Saturday, May 17, 2014

Wednesday, May 14, 2014

Dimana silapnya


Dalam kehidupan ini selalunya akan ada alasan untuk setiap yang berlaku. Sedari kecil ana jarang bertemu dengan keajaiban-keajaiban yang terkait dengan diri ana.Kalau ada pun, ia tidak terpateri diingatan.Namun, sebagai insan yang mengaku beriman, ana menolak kemustahilan.Kerana segala urusan adalah dibawah jajahan takluk-Nya.Jika kita percaya doa boleh mengubahnya pun, demikian ana masih tetap yakin doa-doa yang kita lafazkan dengan penuh khusyuk dan tawadhu' , merintih, meratap dihadapan-Nya itu juga adalah sebuah ketetapan yang memang telah tertulis dalam Kitab (Luh Mahfuz).Maka doaku moga istiqamahlah kita memohon di sepertiga malam terutamanya.

Dan kadang-kadang kita juga tidak mengerti mengapa kita dipertemukan dengan seseorang.Sedang kita lupa Allah ingin mentarbiyyah kita melalui pelbagai cara.Betapa kasih-Nya dia tidak dibiarkan kita terkapai-kapai tanpa panduan.Tanpa petunjuk.Lebih hebat lagi jika seorang hamba yang begitu mengaku beriman, lebih mengasihi asbab kepada petunjuk lebih dari sang pemberi Hidayah.Sadis bukan?

Apatah lagi, apabila pena telah terangkat, dakwat telah pun kering.kita terus-terusan menyalahkan takdir. Ya Allah mengapa begitu? Ya Allah kenapa dia menipu? Ya Allah kenapa begitu dan begini dan begitulah seterusnya.

'Wahai diri, daripada terus mencari dimana silapnya sehingga tak terdaya nak melupakan.pandanglah kehadapan.terimalah takdir.positiflah.' Begitulah monolognya saban waktu.Terlalu sakit untuk diceritakan.

Setelah 7 tahun,

'Kanak-kanak' yang terlalu naif ini mula menjiwai peranan Nabi Nuh.Betapa baginda berusaha membawa kaum yang beriman untuk menyelamatkan diri dari Bah menggunakan bahtera yang diperintah Allah kepadanya.

Betapa sebenarnya terlalu banyak lompong-lompong dalam kapal yang ku naiki ini yang harus ku perbaiki.Bermula dengan diriku sendiri.

Sedang ana hanya mampu 'oh akhawatku' (TT)

................................
................................
................................

Sakit seorang 'kanak-kanak' menjadi 'dewasa' lebih sakit dari sakit tidak mampu melupakan.

Mak cik pak cik, kenapa ana perlu tahu semua ni? ana tak suka!

...............................
..............................
..............................

Jadi dimana silapnya?

Tiada apa pun yang silap ukhtiku,

Bersyukurlah kerana Allah memberi kita ingatan kepada orang yang beriman.

Bersyukurlah kerana Allah memberikan kefaqihan agama apabila mengutamakan manhaj lebih dari ikatan atifi.

Bersyukurlah kerana Allah memberikan kita ruang untuk mendewasa dalam kapal ini.

............................................................................................................................................

Walaupun mungkin kita perlu kan masa tambahan selama 7 tahun lagi, walaupun kita rasa terlalu sakit, tetap bersyukurlah!




Sunday, May 4, 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Kepada yang sedia maklum, terutama friends saya dalam facebook saya ingin memohon jutaan maaf di atas keterlanjuran kata dan kekasaran bahasa yang perlu dilihat, dibaca oleh sahabat-sahabat sekalian. InshaAllah saya berazam perkara ini tidak akan berulang lagi.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih atas nasihat-nasihat berbentuk sindiran yang diberikan seperti 'kita ni memang kena banyak-banyak istighfar dan bersabarlah dalam hidup ni kan' terutama yang diberikan oleh mak cik-mak cik dan kakak-kakak.sesungguhnya saya amat-amat menghargainya.

Untuk makluman juga saya adalah bekas pelajar UPM kampus Bintulu bukan pelajar UMS atau mana-mana institusi pengajian tinggi di Sabah.Dakwaan yang mengatakan saya anti kepada orang-orang yang berasal dari negeri sembilan juga adalah tidak benar sama sekali.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kepada yang terlibat dan terutama namanya disebutkan didalam komen-komen yang ditulis,

Dakwah bil hikmah tu bukan semestinya lemah lembut.Kalau tak Rasulullah tak berperang.Ye kan akhawat? So ini kira pelancaran perang ana kepada antunna.

Biarlah gambar berbicara kan? Kurangkan bergosip perkara tak berfaedah sesama akhawat. Kalau ada yang tak kena tolong rujuk mas'uliyyah.



Jadi akhawat boleh baca dan hadamkan pengisytiharan ini...

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum wbt.


Secara rasminya, saya dengan ini membuat pengisytiharan bahawa saya 



Norhidayah bt Ismail adalah ahli Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) 



manakala 



Nurhazlin binti Mat Musak adalah ahli Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Saya amat berharap agar semua pihak dapat menerima perkara ini dengan hati terbuka.

Bersama-sama ini disertakan bukti kelulusan pendaftaran keahlian saya

PERKARA : KELULUSAN PENDAFTARAN AHLI IKRAM
IKRAM NEGERI : SEMUA IKRAM DAERAH : SEPANG
Ruj. Kami : IKRAM/2012/00020
Tarikh : 26-Dec-2012 (13 Safar 1434H)




NORHIDAYAH BT ISMAIL
No. KEAHLIAN: IM8462
No. KP: 881027015118
JENIS KEAHLIAN: AHLI BIASA MODUL 02 (AB02)
44, JALAN INTAN 4/6
TAMAN INTAN
83000 BATU PAHAT
JOHOR




Saudara / Saudari,

KELULUSAN PENDAFTARAN AHLI IKRAM

Merujuk perkara di atas sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pusat IKRAM telah meluluskan permohonan saudara/saudari sebagai ahli IKRAM.


Nombor Pendaftaran Ahli IKRAM adalah: IM8462

Ahli IKRAM DAERAH: Sepang

Ahli IKRAM NEGERI: Selangor

Sehubungan dengan itu Jawatankuasa Pusat IKRAM menerima ketetapan Jawatankuasa Pemeringkatan Pusat (JPP) yang telah meneliti butiran peribadi dan pengalaman saudara /saudari dengan berpandukan kepada Peraturan Pemeringkatan Ahli IKRAM yang digunapakai ketika ini telah menetapkan jenis keahlian Saudara/Saudari sebagai:

Ahli Biasa Modul 02 (AB02)

Dengan ini Jawatankuasa Pusat IKRAM merakamkan ucapan tahniah dan berharap serta mendoakan agar kita dapat bersama menunaikan tanggungjawab dakwah dalam manhaj Rabbani dan diterima oleh Allah swt dari golongan orang-orang muttaqin.

Sekian. Terima kasih.
Yang benar,


Hj. Zaid Kamaruddin
Setiausaha Agung IKRAM
(Email dijana oleh Sistem Pengurusan IKRAM. Tanda tangan tidak diperlukan)

Mohon disebarkan.

Terima kasih di atas kerjasama anda.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ana tak suka isu jamaah ana dipersoalkan.Kalau ana dapat tahu lagi.Lepas ni ana dah tak tulis kat facebook dah.ana tempeleng je terus.

Jadi, lepas ni kalau ada apa-apa tak puas hati lagi boleh berdepan lah.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kepada ikhwah, ana harap antunna pun dapat pengajaran dari masalah dalaman yang berlaku dalam jamaah IKRAM terutamanya masalah akhawat. 


Sekian,

Jazakumullah khayran jaza'

Norhidayah bt Ismail


Friday, May 2, 2014

Tarbiyyah itu terlalu luas konsepsinya mencakupi siyasah syar'iyyah...mari senyum beramai-ramai

PENGISYTIHARAN HUKUM PERUNDANGAN ISLAM DI BRUNEI
"Pada 22hb Oktober 2013 yang lalu Beta telah mengumumkan perwartaan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar’iah 2013, maka pada hari ini setelah berlangsung 6 bulan Beta dengan bertawakal kepada Allah SWT serta bersyukur mengistiharkan bahawa esok hari Khamis 1 Rejab 1435H bersamaan 1hb Mei 2014M adalah tarikh mulanya berkuatkuasa Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar’iah 2013 fasa pertama yang kemudian akan diikuti pula dengan fasa selanjutnya."

"Tidaklah berbangkit sama sekali kita menangguhkan sebagaimana yang dinukil oleh media. Kita perlu memahami ungkapan enam bulan selepas akta digazetkan dimana sehingga ke hari ini pun ia masih lagi didalam lingkungan 6 bulan tersebut."

"Alhamdulilah dengan ini kita mengulangi lagi sejarah perundangan Islam yang pernah diamalkan beberapa kurun terdahulu di Negara ini. Semua itu adalah berkat keazaman kita untuk menolong ugama Allah di bumi yang bertuah ini. Allah telah berjanji untuk menolong kita jika kita menolong ugamanya. Ini pasti berlaku sebagaimana firmannya dalam surah Muhammad ayat 7 tafsirnya: Wahai orang orang yang beriman, jika sekiranya kamu menolong agama allah nescaya Allah akan menolong dan membela kamu untuk mencapai kemenangan serta menatapkan pendirian kamu dalam membela kebenaran."

"Dengan mengembalikan segala pujian kepada Allah maka kewajipan Beta dan kewajipan kita semua dihadapannya dalam perkara perundangan sudah pun kita sempurnakan. Tinggal sahaja lagi peranan masing-masing terutama agensi-agensi yang berkaitan hendaklah melaksanakannya dengan penuh tanggungajawap, amanah dan berhemah. Ingatlah fokus kita hanyalah kepada Allah jua untuk mencari redha nya semata mata bukan melihat kekiri atau kekanan untuk mencari-cari siapa yang suka atau tidak."

"Kita tidak pernah melihat orang lain dengan kaca mata yang buruk kerana itu adalah hak dan pilihan mereka. Kita juga tidak mengharapkan mereka untuk menerima dan mempersetujui kita tetapi memadailah jika mereka menghormati kita sahaja sebagaimana kita juga menghormati mereka."

"Adapun andaian-andaian berupa berbagai teori adalah perkara lumrah yang tidak pernah berkesudahan. Kita tidak boleh berpegang dengan teori yang statusnya tidak lebih dari teori, berbanding dengan apa yang kita pilih ialah tuntutan Allah. Sesungguhnya tuntutan Allah itu bukanlah ia teori tetapi hukum wajib yang tidak ada keraguan padanya. Kalau teori mengatakan undang-undang Allah kejam dan tidak adil tetapi Allah sendiri telah menegakkan undang2nya, itu adil. Maka dimanakah harga teori itu disini berhadapan dengan wahyu Allah."

"Dengan ikhlas kita tegaskan bahawa keputusan untuk melaksanakan perintah Kanun Hukuman Jenayah Sariah 2013 ini bukanlah untuk suka-suka tetapi adalah atas dasar mematuhi perintah Allah yang termaktub dalam Al-Quran dan Al-Hadis. Beta amatlah berbangga dan sukacita atas pendirian rakyat dan penduduk Negara ini yang telah menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi termasuk di kalangan mereka yang bukan berugama Islam. Lebih-lebih lagi sokongan padu itu turut diambil oleh ahli2 Majlis Mesyuarat Negara di dalam sidang nya yang berlangsung baru-baru ini."

- Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal
Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersempena Majlis Pengishtiharan Penguatkuasaan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar’iah 2013.

Followers

About Me

My photo
Saya seorang guru yang sangat meminati bidang perikanan dan sukakan laut.