Wednesday, May 14, 2014

Dimana silapnya


Dalam kehidupan ini selalunya akan ada alasan untuk setiap yang berlaku. Sedari kecil ana jarang bertemu dengan keajaiban-keajaiban yang terkait dengan diri ana.Kalau ada pun, ia tidak terpateri diingatan.Namun, sebagai insan yang mengaku beriman, ana menolak kemustahilan.Kerana segala urusan adalah dibawah jajahan takluk-Nya.Jika kita percaya doa boleh mengubahnya pun, demikian ana masih tetap yakin doa-doa yang kita lafazkan dengan penuh khusyuk dan tawadhu' , merintih, meratap dihadapan-Nya itu juga adalah sebuah ketetapan yang memang telah tertulis dalam Kitab (Luh Mahfuz).Maka doaku moga istiqamahlah kita memohon di sepertiga malam terutamanya.

Dan kadang-kadang kita juga tidak mengerti mengapa kita dipertemukan dengan seseorang.Sedang kita lupa Allah ingin mentarbiyyah kita melalui pelbagai cara.Betapa kasih-Nya dia tidak dibiarkan kita terkapai-kapai tanpa panduan.Tanpa petunjuk.Lebih hebat lagi jika seorang hamba yang begitu mengaku beriman, lebih mengasihi asbab kepada petunjuk lebih dari sang pemberi Hidayah.Sadis bukan?

Apatah lagi, apabila pena telah terangkat, dakwat telah pun kering.kita terus-terusan menyalahkan takdir. Ya Allah mengapa begitu? Ya Allah kenapa dia menipu? Ya Allah kenapa begitu dan begini dan begitulah seterusnya.

'Wahai diri, daripada terus mencari dimana silapnya sehingga tak terdaya nak melupakan.pandanglah kehadapan.terimalah takdir.positiflah.' Begitulah monolognya saban waktu.Terlalu sakit untuk diceritakan.

Setelah 7 tahun,

'Kanak-kanak' yang terlalu naif ini mula menjiwai peranan Nabi Nuh.Betapa baginda berusaha membawa kaum yang beriman untuk menyelamatkan diri dari Bah menggunakan bahtera yang diperintah Allah kepadanya.

Betapa sebenarnya terlalu banyak lompong-lompong dalam kapal yang ku naiki ini yang harus ku perbaiki.Bermula dengan diriku sendiri.

Sedang ana hanya mampu 'oh akhawatku' (TT)

................................
................................
................................

Sakit seorang 'kanak-kanak' menjadi 'dewasa' lebih sakit dari sakit tidak mampu melupakan.

Mak cik pak cik, kenapa ana perlu tahu semua ni? ana tak suka!

...............................
..............................
..............................

Jadi dimana silapnya?

Tiada apa pun yang silap ukhtiku,

Bersyukurlah kerana Allah memberi kita ingatan kepada orang yang beriman.

Bersyukurlah kerana Allah memberikan kefaqihan agama apabila mengutamakan manhaj lebih dari ikatan atifi.

Bersyukurlah kerana Allah memberikan kita ruang untuk mendewasa dalam kapal ini.

............................................................................................................................................

Walaupun mungkin kita perlu kan masa tambahan selama 7 tahun lagi, walaupun kita rasa terlalu sakit, tetap bersyukurlah!




Followers

About Me

My photo
Saya seorang guru yang sangat meminati bidang perikanan dan sukakan laut.