BIODATA PROF. DR. MUHAMMAD MURSI
Dr. Mursi lahir pada 20 Ogos 1951 di
Wilayah As-Syarqiyah, di sebuah perkampungan Al-Udwah. Beliau hidup
dalam sebuah keluarga sederhana dan beragama, bapanya seorang petani dan
ibunya seorang suri rumah. Berkahwin pada tahun 1978, mempunyai lima
anak dan tiga cucu ini. Difahamkan kelima-lima orang anaknya adalah
hafiz dan hafizah al-Quran, malah beliau sendiri dan isterinya juga
adalah hafiz/hafizah al-Quran.
Pengajian tinggi Dr. Mursi apabila beliau
berpindah ke Kaherah dengan melanjutkan pendidikannya di Universiti
Cairo dalam bidang Kejuruteraan pada tahun 1970 hingga 1975. Selepas
itu, beliau memperoleh Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di
Universiti yang sama (Cairo) pada tahun 1978. Tahun yang sama beliau
berangkat ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajarannya memperoleh
Sarjana Kedoktoran, memperolehnya pada tahun 1982 di Universiti Southern
California.
Beliau dilantik untuk menjadi pensyarah
di Universiti Southern California, kemudian menjadi pembantu Prof. di
Universiti California-North Ridge. Setelah kembali dari Amerika
Syarikat, beliau ditawarkan sebagai Profesor dan Ketua di Jabatan
Fakulti Kejuruteraan Material pada tahun 1985 hingga tahun 2000 di
Universiti Zaqaziq.
Dakwah dan Politik
Dr. Mursi tidak hanya berkhidmat sebagai
ahli akademik, malahan turut terjun ke gelanggang dakwah dan konsisten
membela dan memperjuangkan keadilan dan kebebasan, menentang segala
bentuk kezaliman dan kekejaman. Beliau yang aktif sebagai ahli Maktab
Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul Muslimin ini, ikut bertarung dan terpilih
sebagai ahli parlimen tempoh 2000-2005. Dan pada pilihanraya parlimen
2005, Dr. Mursi meraih suara terbanyak, mengalahkan musuh politiknya
daripada Nasional Demokratic Party (NDP) parti Mubarak, namun keluar
keputusan yang tidak berpihak, hingga dilakukan pemilihan semula yang
memenangkan parti Mubarak.
Permasalahan lain yang menjadi perhatian
utamanya adalah berkaitan Palestin dan Al-Quds, sebagai permasalahan
Umat Manusia yang mempunyai hati nurani, dan tidak hanya permasalahan
Bangsa Palestin sahaja, tapi menjadi permasalahan bersama umat Islam.
Dr. Mursi terpilih sebagai ahli Majlis Penentangan Terhadap Zionisme di
Wilayah Syarqiyah. Selain itu, Dr. Mursi juga terlibat sebagai pengasas
Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme.
Dr. Muhammad Mursi sangat terkenal dalam
bidang akademik melalui pelbagai kajian dalam bidang industri yang
menyentuh pengeluaran hasil bumi Mesir, malah mempunyai puluhan kajian
dalam menyelesaikan kajian permukaan logam yang dianggap sebagai bidang
utama kepakarannya, sehingga kajiannya diiktiraf oleh NASA pada tahun
sekitar lapan puluhan yang lalu.
Penjara dan Penangkapan
Dr. Mursi antara pendakwah yang bergiat
cergas dalam Jemaah Ikhwanul Muslim, perjuangan, pengorbanan, diri, jiwa
dan harta telah diwaqafkan dalam jalan dakwah. Sedar dengan akibat yang
akan hadapinya, melawan kezaliman rejim dan sistem kezaliman, penjara,
pengusiran, dan sebagainya, adalah istilah yang tidak pernah lepas dari
benak para pejuang.
Sikapnya yang terus menentang tindakan
dan perilaku rejim zalim, menyebabkan beliau berkali-kali ditangkap.
Selepas terjadinya pemalsuan parlimen pada pemilihan tahun 2005, Dr.
Mursi menjadi tulang belakang dalam melakukan demonstrasi dan menyokong
kehakiman yang bebas. Akibatnya, pada tarikh 18 Mei 2006 beliau
ditangkap bersama 500 orang anggota Ikhwanul Muslimin di depan bangunan
Mahkamah Cairo dan bangunan mahkamah Al-Jala di ibu negara Cairo, dan
menghuni jeriji besi selama 7 bulan.
Dr. Mursi juga pernah ditangkap
bersama-sama dengan sebahagian besar pimpinan Ikhwanul Muslimin yang
lain, pada hari Jumaat pagi, yang terkenal sebagai Jumaat Amarah (Jumaat
Al-Gadhab), 28 Januari 2011 supaya tidak terlibat dengan demonstrasi.
Tidak hanya beliau yang dizalimi, keluarganya turut menjadi sasaran
penangkapan, anaknya Dr. Ahmad ditangkap di saat Dr. Muhammad Mursi
mencalonkan diri pada pemilihan tahun 2000.
Setelah prestasinya dalam politik selama
lima tahun, Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai anggota
Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir. Majlis Syura Ikhwanul Muslimin
memilihnya sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu
sebuah parti yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin.
Perlu diungkapkan kembali bahawa Ikhwanul
Muslimin selama lebih kurang 80 tahun berjuang demi sebuah keadilan dan
kebebasan. Selama itu pula mereka ditindas dan dizalimi. Telah banyak
jiwa dan darah yang mengalir sepanjang jalan dan langkahan dakwah mereka
bermula dari pengasasnya Assyahid Imam Hassan Al Banna, yang syahid
terbunuh secara misteri, malah saat kematian dilayan dengan keji oleh
pemerintah disusuli Sayyid Qutub, Muhammad Al- Farigili, Abdul Qadir
Audah, hingga As-Syahid Nashir Uwais, dia antara pemuda Ikhwan yang
syahid pada Revolusi 25 Januari 2011.