niat dia kan, bersungguh-sungguh nak tolong Islam'
Itu satu cabaran!!!
Tapi ana masih ketakutan (ketakutan mengada-ngada kot)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
dan satu hari ana telah memilih untuk memaksa diri ana memegang usrah yang jauh dari tempat tinggal ana...1 jam lebih dari kawasan bermukim
supaya ana kuat dan berdikari
supaya ana tak manja2 lagi a.k.a tak mengada-ngada lagi
untuk beberapa kali ana menaiki tren>> 2 jam di dalam berhimpit2 dalam tren buat ana rasa ana membazir masa.masa dengan adik2 sangat sekejap.maka ana berfikir cara lain
untuk beberapa kali ana rasa ana perlu menaiki motorsikal>> Hujan lebat masa nak pergi syura, sakit2 badan kena hujan.esoknya demam.
untuk beberapa kali ana rasa ana perlu belajar memandu jugak dan pada satu hari ana sesat sehingga ke sempadan negeri sembilan walau melalui highway..apakah???
akhawat kata ana perlu banyak doa dan sebut 'ihdinassirotol mustaqim' (^ ^)
so sweet....
sehinggalah ana mendapat kepercayaan untuk membawa kenderaan dakwah yang lebih besar
dan...di satu program:
apa yang berlaku adalah....
ketika sedang parking di belakang masjid, di satu sudt di ruang yang sempit..ana telah terlanggar bucu kanan sebuah kereta baru model Rush (Oh Allah) yang ana rasa ketika itu baru bukak plastik tempat duduk.Dan ketika itu, ana menggeletar seketika.Beberapa saat ana rasa sangat sedih kerana pemanduan ana yang cuai itu.
Ana memaklumkan pada semua AJK program tentang kejadian itu.Alhamdulillah mereka menenangkan ana.ana sangat risau ketika itu.rasa bercampur baur.terutama apabila berhadapan adik-adik...nak senyum ke atau nak muram ke atau nak menangis ke?
Dalam keadaan tenang,Ana menguatkan diri untuk menelefonnya, ukhti tersebut terdiam seketika.ana merasakan suara ana kelam dan ana mengawal diri untuk menangis.
'maafkan ana ukhti, kereta Rush anti tercalar berlanggar dengan Unser'
'takpe ukhti.jangan risau sangat.nanti kita check tengok macammane'
'tapi kereta tu dah tercalar'
selepas merancang pertemuan untuk mengganti rugi kereta berkenaan...
Ana terlupa!!
setelah sampai ana di rumah ana menelefonnya tetapi tidak berjawab
dan tiba-tiba mesej di hp ana berbunyi:
Slm.asif.xdgr.ye Dayah?psl kete ke? =) iAllah.xpe.calar sket.sikbaik x kena enjin.lg mahal.alhamdulillah.rush tu nak ada 'segores luka di jalan dakwah'.
Thursday, June 9, 2011
'Mama yang hilang', pulanglah
Wahai Allah....Ar Rahman Ar Rahim.......
Sampaikan padanya aku rindu,
Sampaikan padanya bahawa aku mencintainya,
Sampaikan padanya aku menunggunya,
Datanglah wahai ukhti,
Mari bersatu...
Terjemahkan kefahamanmu kepada amalmu,
dari kecil kepada yang lebih besar,
supaya kita lebih kuat!
menyeru kepada kalimah Allah ini.
menggapai impian kita.
Tuesday, April 5, 2011
Thursday, March 31, 2011
Cahaya itu...
Wahai ukhti,
jagalah hati kita,
jagalah keikhlasan kita,
demi cahaya itu dan bukan dikeranakan yang lain...
(Semoga Allah tidak menghijab mata hati kita dek 'kerana-kerana lain' yang kita lihat suci lagi menyucikan, naudzubiillah ni min zalik!)
Benar dan sememangnya benar,
sangat perlu kita mengejut yang belum tersedar,
menggoncang yang masih diam tak bergerak-gerak,
berlari-lari menuju ke saff-saff hadapan,
menggenggam erat tangan ukhti-ukhti kita menjadi batu bata!
dan membina batu-bata!
petanda mengajak ke syurga bersama...
Namun,
'Sangkaan orang lain tak buat kerja,
rupa-rupanya orang lain lagi banyak kerja!
Menganggap dirimu heroin seantero alam? Terbaik?
Padahal hakikatnya sedang tertipu dengan perasaan sendiri...
Oh akhawatku...
Ingatlah,
ikhlas dan tawadhu' itu,
merupakan ciri mukmin sejati!,
Rufiatil aqlam,
wa jafatis suhuf,
Jangan risaukan tentang takdirmu,
Risaukan tentang hatimu.
Wallahua'lam...
p/s perenggan 3 tu agak khusus untuk diri sendiri
Wednesday, March 30, 2011
compass setting
Monday, March 21, 2011
Pentingnya pelapis
Sunday, March 13, 2011
Baitul Muslim
Rumah Tangga Islami
Oleh: Mustafa Masyhur
Memperbaiki diri sendiri dan menyeru orang lain kepada Allah, merupakan dua kewajipan asasi di atas jalan dakwah wajib kepada setiap muslim lelaki dan wanita.
Di samping dua kewajipan itu timbul lagi satu kewajipan yang tidak kurang pentingnya. Iaitu menegakkan rumahtangga muslim. Individu muslim itu adalah seorang lelaki aqidah yang wajib dipersiapkan untuk menjadi Muslim yang sejati yang menjadi contoh Islam yang sahih dan teladan yang patut di ikuti.
Kita sangat memerlukan rumahtangga muslim yang menjadi contoh sebagai tiang yang kuat di dalam pembangunan masyarakat Islam. Usrah muslim, keluarga muslim mempunyai peranan yang penting di dalam kekuatan dan kepaduan masyarakat ataupun perpecahan dan kemusnahannya. Rumahtangga itu adalah merupakan pangkuan atau sarang bagi tunas-tunas baharu yang dididik dan dibentuk di masa pembentukan dan persediaan. Rumahtangga lah yang bertanggungjawab mencetak dan membentuk keteguhan peribadi anak-anak yang akan mencorakkan hidup mereka, benarlah Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tiap anak itu dilahirkan di atas fitrahnya-kejadian yang suci dan ibu bapanya lah yang menjadikan Yahudi atau menjadikannya Kristian ataupun menjadikannya Majusi”
Hadis Rasulullah s.a.w. berkenaan dengan pembangunan rumahtangga, tidak dapat dibicarakan hanya dengan satu makalah atau dua makalah sahaja akan tetapi perlulah kita merujuk kepada kitab-kitab dan karangan-karangan yang telah mengupas perkara yang penting itu Cukuplah di sini kita menerangkan sepintas lalu serba sedikit mengenainya supaya kita mendapat faedah daripadanya.
A: Pemilihan:
Saudara muslim dan saudari muslimah yang mahu memperbaiki diri dan menyeru orang lain kepada Allah, wajib lah ke atas keduanya, masing-masing memilih pasangannya. Putera Islam mencari puteri Islam untuk menjadi isterinya yang salihah. Puteri Islam mencari putera Islam untuk menjadikan suaminya yang salih, sebagai kongsi hidup suami isteri.
Dari awal-awal lagi hendaklah mereka ini membangunkan keluarga muslim yang diasaskan di atas dasar takwa. Saudara muslim yang sejati wajib mencari puteri Islam yang sejati dan memilih yang beragama, yang memahami tugas dan risalahnya di dalam hidup ini, menjadikan pasangan hidupnya sebaik-baik penolong di atas jalan dakwah, sentiasa mengingatkannya apabila dia lupa sentiasa memberi perangsang dan tidak menghalanginya, memelihara dirinya di waktu ghaibnya sekalipun bagaimana lamanya dan mendidik serta membentuk anak-anaknya menurut bentuk Islam yang sebenar-benarnya.
Demikian juga puteri Islam yang sejati, tidak wajar dan tidak patut menerima sebarang jejaka untuk menjadi pasangan hidupnya kecuali seorang muslim yang sejati yang menjadi pendukung dakwah Islam. Iaitu seorang penganut aqidah yang sahih yang bertakwa kepada Allah. Si isterinya pula dapat menolongnya untuk taat setia kepada Allah dan mencapai keredhaan Allah. Dengan cara yang demikian kita telah berjaya membangunkan sebuah keluarga Islam yang akan menjadi markas dakwah dan jihad Islam. Rasulullah s.a.w. telah mengarahkan kita kepada yang demikian dengan sabda baginda:
“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana tarafnya, keturunannya dan pangkatnya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengambil wanita yang beragama supaya kamu berbahagia”.
Oleh kerana itu Rasulullah (s.a.w.), tidak mengakui hak wali yang menikahkan puterinya dengan seorang lelaki yang tidak di sukai oleh puterinya. Ini memberi peluang kepada puteri Islam untuk memilih suami yang salih. ( didalam keadaan yang menepati sayrat-syarat nya–? KAtoi)
B: Beriltizam Dengan Batas-Batas Islam:
Kita mahukan supaya hukum-hukum Islam dan adab-adabnya mampu mengawal dan menguasai setiap tahap dan peringkat pembangunan rumahtangga muslim. Sama ada dari peringkat pinangan, akad nikah, mempersiapkan rumahtangga sepasang suami isteri, masa pengantin baharu atau berbulan madu mestilah jauh dari segala adat lapuk, pusaka usang jahiliah yang rosak.
Sama ada jahiliah lama atau baru, yang bertentangan dengan syariat Allah Taala atau pun yang menjadi rintangan di jalan perkahwinan yang kadang-kadang menghalang langsung untuk terlaksananya perkahwinan. Mengapakah tidak di laksanakan akad-nikah itu di Mesjid? Di dalam udara yang bersih dan luas yang jauh dari segala sikap menunjuk-nunjuk dan adat-adat buruk? Berbelanja berlebih-lebihan dan boros yang bertentangan dengan syariat Islam? Cadangan itu adalah wajar.
Akad nikah di dalam Mesjid tidak di gemari oleh manusia sebagaimana dulu mereka tidak menggemari fesyen pakaian Islam. Tetapi kalau kita bersungguh-sungguh mendesak dan bertegas untuk melangsungkan juga akad nikah itu di dalam mesjid, lama kelamaan ia akan menjadi perkara yang di sukai oleh manusia dan akan menjadi perkara biasa. Sebagaimana fesyen pakaian Islam menjadi perkara lumrah dan di sukai oleh manusia. Sesungguhnya itu lah pertentangan di antara kemuliaan dan kehinaan.
Kalau kita berpegang teguh dengan kemuliaan dan adab-adab Islam, kita akan berjaya menegakkan dan menanamkan keperibadian Islam yang kita cita-citakan ke atas manusia.
C: Kebahagiaan Rumahtangga Yang Di Cita-Citakan:
Apabila telah selesai pemilihan yang berasaskan agama telah sempurnalah langkah-langkah yang menuju ke alam perkahwinan sesuai dengan ajaran Islam.
Mulalah kita membangunkan rumahtangga muslim di atas asas yang teguh yang akan merealisasikan kemantapan, ketenangan dan kebahagiaan yang sejati yang selama ini dicari-cari oleh beberapa banyak keluarga pada zaman ini. Kebahagiaan itu bukan dari luar diri, tidak pula dapat dicari dengan harta, tempat kediaman, pakaian dan dengan segala perhiasan rumahtangga.
Tetapi kebahagiaan itu diperolehi dari dalam diri sendiri, dari perasaan takwa kepada Allah, kerana Allah lah yang mengurniakan kebahagiaan, yang memberi mawaddah dan rahmah cinta dan kasih sayang di antara suami isteri. Benarlah Allah yang Maha Agung yang telah berfirman:
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.” (Ar-Rum: 21)
Kita tidak memandang kebahagiaan itu di dalam harta yang banyak, akan tetapi orang yang bertakwa itulah orang yang berbahagia.
D: Perkahwinan Itu Ibadat:
Risalah dan tugas kita di dalam hidup ini ialah beribadat kepada Allah Taala. Jadi kita mestilah berusaha menjadikan segala urusan hidup kita sebagai ibadat kepada Allah Taala. Kita jadikan segenap kehidupan hidup sebagai alat untuk kita menghampirkan diri kepada Allah. Kita pergunakan hidup kita dengan segala kemudahan yang ada untuk menolong kita beribadat kepada Allah.
Amal dan nikah kahwin dan mendidik anak-anak dan lain-lain lagi yang merangkumi segala kegiatan hidup kita semuanya itu merupakan ibadat kepada Allah, untuk menghampirkan diri kepada Allah, selagi dibuat kerana mengharap keredhaan Allah dan menjauhi apa yang dimurkai Allah.
Oleh itu putera puteri Islam, mestilah memandang urusan perkahwinan mereka sebagai ibadah mereka kepada Allah apabila diurus menurut hukum Allah. Kedua-dua pihak mengharap keredhaan dan ganjaran Allah. Oleh kerana itu kedua belah pihak mestilah mengetahui ajaran-ajaran dan adab-adab Islam, hak-hak dan kewajipan suami-isteri rumahtangga dan keluarga, bersungguh-sungguh melaksanakan tugas masing-masing dan beriltizam dengan adab-adab itu. Tolong menolong ke arah kebaikan, menuju takwa dan ke arah taat kepada Allah di dalam pergaulan mereka. Harga menghargai, hormat-menghormati dan kasih sayang di antara keduanya Semuanya itu mesti di atur menurut syariat Islam. Benarlah Rasulullah s.a.w tatkala bersabda yang bermaksud:
” Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air ke mukanya.”
(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)
E: Perkahwinan Itu Saling Percaya Mempercayai:
Apabila telah wujud suasana saling percaya mempercayai, cinta mencintai, di antara suami isteri, lahirlah kebahagiaan dan kepuasan jiwa di dalam rumahtangga mereka. Rumahtangga mereka menjadi rumahtangga muslim yang bahagia dalam kebahagiaan yang sejati selagi ianya diatur menurut peraturan syariat Islam. Hapuslah segala prasangka hilanglah segala keraguan. Tidak ada lagi kata mengata, tuduh menuduh dan ke pura-puraan.
Kebahagiaan yang sedemikian rupa tidak akan wujud kecuali di bawah naungan takwa kepada Allah dan mencintai Allah di waktu terang-terangan dan rahsia di waktu ghaib dan waktu syahadah. Lantaran itu tenteramlah jiwa suami dan ia berpuas hati kepada isterinya dan yakinlah ia bahawa isterinya hanyalah untuk dirinya sendiri sahaja, yang memelihara diri walaupun beberapa lamanya ia terpisah dari isterinya. Demikian juga sikap isterinya terhadap suaminya dibaluti dengan sepenuh kepercayaan itu. Di dalam suasana bahagia yang demikian, syaitan dari bangsa jin dan manusia tidak mempunyai jalan untuk mengganggu dan menggoda keduanya.
F: Perkahwinan Sebagai Syarikat Yang Dipimpin Oleh Suami:
Apabila kehidupan rumahtangga suami isteri dibangunkan di atas dasar kerjasama, di atas syura’, tolong menolong, cinta mencintai, di bawah pimpinan suami sebagai pihak yang bertanggungjawab, yang mempunyai kata dan kuasa pemutus. Inilah yang mendorong dan menolong melahirkan kemantapan, keteguhan, kerukunan dan kebahagiaan rumahtangga dan keluarga yang selama ini diimpikan dan diidamkan oleh manusia di seluruh dunia. jika masih terdapat kepincangan di dalam pertimbangan ini, maka tidak akan wujud satu kemantapan dan kebahagiaan. Benarlah Allah Taala di dalam firmanNya:
`Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang maaruf akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya”. (Al-Baqarah : 228)
” Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka”. (An-Nissa’: 34)
Lantaran itu sempurnalah pentadbiran urusan rumahtangga dan pertimbangannya di dalam suasana penuh kerjasama, tanggungjawab dan syura di dalam batas-batas ajaran Islam.
Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana’ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna’im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya himgga ke hari ini.
G: Perkahwinan Adalah Tanggungjawab Dan Amanah
Suami isteri mestilah menyedari dan merasai bahawa mereka memikul amanah dan tanggungjawab. Tiap-tiap orang dari kamu adalah pemimpin, dan tiap-tiap pemimpin bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Maka hendaklah kamu bertakwa kepada Allah di dalam perkara yang dipertanggungjawabkan dan diamanahkan kepada kamu. Benarlah Allah yang berfirman:
‘Hai orang-orang yang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu” (At Tahrim : 6)
Rasulullah s.a.w bersabda:
“ Orang yang paling baik di kalangan kamu adalah yang paling baik kepada ahlinya dan akulah yang paling baik di kalangan kamu terhadap ahlinya”.
Kita sentiasa memerlukan pertimbangan yang waras demi pemeliharaan itu, sebagai contoh, kita biasa memberi perhatian yang berlebihan apabila salah seorang dari anggota keluarga kita jatuh sakit. Tetapi perhatian yang sewajarnya tidak diberikan terhadap salah seorang anggota keluarga yang mencuaikan hak Allah ataupun menyalahi ajaran Islam padahal itulah yang paling utama diperhatikan dan diubati.
H: Rumahtangga Muslim Merupakan Risalah:
Sebagaimana kita menghendaki bentuk yang benar dan hidup bagi Islam dari seorang muslim yang benar aqidahnya, yang benar ibadatnya, yang benar akhlaknya, yang benar sikap dan yang benar segala tindak tanduk dan perkataannya, demikian juga kita menghendaki rumahtangga muslim itu supaya menjadi pusat perlaksanaan segenap ajaran Islam di dalam hidup berkeluarga dengan perlaksanaan yang selamat sejahtera dan teliti.
Kita ingin melihat suami muslim yang memikul tanggungjawabnya terhadap rumahtangganya menurut ketentuan Islam. Kita mahu melihat bapa muslim yang memelihara anak-anaknya dengan adab-adab Islam, memberi kefahaman Islam yang sejati kepada mereka dan mengawasi mereka di segala peringkat hidup mereka. Kita hendak melihat isteri yang muslimah yang menjadikan rumahtangga sebagai taman sari yang memuaskan dan menggembirakan suaminya.,
Di dalamnya terdapat hiburan dan keberkatan jauh dari kepayahan dan penat lelah perjuangan dan menolong suaminya mentaati Allah Ta’aala. Alangkah indah dan hebatnya kata-kata yang diucapkan oleh seorang isteri kepada suaminya tatkala dia keluar dari rumahnya waktu pagi:
” Bertaqwalah kepada Allah di dalam urusan kami dan janganlah kekanda memberi kami makanan kecuali yang halal dan baik-baik sahaja”.
Kita ingin melihat di dalam rumahtangga muslim ini, ibu muslim yang memelihara anak-anaknya dan membentuk mereka menurut bentuk Islam kerana dialah yang sentiasa berdamping dengan mereka. Inilah risalah, amanah dan tugas para wanita dan isteri yang paling penting yang selama ini cuba dihapuskan oleh musuh-musuh kemanusiaan. Mereka cuba menyelewengkan fakta-fakta ini dari para isteri dengan berbagai-bagai pembohongan dan penipuan dengan tujuan untuk merobohkan bangunan masyarakat.
Kita ingin melihat di dalam rumahtangga muslim itu, putera puteri Islam yang sejati yang memperhambakan diri mereka kepada. Tuhan. Mereka taat setia kepada Allah, berbuat baik dan berjasa kepada ibu bapa. Mereka bergaul dengan sahabat-sahabat mereka menurut adab-adab Islam dan tidak lahir dari mulut mereka sepatah perkataan dan sebarang perbuatan yang bertentangan dengan Islam.
Kita mengingini rumahtangga muslim yang memelihara hubungan silaturahim, yang sentiasa mengambil berat urusan kerabat dan menyempurnakan hak-hak mereka. Kita hendak melihat rumahtangga dan keluarga muslim menjadi satu bentuk yang ulung di mana Islam telah terpahat kukuh di dalam diri mereka. Mereka bergaul baik dengan khadam mereka, di mana khadam mereka makan apa yang mereka makan dan berpakaian seperti apa yang mereka pakai dan tidak membebankan sesuatu bebanan di luar kemampuannya. Apabila mereka membebankan sesuatu di luar kemampuannya, mereka menolongnya.
Kita ingin melihat dari rumahtangga muslim itu satu bentuk yang unik sebagaimana yang telah digariskan oleh Islam tentang berbuat baik di dalam bermuamalah dengan jiran. Mereka menyempurnakan hak jiran sebagaimana peranan Rasulullah s.a.w.
Kita menghendaki rumahtangga muslim yang melahirkan contoh teladan yang baik di segala jurusan hidupnya. Dengan fesyen pakaiannya yang Islami, makanan yang halal, minuman yang halal, akhlak yang mulia, sikapnya yang Islami, gaya yang Islami di segala adat dan tradisi di waktu suka dan duka Mereka menjauhi segala unsur-unsur jahiliah, adat-adat dan tradisi jahiliah yang di import dari luar.
Kita tidak mahu melihat dari golongan sahib-ad-dakwah yang menyeru manusia kepada Allah, yang berjalan di atas jalan dakwah melakukan sebarang kecuaian atau kelalaian di dalam melahirkan serta membina anggota-anggota keluarganya dengan ajaran Islam di dalam sebarang jurusan hidup keluarganya. Sesungguhnya orang yang lemah dalam memimpin rumahtangganya, tidak akan mampu memimpin orang lain apatah lagi rumahtangga orang lain.
I: Rumahtangga Muslim Sebagai Markas Memancarnya Cahaya:
Rumahtangga muslim yang sejati menurut tabiat dan lojiknya mesti menjadi markas dakwah Islam. Setiap anggota keluarga yang aqil baligh wajib menjadi sahibud-dakwah, pendukung dakwah, menyeru rumahtangga dan keluarga di sekitarnya kepada Allah dengan penuh kesabaran, dengan hikmah dan nasihat yang baik.
Isteri yang salihah berkemampuan menarik hati jiran-jiran dengan dakwah kepada Allah. Kehadiran mereka merubah majlis-majlis yang dikuasai oleh umpat mengumpat dan sia-sia menjadi majlis-majlis ilmu dan pelajaran dan ke arah memahami urusan agama.
Bidang dakwah Islamiah sangat memerlukan saudari muslimat yang menyeru manusia kepada Allah, supaya memainkan peranannya di kalangan puteri bangsanya. Sesungguhnya wanita hari ini, kecuali yang telah mendapat taufik Allah, telah dijadikan boneka oleh musuh-musuh Islam untuk meruntuhkan dirinya dan memusnahkan manusia. Tetapi kita hendaklah menjadikannya sebagai wanita yang salihah yang turut bersama kita untuk memperbaiki yang rosak dan membangunkan yang maaruf dan merobohkan yang mungkar dan menghapuskan yang batil menyokong kemuliaan dan memerangi kehinaan.
Kita menghendaki rumahtangga muslim itu sebagai rumah cahaya yang memberi hidayah dan petunjuk kepada orang-orang yang bingung dan sesat di sekitarnya. la menghapuskan, memusnahkan segala kegelapan di sekelilingnya dan menyinari jalannya untuk di lalui oleh mereka. Maka dengan bertambahnya rumah-rumah muslim seperti ini akan sambung menyambunglah daerah-daerah dan bercahaya dan bercantum di antara satu sama lain sehingga mampu menyinari masyarakat.
Maka dengan demikian keperibadian Islam berkemampuan menyinari masyarakat dan memimpin nya di bawah naungan Islam. Lantaran itu kemuliaan mudah dikembang-biakkan dan kejahatan mudah dihapuskan. Baharulah mudah dibentuk dasar dan asas keimanan, yang bersih yang mantap sebagai asas bangunan Islam dan pemerintahan Islam dan seterusnya al-khilafah-al- Islamiah alamiah.
Untuk itu, saudara saudari putera puteri Islam harus dan patut bersungguh-sungguh dan bersegera membangunkan rumahtangga muslim yang misali yang menjadi model Islam yang sejati untuk menjadi contoh teladan kepada generasi baharu. Ini adalah satu langkah yang penting dan asasi di jalan dakwah Islam. Mohonlah pertolongan dari Allah supaya Allah mudahkan dan jangan menyusahkan.
Thursday, January 13, 2011
Hei pejuang muda
bangkitlah dirimu dari lena,
demi sebutir permata,
yang terselindung di balik kaca...
hei pejuang muda,
dirimu bukan insan perkasa,
hanya menabur bakti dan jasa,
supaya dipandang Yang Maha Esa...
hei pejuang muda,
ayuh berderap bersama-sama,
senada dan seirama,
mereka di luar memerlukan kita...
hei pejuang muda,
usiamu amat berharga,
bekalanmu mesti berganda-ganda,
supaya kelak tak ditimpa murka...
Followers
About Me
- hambaNya
- Saya seorang guru yang sangat meminati bidang perikanan dan sukakan laut.